Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, April 18, 2011

kuntum pertama patchwork quilt

Ini le ghupenya kuntum pertama untuk patchwork quilt saya.  Kombinasi kalernya, hmm ... kira oraitlah, sebab budak macam Hanessa tu lebih fokus pada gambar-gambar kartun dan bunga-bunga.  Saya maafkan diri sendiri kerana ini pun percubaan pertama.  Masa tengok kain, kira tibai je.  Janji ada pink-pink hehe ...  Dan dah mulakan untuk kuntum kedua, yang kepingan biru kecil tu.  Mungkin akan buat kombinasi begini sebanyak empat kuntum je, untuk diletakkan di tengah-tengah quilt nanti.  Selebihnya buat kombinasi lain pulak, cuma tiga warna sahaja.  Ini plan yang entah ke berapa, selalu tukar-tukar idea je.  Pokoknya nanti, siap! Insyaallah.  Target masa ~ belum dapat ditentukan.  Sebulan? Dua bulan?  Jangan setahun atau dua tahun, udah la ...

6 comments:

Amiizaa2001 said...

salamsss,

cantek + kreatif :):)

Noraini Hassan said...

dulu ada gak buat patchwork yg sama, ada di kg tu x penah sudah..

Naqhuhines said...

amiizaa :-) sebenarnya orang-orang tua kita dulu-dulu dah buat patchwork ni, kini hanya diperbaharui sahaja coraknya.

Naqhuhines said...

mak ngah, sambung la balik kerja patchwork yang tak sudah tu, jadi masterpiece yang hebat tu nanti. Mel (kawan kat sini)~ patchwork quiltnya dah masuk dua tahun lum siap-siap tapi semangatnya masih ada bara, macam kayu arang, yang kalau ditiup-tiup masih boleh menyala. Intan ni, hari-hari Ain suruh sambung terus patchwork sebab dia suka nak tetas jelujur dan keluarkan acuan kertasnya tu, hehe ... Sebenarnya patchwork ni isi masa bila idea tersangkut nak sambung bab 4 novel tu, dok mikir komen sifu ~ macamana nak baiki ...

Noraini Hassan said...

nanti la dah retire nanti klu pjg umur...

Naqhuhines said...

adoii nak tunggu retire pulak, lama lagi tu. tapi rasanya buat hobi ni memang kena ada mood gak. kalau setakat angin kus-kus, angin pus-pus, memang tak gerak la. hehe ... mak dulu camana ek, boleh buat banyak-banyak patchwork tu?

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing