Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, April 28, 2011

Pelangi di langit Brunei

Kesukaanku menatap langit Brunei yang biru, dihiasi gerombolan awan putih melepak.  Musim panas tiba menjelang April.  Namun cuaca di sini tidak boleh diduga, sebab di tengahari yang panas terik boleh tiba-tiba turun hujan yang kita panggil hujan panas.  Betullah pepatah ini; "Kusangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengahari."  Haa ... memang kerap pepatah ni berlaku kat sini.  Dan ... dan tiba-tiba boleh panas terik balik.  Selalu saya, Mel dan Mut menjadi 'mangsa' cuaca.  Sebab dah senang hati dengan panas terik, jemur semula pakaian, lepas tu ... tanpa diduga hujan lagi!!!  Tapi lama kelamaan, dah agak pandai meneka.  Nak selamat, letak je ampaian tu di tempat beratap.

Di Brunei terutama di kawasan Seria, terbentang kawasan berumput lapang yang luas, mungkin kawasan rizab untuk carigali minyak lagi, atau dipersiapkan untuk menunggu pembangunan di masa akan datang.  Maka, memang mudah mata mencapai langit yang luas tanpa halangan bangunan tinggi atau hutan kecil.  Maka, semenjak itulah, mata saya selalu disapa pemandangan indah bikinan Allah Taala ini.  Semakin lama semakin terpesona. Namun awan-gemawan yang indah ini bertukar wajah menjadi gelap menakutkan apabila musim hujan di penghujung tahun.

Antara bentuk awan yang unik, macam ... apa?  Ia terbentuk daripada asap yang terhasil di tempat pembakaran gas.


Cantik!  Maha Agung Allah Yang Maha Pencipta, Maha Indah dan Maha Pengasih memberi kita pemandangan seperti ini.

Ini juga!  Di suatu petang di pinggir jalan raya.

Paling menarik, apabila sang pelangi melingkungi penuh langit Lumut (tapi bukaan kamera yang kecil tak dapat mengambil gambar penuh pelangi dari hujung ke hujung).  Syok betul dapat merakam pemandangan ini, tau ... hingga menarik perhatian orang rumah depan tu turut mengambil kamera dan merakam sama.


Ini juga shot yang pada saya paling menarik.  Kami dalam perjalanan pulang dari Bandar Seri Begawan ke Lumut.  Dan sang pelangi tetap mengekori kami, bahkan kami seolah-olah lalu di bawah lingkungannya dari hujung ke hujung.  Terasa aneh dan sangat teruja, lalu kami mencari kawasan lapang dan berhenti untuk merakamkan gambar ini.  Seolah-olah Hidayat sedang di lingkungan pelangi di satu alam yang lain!  Sebab tu saya katakan, langit Brunei memang indah dan menarik!!

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing