Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, May 3, 2011

Kamu buat salah kan?

"Jom semayang!"  saya gesa Hidayat yang santai berbaring-baring di atas karpet.  Dia segera turun ke bilik air untuk mengangkat wuduk.
"Semayanggg!" gesa saya geram kepada Hurilain yang bersahaja di atas katil saya.  Mata saya buntangkan kepadanya.  Dia sedang bermain games di telefon bimbit, lagi!  Dia tertawa terkekeh, "Ain dah solat la mama."
Baru teringat, boleh lupa pulak, dia solat Zuhor dan Asar di sekolah.  "Boleh caya ke?" 
"Tak caya mama tanyalah cikgu." 

Kami solat setelah jam 5.  Hujan agak kasar membuatkan saya bercadang menjempun Hurilain di sekolah.  Saya dan Hanessa baru pulang dari perpustakaan Pandan, ke sana ingin mencari tiga buah buku yang dipinjamnya tempohari.  Berkelintau mencari masih tak jumpa.  Puas bertanya Mut dan Mel, tetap tak ada.
"Dalam keta la mama ..."  Saya pun menyelongkar sampai bawah seat, mana ada!
"Kat dalam rumah ..." Pulak!  Dah cari dah, tak ada jugak! 

Kata Hurilain, dia tak nampak sebarang buku semasa naik kereta Jumaat lepas.  "Kalau ada dah tentu Ain terkam nak tengok buku cerita apa Adik pinjam."  Huhh!

Jadi, tentulah buku tu tertinggal di perpustakaan.

"Err ... hmm ... saya kan bertanya ani ... anak saya meminjam buku Jumaat lepas tapi inda dibawa pulang, mungkin tertinggal di sini."
"Siapa namanya?"  Puan pustakawan pun mengetik keyboard menaip nama penuh Hanessa.

Kosong!  Tidak ada sebarang buku dipinjam.  Kemudian puan pustakawan itu memulangkan kad Hanessa kepada saya.  Alhamdulillah.  Mungkin staf terjumpa buku-buku itu dan membatalkan peminjaman, itulah jangkaan saya.  Tak mahu rekod pinjaman menjadi buruk, kerana melibatkan penjamin juga.  Mujur dua buku sebelum ini (setiap satu saya dan Hidayat pinjam di perpustakaan Seria) sudah ditemui semula oleh mereka.  Saya melarang anak-anak meminjam dari perpustakaan selain di Seria, tetapi masih juga mereka tergoda dengan buku-buku di perpustakaan Pandan.  Kami ke sana pada Jumaat kerana perpustakaan Seria ditutup setiap Jumaat.  Ahad kelmarin saya ajak anak-anak ke perpustakaan Belait pula untuk melihat-lihat. Hurilain pula membuat pinjaman.  Hmm ... okeylah, janji jaga elok dan pulangkan pada masanya.

Usai solat Asar, saya capai surah Yaasiin.  Saya nak baca awal, nak tukar jadual rutin.  Bimbang mengantuk lagi semasa Maghrib nanti.  Bayangkan, masa memasang niat dan Bismillah pun dah mula terlayang.  Kata saya, memang teruk sangat!  Sudah beberapa kali saya bertangguh, tidur awal dan bangun awal.  Sangka baik, bahawa Tuhan mahu saya bangkit menunaikan qiamullail yang saya lakukan selam-pelam buah plum.  Memang betul, bila tidur awal mata pun terjaga awal.  Alhamdulillah. 

Baru dua tiga muka surat, tiba-tiba abah telefon.  Kena la angkat, panggilan jauh ni.  Ohh rupanya dia sedang berada di madrasah Muhammad Naqib.  Dan dapatlah saya berbicara dengan anak ini. Mula-mula tanya, dah juz berapa? Dia kata baru je masuk juz 21.  Dan dia dah mula menghafal satu setengah muka surat.  Kenapa tak hafal dua muka surat je? tanya saya.  Jawabnya, pelan-pelan dulu, masuk juz 20 sok baru dia nak cuba hafal dua muka sehari.  Okay, pelan-pelan. Alhamdulillah, tapi target 15 juzuk menjelang Syawal macamana?  Mama doakanlah je, jawab Muhammad Naqib lagi. 

Okay, ni nak tanya ni, kamu dah buat salah kan?  Dia diam.
"Patutlah kamu tak telefon mama, pergi tengok wayang, dua kali pulak tu!"
Ada la bla bla bla lagi ... katanya kawan lain pun ada yang tengok juga. 
Telefon mama pun dah akhir masa nak balik madrasah!  
Bla bla bla lagi.  Cukuplah ini kali terakhir kamu tengok wayang, ok! 
Teringat keretamayat kata, pakcik nak tengok cerita yang tak ada orang perempuan berlakon.  Saya pun cakap macam tu, tapi saya sambung mana ada filem sekarang ni yang tak ada pempuan.  Sume mesti ada. 

Kalau tak ada, ntah-ntah ... nanti boleh meninggal macam pakcik tu, tapi yang ni saya tak cakap kat Muhammad Naqib, cakap dalam hati je.

Lepas bagi sedikit cili, saya pun bagi manisan pulak.  Ucapan tahniah dan perangsang supaya dia lebih bersungguh-sungguh belajar.  "Mama sentiasa doakan Along.  Belajar betul-betul."  Dia memang memerlukan doa kami, mama dan abah, juga adik-adiknya.  Semoga Naqhuhines menjadi insan-insan yang cemerlang dunia dan akhirat, insyaAllah.

Semoga dengan hasrat dan nawaitu yang semata-mata kerana Allah, DIA akan memakbulkan doa dan harapan yang baik ini.  Semoga perjalanan sentiasa dimudahkan dan diberi bantuan.  Ameen.

Sambung balik baca surah Yaasiin, dengan istighfar sebab dah tersangkut dek telefon kejap.  Alhamdulillah, tak sempat diserang mengantuk gila.  Sadaqallah ...

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing