Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, May 4, 2011

sentiasa optimis denganMU

Syukurlah, terasa sangat Allah membantu.  Keinginan untuk menjadi tetamuNya, permohonan untuk diterima sebagai tetamuNya, seolah-olah bersambut.  Perlahan-lahan jalan bagai dibuka dan ditunjukkan.  Ya Allah, ampunilah kami yang banyak berdosa; dosa lapuk, dosa baru dan dosa semasa, juga dosa tak perasan mahupun dosa tak sengaja.

Seandainya Brunei Darussalam yang indah permai ini lebih baik untuk kami, untuk meningkatkan kesyukuran, iman dan takwa kami, untuk kebahagiaan dunia dan akhirat kami ~ biarlah kami di sini untuk beberapa ketika lagi.  Kami redha atas ketetapanMu. 

Namun andai tanahair yang sentiasa panas dari segi hawa cuaca dan hawa berita semasa itu yang terlebih baik untuk kami, pun kami terima dan bersikap redha juga.   Bantulah kami untuk mempraktikkan mujahadah dan muhasabah diri setiap waktu.  Permudahkanlah kami dan berilah kami tempat tinggal yang terbaik, kenderaan terbaik dan sahabat-sahabat yang terbaik.  Juga takdir yang terbaik.  Amin.

Terkadang, dan biasanya begitu, setelah di akhir cerita barulah kita sedar apabila imbas semula plot yang dilalui, bahawa "ohh ... rupanya Allah nak begitu kisahnya," atau  "ohh ... patutlah macam tu, rupanya macam ni akhirnya."  Antara contohnyalah.  Apa yang pasti, Allah Maha Bijaksana menyusun segala jadual.

Mintalah yang baik.  Mengharap yang baik.  Impikan yang baik.  Doa-doa yang baik.  InsyaAllah.  Kerana Allah Maha Mendengar, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Kaya dan segala nama-nama yang indah lagi terpuji milikNya.

Tetapi kebanyakan kisah orang-orang yang tiada apa-apa namun hati sudah terpaut terikat rindu kepada RumahNya, ada sahaja jalan-jalannya yang terkadang pelik, menghairankan dan luar biasa sehingga hajat disampaikan jua, perjalanan yang sukar menjadi mudah, jarak yang jauh tidak menjadi masalah, sehingga selamat bertamu di Baitullah.

Saat ini, kami semakin menguatkan azam ke arah itu, insyaallah.  Semoga Allah mempermudahkan urusan kami sehingga tiba masa yang sesuai nanti.  Orang-orang yang banyak berdosa ini ingin menjengukMu, dan berziarah kepada nabiMu Sallalahu alaihi wa sallam.  Ampunilah kami, ampunilah kami dan ampunilah kami, ya Allah ya Tuhan yang Maha Pengampun.  Kasihanilah kami dan berilah kami petunjuk ke jalan yang Engkau redhai.

Sentiasa optimis denganMU.

4 comments:

Noraini Hassan said...

Semuga tercapai hasrat menjadi tetamu Allah..

Naqhuhines said...

ameen ameen ya Rabbal alameennnnn... semoga Allah memudahkan segala urusan untuk menunaikan ibadah ini insyaallah.

Cikgu Ma said...

assalamualaikum dik
semoga hajat yang baik Allah makbulkan.
terima kasih sudi link blog wordpress selfhosting kak.kkak datangd ari blog educational akak yang jarang akak publishkan.

Naqhuhines said...

Waalaikumussalam Cikgu Ma :), terima kasih sudi berkunjung. Aminn atas doa cikgu.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing