Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, April 26, 2011

hati terpaut di sini, Brunei Darussalam

Saya benar-benar jatuh hati kepada negara ini.  Hmm ... mungkin ia sudah lama berputik, semenjak 15 tahun lepas tanpa disedari tatkala saya sempat mendiami Sengkurong A selama dua tahun sahaja.  Sekembali ke tanahair, saya masih teringau-ingau akan negara ini.  Tidak puas rasanya, bak punggung yang belum panas berlabuh di kerusi.

Waktu itu, kenang-kenangan bersama kawan-kawan sangat kuat bermain dalam ingatan.  Sehingga ia semakin lama semakin hebat, mewarnai bicara kami sekeluarga seterusnya menimbulkan harapan demi harapan yang tak kunjung padam.  Kami mahu kembali, menjenguk segala kenangan di sini. Mesti!

Allah yang Maha Mendengar, telah memperkenankan harapan ini.  Akhirnya harapan ini dikabulkanNya jua.  Dan kami kembali, namun nun jauh di hujung sempadan negara ini, berhampiran dengan Miri, Sarawak.  Ya, kami mendiami kawasan Seria di dalam daerah Belait.  Memang terasing benar dari kawan-kawan lama dulu.

Selama setahun tinggal menyewa di rumah sewa Kak Leha di Lumut, yang sangat hampir dengan Pantai Lumut yang indah.  Setiap malam telinga kami menangkap deburan ombak yang kadangkala amat menggerunkan ketika waktu angin kuat dan air pasang malam.  Di sini saya sangat tersentuh hati dan rawan jiwa dek pemandangan langit yang begitu melarutkan perasaan dalam keindahan ~ awan gemawan putih dilatari langit berwarna biru, sang pelangi yang selalu amat melintangi langit dengan megahnya, sang ombak yang bermain-main dengan kami di gigi air.  Perlahan-lahan saya menjadi pencinta alam.  Tiba-tiba seperti baru perasan saya dilingkungi alam yang amat indah, yang tidak pernah saya kecapi.

Uhh, teruk betul!  Apa kat Sijangkang tak nampak langit ke hapa?  Agaknya kot... Laut memang dah jauh la ...

Kemudian saya mula menilai pekan Seria yang pada saya seperti sebuah pekan koboi yang lengang.  Of course la without horses and cowboys hehh ...  Saya pun mula sukakan pekan ini, kerana memikirkan saya mudah menguasainya.  Dah tu pindah pulak ke rumah bos di perkampungan Cina, betul-betul di pertengahan laluan ke Sekolah Rendah Muhammad Alam, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Rashidah Saadatul Bolkiah, juga ke Anthony Abell College.  Jalan kaki ke mana-mana sekolah ini hanya dalam lima minit aje.  Kawasan perumahan yang juga tenang.  Ada dua kawan baik di sini iaitu Mel dan Mut.

Ada perpustakaan, klinik, kompleks beli-belah yang comel iaitu Plaza Seria, bank Baiduri, pejabat pos, pendek kata semua ada dan lengkap.  Kemudian setelah setahun berlalu, barulah mula berkenalan dengan orang-orang dari Malaysia melalui anak-anak di madrasah.  Tentunya dimulakan dengan Kak Hawa; diikuti Kak Tie, Onie, Hani, Kak Liza, Shamila, Nora, Zurin, Aiysah, Ina dan lain-lain yang sekali dua je berjumpa. 

Selain itu, saya juga sudah jatuh hati kepada siaran radio Nur Islam Radio Televisyen Brunei, yang mengumandangkan pelbagai doa, selawat nabi, sentuhan minda, kuliah mufti, pegangan ASWJ, soaljawab ugama, ceramah-ceramah dan macam-macam lagi.  Hingga rasa tak boleh lekang dengan siaran ini.  Kekadang agak jemu juga mendengar siaran ulangan tetapi hati memujuk, apa salahnya mendengar berulang kali, mudah-mudahan lebih ingat dan faham.  Bukan dengar sekali dua dah boleh ingat, kan.  Akhirnya radio ini hampir 24jam bersiaran di rumah saya.  Cuma apabila waktu tidur, channel akan dialihkan kepada siaran mengaji 24 jam, termasuk kalau kami meninggalkan rumah untuk ke mana-mana.  Saya tak pasti kat Malaysia ada channel begini ke tak?  Yang saya gemar  dengar dulu (kekadang je dengar radio), ialah sembang kak Engku tu ... bikin gelak sorang-sorang je.  Saya pasti, mesti saya akan rindu bangat dengan Nur Islam dan Kuliah Mufti.

Kuliah Mufti akan ke udara dua kali iaitu jam 7.30 pagi dan 4.30 petang.  Biasanya saya akan pastikan tidak miss kedua-dua masa ini.  Sambil buat kerja rumah pun akan dengar.  Kalau keluar rumah, akan sumbat earphone B-Mobile ke telinga.  Ada banyak kisah-kisah atau hikayat Rasulullah Sallalah hualaihi wassalam, para sahabat, orang-orang alim, doa-doa dan kisah-kisah yang memberi pengajaran untuk menjadi teladan hidup kita.  Sangat luas ilmu beliau dan penyampaian yang sangat menarik, tidak jemu didengar.  Teringin juga nak mengikuti kuliah beliau secara live, tapi belum berkesempatan.  Perlahan-lahan saya mula memetik doa-doa dari sana, seperti doa waktu pagi yang sudah dihafal.  Anak-anak juga sempat menghafal beberapa doa dan selawat yang mereka dengar setiap hari.

InsyaAllah setakat hari ini hati tak terbuka nak mengalih siaran ke channel lain, macam dulu tu, mungkin channel lagu-lagu lama yang membuatkan kita teringat masa sikat rambut yang basah ketika baru lepas mandi pakai baju kurung kat depan tv, seusia Hanessa hehe ...  Jadi memang anak telinga tak ada can nak dengar lagu-lagu, selain nasyid atau lagu Ketuhanan yang disiarkan secara terpilih di Nur Islam.  Kekadang ada juga lagu berentak rancak, yang pada saya entah hapa-hapa ... tapi since Nur Islam, dengar je la atau buat-buat tak dengar.  Melainkan Maher Zain, memang kelasss gitu hehe ...  Tobat Maksiat pun okeh la.  Tapi lagu selingan dari orkestra Arab tu, memang fuhhh ... menghayun jiwa.  Macamana nak carik lagu tu, nak masukkan dalam laptob ekss?

Radio kat sana, ada ke macam ni?  Saya sebenarnya bukan kaki dengar radio.  Memang tak dibiasakan dek mak mendengar radio.  Biasa tengok tv je.  Kalau dengar radio pun masa kecil dulu, bila tiba tang ceramah atau sembang-sembang ugama sikit, sure dialihkan ke lagu-lagu.  Tapi kat channel Nur Islam ni, saya belajar mendengar.  Dan saya memang terpikat. 

Hmm ... memandangkan waktu dah suntuk, Masa untuk tidur.  Saya berhenti dulu. Namun ... namun (teringau-ingau suara Tuan Mufti bila bercakap, stail dia ...) saya bercadang akan menulis lagi tentang Brunei Darussalam yang indah permai ini.  Sebagai informasi untuk kawan-kawan Hurilain yang mengikuti blog ini.  Juga untuk kenang-kenangan kami apabila sudah meninggalkan negara ini nanti.  Sebenarnya, apabila hati menjadi dekat kepada Allah Taala, itulah punca damai dalam jiwa.  Firman Allah mafhumnya; "Ingatilah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."

Juga; "Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang rujuk kepadaNya.  Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah, dengan zikrullah hati akan tenang tenteram."  (ar-Ra'd : 27 -28)

Nur Islam, sesuai dengan namanya, menyebarkan cahaya Islam kepada pendengar.  Membuatkan hati sentiasa teringat kepadaNya, bagai berzikir jua.  Secara tak langsung, mendatangkan ketenangan kepada hati.  (Apatah lagi andai berzikir dengan menyebut nama-namaNya Yang Maha Indah ... masyaallah).

bersambung ... insyaAllah.

2 comments:

ahLia teeeetttttt..... said...

salam..

best2.. letok la gambo banyak2.. ambo xpenah g brunie

Naqhuhines said...

as salam, Zai :-)
Insyaallah, saya akan cuba berkongsi beberapa gambar sekitar. Ada banyak koleksi gambar sekitar Brunei ni yang boleh saya share di sini. InsyaAllah. Terima kasih, Zai :-)

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing