Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, April 24, 2011

damai itu dari Allah

1.  dapat pergi tengok Tausyeh, tapi sikit terkejut sebab penuh sampai ke pintu.  Setengah jam berdiri dapat offer duduk kat kerusi.  Habis hampir jam 10.  Janji nak tolong drive pergi balik; pergi abah masih steady, balik pun dia steady ~ saya yang sempat berdengkur (halus) kat seat.  Terjaga je anak telinga menangkap lagu-lagu pop 90an dulu, oh dia dah tukar channel rupanya.  Hmm okeh la.  Alhamdulillah selamat sampai rumah, sangkut kejap kat laptop. 

2.  Baca emel.  Ada promosi iklan blog rakan dari kumpulan tertutup.  Saya terus add tiga blog yang saya suka.  Tapi blog JN ni dah jadi macam caca marba, bercampur aduk.  Lum sempat nak update susun blog.  Kena ada satu group lain ni.  Menarikkkkk...

3.  Tadi dalam perjalanan, airmata meleleh-leleh tapi tak seorang pun perasan (hohoho).  Wanita memang pelik, macam saya.  Terharu sayu pilu tak pasal-pasal.  Abah yang saya fikir sedang berasap-asap kepala hotaknya kebelakangan ni rupanya lum habis bara asap, masih memikir.  Oh dah istikharah rupanya.  Alhamdulillah.  Naqib akan berhari raya di sini lagi, insyaAllah. Itu tandanya kami tak balik Syawal nanti, tapi balik hujung tahun sebaik sahaja cuti sekolah bermula. 

4.  Saya suka damai.  Saya rasa damai.  Saya mahu mengekalkan damai.  Kena buat sesuatu di rumah nanti.  Adjust ruang.  Mesti sediakan ruang solat untuk berjemaah sekeluarga.  Gambar besar tu perlu diturunkan.  Supaya malaikat tak terhalang dari memasuki rumah.  Ruang tamu tu pasang je karpet, napa nak simpan-simpan je, susun semua kerusi ke tepi dinding.  Biar luas dan lapang.  Harap abah setuju.

5.  Mesti mencari kawan.  Dan rasa-rasanya mahu menyekat keinginan ke pasar sabtu macam selalu.  Eh apahal pulak makcik jadi macam ni???  Entahlah, tapi fikiran akan terus berjalan.

6.  Hurilain.  Dia mesti diuruskan segera.  Pilihan pertama ialah dekat dan terbaik.  Kedua yang jauh dan terbaik. Ketiga, mana-mana je yang dapat. Insyaallah.  Ya Allah, pilihlah Hurilain untuk mempelajari kalamMu, semoga dengan itu dia dapat membesarkanMu dengan sebaik-baik cara, dan mencintaiMu.  Juga mencintai kekasihMu, baginda Rasulullah sallallah alaihi wassalam.  Kami adalah terasing.  Kami mencari.  Kami bersendiri.  Hanya Allah sebaik-baik teman dan pembantu.  Kepada Allah tempat berserah diri.

7.  Dunia hanya tempat persinggahan sementara.  Akhiratlah kampung kekal selamanya.  Brunei adalah negara yang aman.  Kerana Allah mencampakkan rasa aman ke dalam hati ini.  Negara yang dirahmati Allah dengan usaha ke bawah Duli Sultan Haji Hassanal Bolkiah, untuk menjadikan negara ini sebuah negara zikir.  Dengan al-Quran sebagai kepala zikir.  Semoga Brunei terus kekal aman damai dan dirahmati Allah sentiasa.  Namun pengembara perlu pulang.  Bagai ikan kembali ke lubuk.  Ada perkara lebih penting dan besar menanti.  Mungkin ia akan menjadi medan untuk bermujahadah dan berperang dengan hawa nafsu.  Medan untuk membaiki dan mengenali diri.  Umpama kembali dari satu medan perang ke medan perang yang lebih hebat.  Tak akan berkesudahan.  Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk melakukan yang terbaik dan bantulah kami selalu. 

Pulang bersama sedikit bekalan pengalaman di rantau orang.  Membawa bersama perasaan damai dan tenang.  Rasa aman.  Biarpun langit di sana nanti selalu panas pijar. Biarpun langit di sini selalu kehujanan di tengahari.  Cuaca yang tak boleh diduga.  Yang memberi damai dan tenang hanya Allah.  Anugerah rahmat Allah di mana-mana.  Pasti ada.  Insyaallah.

5. 

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing