Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, April 8, 2011

Puding Roti Oren

As salam anda.

Bahan utama tentulah reja roti.  Saya baru beli butter dan susu segar.  Dek kerana resepi ni main terjah je, memang tak sempat nak mengeluarkan butter lebih awal supaya sama dengan suhu bilik.  Tak mengapa, small matter je.  Jadi ia dicampurkan ke dalam blender bersama telur, perasa vanilla, sedikit oren sanquick atau parut kulit oren, tepung kastard dan gula castor.  Masa semakin suntuk pagi-pagi hari. Nak tunggu reja roti kembang, masa yang mahal akan terbuang. Jadi saya kisar reja roti bersekali dengan bahan-bahan tadi.

Tentulah oven sudah dipanaskan awal sedikit.  Saya juga baru beli tray hitam dengan acuan bulat macam acuan donat.  Lengserkan ia dan letak bahan yang sudah sebati di setiap acuan lalu masukkan ke dalam oven.  Lepas tu boleh buat kerja lain yang lebih penting; solat Subuh.  Isi air masak dalam botol air mereka, pastikan Hanessa dah bersedia untuk mandi, dan tanya semua dah berus gigi ke belum di sinki.  Keluarkan duit tiga dollar dari purse dan agih pada mereka.  Kemaskan buku Hanessa.  Sapu bedak pada badan dia dan siapkan dia hingga selesai.

Okay, jom minum.  Siapa nak bawak bekal puding roti oren?  Tak payah la bawak duit! Bak sini duit tu balik.

Wassalam.

2 comments:

Noraini Hassan said...

yang ni macamana rasanya pulak?

Naqhuhines said...

bikinan saya tu berperisa oren yang sedikit masam sebab gula castor tak semanis gula pasir (risiko resepi terjah hehe ...). guna parutan kulit oren mungkin lebih enak. tapi saya betul2 terjah, tak sempat nak memarut even mencari pemarut. curah je sedikit oren sanquick tu. cuba le ye ... tentu lebih enak dari terjahan saya ni :-)

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing