Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, April 26, 2011

Naqib, apahal?

As salam.
Dapat jugak masuk blog, alhamdulillah.

Pengikut blog bertambah!  Hmm ... terima kasih banyak-banyak  ya.  Award tak de, tapi bayangkanlah sekuntum bunga teratai merah muda paling mekar di tengah-tengah tasik paling biru, macam gitulah mekarnya hati saya ...  Tang award-award ni, lum try lagi,  sementelah tak pernah terima award dan lum cuba nak bagi award

Cer cari gambar teratai jap.  Erghh lembab la nak download.  Kensel.

1.  Hurilain - saya ke sekolahnya Sabtu kelmarin untuk bertemu guru sempena hari tandatangan report card.  "Mama jangan pakai sling bag tu tau!  Mama pakai jubah paling cantik okeh!!"  Huh, dia awal-awal sudah bagi arahan, amboiii ...  Untuk menjaga airmukanya, saya cari handbag merah kat dalam kotak, sumbat telefon bimbit dan purse.  Kemudian pakai jubah hitam yang abah beli di ekspo tempohari.  Sumbat earphone siap-siap kat telinga dan gantung B-mobile dalam jubah. Henpon lagi satu sumbat dalam poket bag, abah selalu buat panggilan ke henpon ni.  Murah sikit.

Ringkasnya, suasana di dewan sangat kelam-kabut dan bercampur-aduk antara ibu-ibu dan bapa-bapa pelajar.  Guru paling popular ialah guru subjek Science namun sangat sukar nak bertemu dia kerana dikerumuni oleh ibubapa dan pelajar yang gagal Science.  "Sepatutnya dia duduk di meja sendiri, tak perlu share meja dengan guru lain," komen saya dengan rasa agak bosan ~ ada dua guru lagi yang berkongsi meja dengan beliau, yang nampaknya tak 'sepopular' dia, yang menyebabkan kami telah menjadi penghalang pertemuan ibubapa dengan mereka pula. 

Saya dan Hurilain berpusing-pusing mencari ruang, merungut juga tu.  Okeyla, kita jumpa je mana-mana guru yang dah free.  Dan beberapa orang guru Hurilain ~  guru kelasnya (BM), guru Maths, guru ugama, guru Geografi ... antara yang sempat ditemui, dan rata-rata masing-masing memberi kredit kepada anak saya.  Kata Cikgu Dayangku, guru kelasnya, "Dia sudah semakin menunjukkan bakat kepimpinan dan sentiasa memberi kerjasama dalam kelas."  Hurilain tersengih-sengih.

Akhirnya dapat juga bertemu guru Science tepat jam 12 tengahari.  Dia tanya Hurilain jika saya boleh menulis (sebab ibu bapa kena beri komen di dalam borang disediakan) dan siapa saya ni?  Hoho betullah kata Hurilain, cikgu dia ni jenis kalut.  Memang kalut, kelam-kabut je sepanjang dia berurusan dengan ibubapa sejak tadi.  Untuk makluman, dengan tiada rasa bangga langsung, seisi kelas anak saya mendapat straight D untuk subjek ini, Gagal la tu!

Namun, keseluruhannya Hurilain ada peningkatan dari segi keyakinan diri dan pergaulannya dengan guru dan kawan-kawan.  Dia mewakili Majlis Pelajar (pengawas), dan terbaik dalam kelas (dapat nombor 1 dengan satu subjek gagal).  Hari ini dia membawa balik sijil penghargaan pelajar terbaik untuk peningkatan di dalam English, mungkin untuk kelasnya, tak pasti sangat.  Cop sekolah pun takdak ...  tang tu spoilt sikit.

Tapi, tahun depan masuk madrasah ya!  Insyaallah.  Ada potensi untuk meraih kecemerlangan dalam akademik, macam Naqib juga dulu, tapi kita mahukan kecemerlangan dunia serta akhirat beriringan.  Tanam padi, lalang juga tumbuh.  Tapi tanam lalang, padi takkan tumbuh.  Erk ... err ... fikir sendirilah.  (Jadi, kita tanamlah padi, jangan tanam lalang, sambil jaga lalang agar jangan tumbuh sama; ringkasnya.)   

2.  Hanessa semakin tinggi dan ada potensi untuk menjadi tembam, sebab lepas makan malam kami sekitar jam 6.20pm, dia akan minta makan nasi lagi lepas solat Isyak!  Yang menjadi mangsa menemankan dia makan tentulah kakaknya yang terpaksa patuh arahan saya untuk menggorengkan telur (kalau lauk dah licin).  Dan si kakak pun ada potensi menambahkan berat badannya ...  Saya terpaksa merisaukan si adik ni, sebab berdasarkan pengalaman kakak dulu pun rincing je macam dia, tapi masuk umur 9 tahun dia mula bagai dipam-pam badannya hinggalah sekarang.  Kalau dah bulat, susah sikit nak mengecilkan badan.  Hehe ...

3.  Hidayat?  Dia okey je.  Dapat nombor satu sekolah ugama.  Tapi sekolah pagi, tak ada info apa-apa.  Tulisan semakin baik.  Bersikap sangat cermat ~ simpan lauk tepi pinggan dan habiskan nasi dulu sehingga membuatkan adik dan kakaknya geram memandang lauknya especially kalau jenis-jenis yang menjadi kegemaran macam ayam goreng, udang bahkan telur sekalipun.  Juga sangat cermat menggunakan alatulis seperti pensel, sehingga terpaksa diarahkan menukar pensel-penselnya yang hanya tinggal 3-4 inci sahaja panjang di dalam tepak pensel.  Pemadam pun serupa, tinggal secoet je pun masih dipakai.  Betul-betul cermat caranya!  Beg sekolahnya pun dah koyak hingga saya bimbang barangnya yang kecil-kecil berciciran di jalan (nak jahit tak praktikal ...) tapi dek sayangnya dia pada beg Iron Man tu, dia tak kisah langsung sebarang risiko.  Akhirnya abah belikan beg Ben10, tapi dia masih menghalang untuk membuang beg lama, suruh simpan je.

Dan dia amat-amat suka melukis.  Sehingga dia menangis kena marah dengan abah tatkala mencari buku kosong untuk dijadikan buku conteng lagi.  Abah tak suka buku dibazirkan dengan melukis entah apa-apa; gambar robot, kapal perang, ultraman, cicakman, entah apa lagi ... Tapi saya sebaliknya.  Sebenarnya saya mahu pelan-pelan mengubah corak lukisannya kepada sesuatu yang lebih bermakna.  Mungkin sebuah pelan bangunan yang canggih, misalnya.  Tentu memerlukan masa untuk seorang budak lelaki 9 tahun yang tengah asyik dengan imaginasi perang-perang nak menukar corak itu.  Tak mengapa, kita beri dia masa.  Mendidik anak semasa kecilnya umpama mengukir atas batu.  Payah tetapi berkesan lama.

4.  Muhammad Naqib.  Huh, dia memang nak KENA, apa akal jauh dipisahkan dek lautan.  Abang sulung ini telah menelefon wannya minta datang mengambil dia dari madrasah, ingin outing balik ke rumah.  Macam biasa wan dan atuknya membawa dia ke JJ Bukit Tinggi, dan dia telah mengambil kesempatan MENONTON WAYANG entah cerita apa!  Kata mak, cerita omputeh.  Mak bagi pulak tu!  Anak ko dah remaja, tu je kata mak sambil gelak-gelak dalam telefon.  Hoho, masa dia sendiri berbual dengan saya dan abahnya, langsung tak timbil kisah tengok wayang.  Mak kata, esoknya (Ahad) dia minta izin lagi ke JJ dengan Hadi pulak, pun tengok wayang jugak.  Memang MELAMPAU budak ni, fikir saya geram kat sini.  Dan saya pun qoute membebel sikit melepas geram selepas mak pecahkan rahsia si Naqib ni. Bukan geram kat mak, tapi geram kat si anak.  Ohh, mak pulak macam jadi mangsa.  Ampun maaf, mak ...  Lain kali mak jangan bagi lagi, ya mak.  Saya terbayangkan entah apa cerita yang dia tengok tu.  Baru je baca blog Keretamayat yang ada juga kaitan tentang tengok wayang ni, tetiba anak kami pergi tengok WAYANG, HUHHH!!!

Koreksi diri.  Mesti koreksi diri.  Tentu ada yang tak kena di mana-mana.   Ketika hati meminta merayu kepadaNya agar Dia membantu si anak ini, si anak masih terliur dengan dunia yang terus menggoda.

Ya Allah, peliharalah Muhammad Naqib dari godaan dunia yang melekakan, juga kami semua.  Ia benar-benar membuatkan hati rasa tersentap.  Tak sangka seberani dan setega ini tindakan si anak.  Nanti, saya akan buat panggilan seperti yang sudah kami persetujui di petang Jumaat terakhir atau Jumaat pertama bulan depan.  Saya betul-betul nak tahu, apa yang mendorong dia pergi menonton wayang.  Naqib ... Naqib ... oh Naqib.

5.  Saya pula sudah buat lawak antarabangsa paling tak lawak dekad ini.  Sekali lagi, saya membuat pertanyaan tentang permohonan untuk anak perempuan ke madrasah pelajar lelaki, buat kali kedua.  Nasib baik guna nama abah, fuhh!  (selamat aku ...)  Madrasah yang sama, cuma rujukan kepada orang yang berbeza, by email.  Bila dapat jawapan, baru teringat dan perasan lawak yang paling mengong ni.  Aduss ... Namun, nak melegakan diri sendiri, sebenarnya ini menjadi bukti bahawa kami benar-benar tekad dengan plan untuk anak gadis kami.  Juga eloklah madrasah tu buka pengajian untuk pelajar perempuan, dan alhamdulillah saya mendengar khabar madrasah berkenaan sedang dalam pembinaan. 

6.  Abah ... dia okey je.  Dah plan dengan dia nak belajar buat tosai dengan Hamza.  Malam tadi saya tak sengaja ke mesin cuci dan menjenguk periuk Hamza.  Dia sedang memasak kari ayam, yang masyaallah tersangatlah harumnya.  Tak lama kemudian dia mengirim tosai beberapa keping bersama semangkuk kari ayam.  Tosai yang lembut dan kari yang sedap.  Memang best!  Juga dah merancang-rancang selain tosai, nak minta Hamza (originally from India) ajar buat itlilk (kegemaran saya sejak berjiran dengan India Muslim di U2 TTDI dulu).

Dan saya dah mula bimbangkan Sakinah.  Mula teringat-ingatkan Sifu dan kak Ummu, rindu.

                                               Naqib...  Sakinah...  Patchwork quilt...  Ohh ...

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing