Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, May 8, 2011

Tapau sedap

Perpustakaan Pandan lengang.  Tidak seperti selalu, mungkin para pelajar sedang menyiapkan diri untuk ulangkaji di rumah sahaja.  Belum dapat jadual tetapi berkemungkinan besar pertengahan bulan Mei ini akan ada peperiksaan, diikuti dengan cuti sekolah mulai 4 Jun nanti. 

Kami sudah sampai jam 8.18 am tadi, menghantar Muhammad Hidayatullah yang mahu main games.  Bawa mouse sendiri, kerana mouse di sini semua menjadi mangsa pengguna yang banyak tangan.  Tidak dapat dipantau oleh staf.  Saya ambil dua kunci locker; satu untuk menyimpan nasi bekal, dan satu locker lagi untuk menyimpan dua laptop kami. 

Pagi tadi, ketika mahu solat Subuh, saya memasak 4 pot nasi.  Sudah rancang akan bawa bekalan nanti.  Hanya telur mata lembu dan kobis goreng diletak kicap sedikit.  Juga sebotol air milo suam dan dua botol air masak mati.  Tak akan singgah di mana-mana untuk membeli apa-apa.  Tidak junkfood, tidak donut, tidak nasi katok. 

Kemudian Muhammad Hidayatullah kami tinggalkan, dan saya bersama dua anak perempuan menuju ke Lumut pula (rumah Hajah Sa'adiah).  "Kalau lapar, makanlah dulu, tapi kalau boleh nanti makan sama-sama mama jam 11," kata saya sambil membekalkan wang siling $1 dan dua tiga biji gula-gula untuk Muhammad Hidayatullah.

"Tak pe mama, Dayat makan games je."  Dia gelak-gelak kecil, mula menggerak-gerakkan mouse.  Adaka ...???

Kami bersalaman, saya cium dua pipinya dan hembus ubun-ubunnya yang bertutup kopiah putih, lalu letak tapak tangan kanan di atas kepalanya.  Kebiasaan yang sudah sejati dirasakan, tidak boleh ditinggalkan.  Kalau saya tak melakukannya, anak-anak akan meminta pula.  Hanya Asma ul Husna; Ya Latiff, dan Ya Quwwa.  Hasrat yang baik sentiasa kepadaMU.

Balik dari majlis ta'lim, saya singgah di Shell untuk mengisi minyak kereta.  Perjalanan dari Seria ke Perpustakaan Pandan (15 minit) dan ke Lumut, kemudian terus ke Perpustakaan Pandan semula (30 minit) menyebabkan tangki minyak hampir kosong.  $5 je, dah penuh hampir setengah tangki untuk 2.5L Toyota Vista yang besar gedabak ini.  Minyak murah, tak terasa membebankan.  Kalau balik Malaysia nanti, siapla ... tentu terasa benar bezanya.

Kami sampai semula di Perpustakaan Pandan hampir jam 12.  Sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Lumut, saya macam papparazzi pulak, klik sana klik sini sambil memandu.  Jalanraya yang kosong lengang pun nak ambik gambar juga.  Padang luas hijau pun menarik rasanya.  Rumah-rumah kayu pekerja Shell tu pun cantik apa ...  Akhirnya minta Hurilain tolong ambil gambar, malangnya tak taulah sama ada saya memandu terlalu laju atau dia menekan punat kamera agak lambat .... banyak yang miss hahaha!  "Kamera ni lembab la mama!" sudahnya ....  Iyolah, tak terfikir lagi nak dapatkan kamera yang canggih, tunggu la yang ni rosak atau ...  tiba-tiba ada kejutan dari abah kamu, mana la tau hehehe .... kan kan kan.

Okay, dah sampai dan parkir.  Minta Hurilain ambil bekalan dari dalam locker dan ajak Hidayat makan sama. Kami makan di pondok di tepi laluan air yang mengalir dari lagon Masjid Pandan.  Gambar ada, tapi kabel pulak tak ada. Nanti balik rumah boleh download.   

Sedang nak menyuap, Naqib buat panggilan dari Seremban.  Dia dan abahnya dalam perjalanan ke madrasah.  Kemudian abah akan pulang ke Sijangkang untuk kembali ke sini esok, insyaAllah.  Malam tadi sempat menyembang dengan dia di fb (akaun abahnya) dan di blog juga.  Dek kerana terlalu lewat hampir jam 1 am, saya sampai terlelap di meja, menunggu dia membalas balik di blog.  Blog ini terima komplen pulak dari Naqib.  Dia tak dapat membaca entri-entri lama dengan pantas seperti design sebelum ni.  Kena la buat penambahan sikit.  Tak apa la Along, lain kali boleh baca.  Selagi ada blog ni, bila-bila pun kamu boleh baca cerita-cerita ni insyaAllah.

Seperti yang dijangka, memang enak bekalan kami ni.  Semua makan sampai licin tak ada seulas nasi pun yang berbaki.  Oh ya, bekalan Hanessa sebenarnya dah lama selesai di Lumut lagi.  Khuatir dia akan kelaparan, saya suruh dia bawa tapaunya ke sana.  Memang pun, usai muzakarah pertama, dia dah mula resah kelaparan.  Jadi, tadi saya suap-suapkan dia lagi, huuu laju je budak yang tengah nak besar ni.  :)

Kini masing-masing sudah makan, sudah solat di surau perpustakaan ini.  Boleh blogwalking juga.  Tu yang terserempak blog Cikgu Shiday Dari Parit tu, hahaha gelak aku menengok gayanya yang selamba.  Jenguk sana jenguk sini, huh tak boleh jadi.  Habis mood kacau bilau. 

Tutup semua, tinggalkan Jurnal Naqhuhines je.  Cadang nak tulis berat sikit.  Sungguh-sungguh.  Tentang hidup.  Err ... larat ke ni? 

Hmm ...  sat.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing