Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, May 10, 2011

Pusingan semula

Napa?

Tak de ... saja je tanya diri sendiri.  Hehe ...
Kalau tengok entri di blog ni, kisah niqab dan tudung labuh bermula pada Ahad lepas.  Sebuah catatan  paling ringkas itu.

Terburu-burukah saya dalam membuat ketetapan untuk diri ini?

Jawapannya ; TIDAK.

Cer citer sket.   Begini al kisahnya ...

Sudah beberapa kali Ahad saya mengikut Kak Hawa ke majlis ta'lim.  Seperti biasa tentulah saya ketemu dengan wanita-wanita yang umpama gagak hitam, berjubah dan niqab hitam pekat bagai malam tanpa bulan dan bintang.  Anak-anak dara pun demikian.  Saya masih berbaju kurung dan tudung biasa-biasa.  Okey je ...

Kemudian saya lihat ada juga cara lain mereka menutup wajah, sekadar melilit selendang panjang atau shyla ke kepala dan langsung menutupi muka dengan memperkemaskan hujung shyla ke tepi pipi.  Hmm okey juga ni.

Selalunya saya tak endah, takkan nak perati orang beria-ia, segan la.  Nanti apa orang kata.  Tapi masih juga terpandang-pandang dengan ekor mata aje.  Ada pula yang muncul dengan jubah hitam tetapi bertudung biru labuh.  Eh bila masa dia pakai purdah?  Ni mesti diperhatikan ni!  Sebaik sahaja selesai muzakarah yang sangat mengesankan itu, saya tidak terus cuit Hurilain dan Hanessa untuk pulang.  Tidak perlulah tergesa-gesa.  Bukan nak balik rumah pun, zauj tak ada.  Saya terus duduk.  Angguk-angguk.  Selama ni tak ambil endah pun kaedah mereka menyarung purdah.  Tau tau laa ... dah bertutup semuanya!  Nampak mata je sepasang putih hitam.  Maka, kali ini saya perhatikan sungguh-sungguh, beria-ia, tapi tak ketahuan sesiapa.

Oooooooooooo gitu gamaknya!  Ni wanita lain.  Saya cega si tudung biru pula.  Kelihatan kain niqab masih di pangkuannya.  Dia lebih hampir, jadi lebih jelas buat mata saya.  Dia masih berbicara, bertukar-tukar khabar dengan tuan rumah yang ramah.  Lepas tu dia angkat kain niqab dan ikat ke belakang kepala.  Lepas tu, cakkk!  Nampak dua mata aje.  Wajahnya sudah terlindung di sebalik niqab, yang ketara hanyalah tudung biru labuh itu.  Kemudian dia berlalu bersama dua gadis kecilnya.

Saya rasa aman.  Selesa dan selamat.  Terlindung di sebalik niqab.  Itulah perasaan saya tatkala melihat mereka ini masing-masing menutup wajah dengan cebisan kain hitam itu.

Ia adalah satu perasaan yang halus.  Sukar diungkapkan.  Saya belum berniqab.  Tetapi saya dapat merasainya.  Saya cuba membayangkan.  Itulah yang saya inginkan.

Ia adalah apa yang diperlukan untuk ketenangan hati ketika keadaan memerlukan untuk saya bergerak bersendirian.

Saya mahu anak gadisku Hurilain ke madrasah, dan setiap hari saya sengaja membangkitkan mewarwar menyebut-nyebut hal ini kepadanya.  Ketika setiap hari dia membicarakan kisah-kisah teman rakan di sekolah yang selalu menghairankan dengan tata cara hidup yang jauh dari cahaya Islam, segera saya ungkapkan lagi, "Balik nanti terus masuk madrasah, ya."  Tidak perlu fikirkan apa-apa selain fokus kepada tujuan dan maksud.

"Mama ada hajat, kalau Ain ke madrasah, insyaallah."  Dan matanya akan menatap mata saya dengan pandangan hairan, tertanya-tanya.  "Tapi kena tanya abah dulu."  sambung saya.  Berlapik juga.

Bukan mudah bukan mudah.  Biarlah Allah Subhanahu wa Taala memudahkannya untuk saya dan keluarga.  InsyaAllah, aminnn ...

Catatan : hari ini Selasa 10 Mei 2011 adalah hari kedua aku memakai tudung labuh bidang 60 ini, menutup sebahagian besar diri.  Ya Allah, kumohon kekuatan dariMU untuk u-turn ini.  Ohh aku melakukan pusingan lagi.  Semoga ia buat terakhir kali dan untuk selama-lamanya. Insyaallah.

Sebenarnya, ia bukan dari Ahad kelmarin.  Bahkan sudah lama dulu-dulu.  Lagi.  Hanya tersedik di dalam hati belaka.  Dan itulah, apabila cuba membebaskan diri dari taliNya.  Mengejar, terkejar-kejar, pasti ditinggalkan.  Dunia bukan untuk orang yang meninggalkanNYA, melupakanNYA dan tidak mengendahkanNYA.

Dan kini aku sedang memikirkan hal yang satu ini, yang sekian lama menguasai pendirianku.  Aku tidak mahu berdiri di atas pagar lagi.  Ramai orang mengatakan itu satu sikap bodoh, tidak ada pendirian sebenarnya.  Ya, andai tak mengerti jangan cepat menghukum.  Aku tidak mahu menyesal kemudian hari.

Wahai ... wahai ... wahai ... ia benar-benar mengelirukan.  Semakin lama semakin mengelirukan.  Andai aku bukanlah golongan yang terpilih.  Sekian lama aku membiarkan diri di dalam keadaan selamat, di tengah-tengah.  Andai ia benar-benar satu rahsia besar.  Bukan pula aku merasa alah. Kita sama-sama inginkan keselamatan dunia akhirat.

Ini adalah satu pusingan semula, kembali ke titik mula di suku perjalanan silam.  Bermula lagi.  Mengatur langkah bersamaMU.  Bersamamu jua.  Dalam menuju titik akhir yang bila-bila masa sahaja.  Ya Allah, hanya padaMU berserah diri.

2 comments:

Azam Husni said...

Wah! macam karkun je ni..

Ya Allah yang Maha membolak balikkan hati, kekalkan hati kami dalam iman dan agamamu!! Moga Allah terima segalanya~

Naqhuhines said...

alamak Azam Husni, bukan karkun, masih kartun je iskk ... Amennn, atas doa enta. Alhamdulillah semoga Allah terima dan permudahkan segalanya.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing