Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, June 3, 2011

Allah Maha Pemelihara

"Yang, meh sini jap!"  Saya mula mengesan sesuatu yang kurang enak tapi macam selalu, berlagak cool aje la ...  Jam sudah lebih 5am, cik abang baru nak ke bilik air.  Dia singgah di dapur dulu untuk minum segelas air.  Belum sempat saya masuk ke ruang dapur, dia berbicara lagi.  "Malam tadi masak air eh?"

Berderau darah saya.  Yalah, malam tadi semasa kami mahu makan malam, sebenarnya sekitar jam 6 gitu, saya memasak air di dalam periuk stockpot empat beradik.  Saya gunakan stockpot yang kedua besar, sesuai dengan kudrat untuk mengangkat air penuh seperiuk ketika menuangnya ke dalam water dispenser.  Kami tak menggunakan sebarang penapis mineral.  Asyik bertangguh mahu menggunakannya sejak berpindah-randah begini, sudah lama tidak menggunakan sebarang penapis air.

Saya tuju ke dapur terus ke tungku memasak.  Periuk yang kekeringan masih utuh.  Hampir 11 jam mendidih di atas api.  Alhamdulillah, tidak ada bencana berlaku gara-gara kecuaian ini.  Periuk  tidak terjejas, sekaligus dapur tidak rosak, cuma periuk itu 'mengelupas' sedikit di dasarnya.  Gas masih ada, sebab dapur di kawasan Seria ini mendapat bekalan gas direct dari saluran bawah tanah. 

"Lain kali jangan buat lagi macam nih!"  Angguk aje la ...

"Periuk ni bagus la, kan bang." kata saya sambil membelek-belek periuk itu, dan mood pagi pun alhamdulilllah menten aje.

"Hmm ... Nanti bawak balikla periuk tuh ..."  Saya sengih.  Kebanyakan barang mahu dijual garage sale, dihadiahkan, disedekahkan atau diwakafkan ...  sudah diperingatkan agar bawa pulang kain baju sahaja sebagaimana kami datang dulu.

Teringat peristiwa di suatu pagi, 8 Jun 2010 yang lepas ...   Sesungguhnya hanya Allah jua yang Maha Pemelihara dari segala musibah.

Teringat lagi suatu ketika, kami tersadai di tepi lebuhraya dalam perjalanan pulang ke Sijangkang.  Waktu itu sudah hampir Maghrib benar, suasana semakin gelap.  Anak-anak masih kecil.  Terasa angin kencang menampar pipi dari kenderaan yang dipandu laju berhampiran kami.  Uhh masing-masing mahu pulang segera sebelum malam benar-benar melabuhkan tirainya.  Pinggir lebuhraya dipenuhi rumput tebal yang menenggelamkan kaki kami dan hutan kecil. 

Dalam waktu-waktu terdesak begini bersama kebimbangan yang semakin memuncak, saya ajak anak-anak membaca al-Fatihah, berselawat ke atas nabi SAW dan bertawassul sebanyak-banyaknya.  Saya buat panggilan kepada semua mak-mak saya, mengabarkan keadaan kami dan meminta doa mereka.  Tidak lama kemudian, peronda lebuhraya sampai dan menasihatkan kami semua keluar dari kenderaan untuk keselamatan, kerana dibimbangi ada pula pemandu yang memandu laju tersasar dan melanggar dari belakang.  Maka kami pun berdiri di dalam rumput yang tebal itu dengan hati yang separuh kecut dan harapan kepada pertolonganNYA. 

Alhamdulillah, dengan sebab lokasi kami berdekatan dengan A Famosa, dapatlah kami 'tersadai' di sana pula semalaman dan check out keesokan harinya.  Sejenak saya terpegun apabila mendapat berita lelaki India tow-trak yang nak menarik kereta kami telah disengat oleh seekor lipan besar di situ.  Betul-betul di tempat kami anak-beranak berdiri.  Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah memelihara kami dari musibah yang lebih besar.  Tak terbayangkan andai ada di antara anak-anak yang masih kecil terkena musibah itu.  Khabarnya India tersebut terpaksa dihantar ke hospital malam itu juga kerana tidak tertahan dengan bisa sengatan lipan.  Kasihan dia. 

Sehingga hari ini, alhamdulillah, syukur teramat syukur ke hadratNYA yang sentiasa meletakkan kami di dalam pemeliharaanNYA dan perlindunganNYA.  Tiada yang dapat menyelamatkan kita dari segala musibah dan bencana, melainkan Yang Maha Pemelihara.  Yang lebih penting adalah keselamatan dunia dan akhirat.   Selamat dari murkaNYA; selamat dari api neraka. 

Ya Allah, selamatkanlah kami semua kerana kami tidak terdaya nak menanggung seksa nerakaMU.  Ampunilah dosa-dosa kami ya Allah, kami tidak layak untuk syurgaMU tetapi ke mana kan kami mengarah, jika tidak kepadaMU jua ...

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing