Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Saturday, April 30, 2011

Pasti sudah

As salam.
Pagi yang nyaman indah.  Semoga anda pun ceria menghirup udara pagi yang segar bersama sinar matahari yang mula mencuri-curi muncul di balik awan untuk menebarkan cahaya ke serata penjuru alam.  

Saya mengekori Hidayat dan Hanessa menuju ke Sekolah Rendah Muhammad Alam.  Kami agak lewat tetapi waktu belum mencecah jam 7 pun.  Hanessa tertoleh-toleh ke belakang.  "Tengok Siti Aisyah ke?"  Dia menafikan, tapi saya tahu dia menunggu Siti Aisyah, pelajar baru yang sama kelas dengannya.  Mereka menyewa di rumah seberang jalan sana, dan sudah dua kali dia dan Hidayat ke sekolah bersama-sama Siti Aisyah bersama dua abangnya, dihantar berjalan kaki oleh ayah mereka.  Mungkin Siti Aisyah sudah lama sampai di sekolah.


Hanessa sukakan Siti Aisyah yang mudah tersenyum, apatah lagi Siti Aisyah ini muncul ketika Hanessa baru sahaja 'mengisytiharkan' nama barunya ~ Siti Aisyah ~ yang saya cadangkan bersempena dengan nama isteri kesayangan Nabi Sallalahu alaihi wasallam, Ummul Mukminin Siti Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq.  Semoga dia nanti menuruti keperibadian Ummul Mukminin yang cergas, pintar berkata-kata dan bijak.

Kenapa nak tukar nama? 
hari dua dan enam (Selasa dan Sabtu) pakai baju sukan
Hmm ... biasalah budak-budak namanya.  Kejap nama dia Tadisha, kejap Nina, kejap Amanina; yang semua tu adalah nama kawan-kawan sekelas dia juga.  Saya pun dipanggil macam-macam; hari ni dia minta izin panggil saya 'umi', nanti esok panggil 'ibu', dua tiga hari nanti panggil 'mak'. Tapi yang dah biasa juga yang keluar dari mulutnya, kemudian "Eh eh, lupa pulak.  Umiiii ..." dia pun membetulkan panggilan sekehendaknya apabila tersedar sendiri 'kesilapannya'. 

nun kat belakang si Kakak berjalan kaki ke AAC
Sampai di laluan berlorek hitam putih (zebra crossing) di hadapan sekolah, saya melepaskan mereka melintas.  Ada dua pelajar perempuan dari bangunan flat berhadapan sekolah ini (bangunan kediaman kerajaan) yang turut berlari-lari anak ke seberang jalan.  Berderet kereta berhenti untuk memberi laluan.  Saya tidak berpatah balik ke jalan pulang, tetapi terus menapak menyusuri laluan pejalan kaki berbata merah, masuk ke Jalan Perakong.  Matahari semakin panas mencarak dan menyilaukan mata.  Berbahang rasa.  Wah, kalau hari-hari jalan macam ni, boleh turunkan berat badan lagi ni.  Kenapa la baru hari ni terfikir nak berjalan jauh sikit ...  Tu lah, budak-budak ni lebih suka minta abah hantar naik kereta ke sekolah.  Ishh, tak boleh jadi nih!  Kita jalan je!  Kita jalan je! Okeh?


Abah call.  Semua berjalan lancar.  Tapi kedua-dua abah keuzuran; abah Tok Mat sakit kaki balik, abah Mat Arbak kena semput pulak.  Kedua-dua mak alhamdulillah sihat dan cergas.  Dan mak Ramlah pulak, membuatkan hati saya rasa hiba mendengar cerita abah ketika singgah di rumah semalam ~ mak Ramlah peluk abah dengan airmata, "Bila Intan nak balik?"  

Terharu.  Mak Ramlah mahal airmatanya.  Teringat soalannya dalam telefon sebulan lepas, "Bila nak balik Malaysia nih?"  Mak Ramlah jarang bertanya begitu.  Mak Leha pun begitu, tapi kadarnya memang kerap boleh kata setiap kali bercakap di telefon.  "Mak rindu budak-budak ..." macm tu lah biasanya.  Mak Juriah pula banyak berkias tapi tindakan dan maksudnya jelas.  Dia sangat banyak berkias dengan abah, namun tidaklah sampai terasa dipaksa-paksa.  Tapi bila dah macam tu, hati pun terasa sangatlah.  

Jadi, mungkin kami akan pulang tak lama lagi.  Dengan niat kerana keredhaan Allah, yang muncul daripada redhanya para ibu ini.  Biarpun saya masih belum puas di Seria ini, namun tentu ada kebaikan yang lebih besar di tanahair sendiri; berbakti kepada orang tua sementara masih ada masa, kelapangan dan kekuatan untuk itu.  Ini lebih afdal di sisi Allah, insyaallah.

"Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang rujuk kepadaNya.  Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah, dengan zikrullah hati akan tenang tenteram."  (ar-Ra'd : 27 -28)

Semoga  kehidupan semasa dan seterusnya sentiasa berjalan lancar, seperti yang diharapkan.  Memang benarlah, kami bagai berkursus sahaja di Brunei ni.  Kursus kemahiran hidup untuk sekeluarga.  Apa-apa pun, hanya Allah Subhanahu wa Taala yang Maha Mengetahui segala hikmahnya.  Kami hanya menuruti perancangan dan jadualNya.  Dengan harapan yang baik, semakin banyak harapan-harapan yang kami titipkan lewat doa-doa dengan aminan anak-anak yang belum berdosa, adalah aminan doa yang berkah, insyaallah.

Sudah pasti!  Hanya masa yang belum tahu ...  
Dan saya mula mempersiapkan diri ~ untuk meninggalkan Seria yang Allah berikan sedikit rasa tenang yang indah buat sementara untuk dinikmati, dan kembali ke dalam pelukan kasih ahli keluarga yang terpisah buat sementara.  Saya berlapang dada, dengan prasangka yang baik belaka.  Persekitaran hanyalah alat, sedangkan wadah hati itulah tempat yang tepat untuk berasa tenang dengan sumbernya adalah Yang Maha Lemah lembut lagi Maha Penyayang.  Tentu ada bezanya tenang bersama Allah, dengan tenang dalam lupa kepada Allah.  Tentulah juga berbeza tenang bersama keinsafan dan sifat tawaduk, berbanding tenang  menghening diri tetapi gagal alpa mengingati Allah. 

Semoga kita termasuk golongan orang yang sentiasa berdoa dan mengharap kepada Allah.  Mengadu kepada Allah.  Rindu-rinduan dengan Allah Taala.  Dan menyusuri jalan yang diredhai Allah.  Amin.

2 comments:

Noraini Hassan said...

Betul ke nak balik Malaysia terus..?

Naqhuhines said...

insyaallah tapi masa belum dapat ditentukan ... banyak perkara kena selesaikan kat sini.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing