Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, March 7, 2011

puding rotiku hangus

As salam.
Hari ini jam 8.30 AM, saya sudah sampai di rumah Kak Ti sekali lagi.  Mahu menyertai Norlyn yang akan pulang terus ke Malaysia dan rakan-rakan baru lain belajar buat laksam dengan Kak Ti.  Hurilain suka laksam.  Saya pun suka. Tambahan kata abah Naqhuhines, pergi la dapatkan ilmu buat laksam.  Dan laksam Kak Ti memang sedap, kuahnya tu!

Pagi sebaik sahaja kembali dari menghantar Hidayat dan Hanessa ke sekolah, saya buka tudung saji yang dikecek dari Kak Leha di rumah lama di Lumut tu, dan lihat sandwic roti berinti jem anggur masih banyak di dalam tray.  Pagi ini saya merasmikan sandwic maker yang baru dibeli kelmarin malam, bersama penyedut habuk hampagas.  Dah lama teringinkan sandwic maker, tapi bila nak beli je mula la rasa macam tak perlu dan tak penting.  Malam kelmarin tu tunjuk-tunjuk je benda tu kat abah Naqhuhines, dia terus suruh ambil.  Dan akhirnya sampai juga hajat nak buat sandwic guna peralatan tu pagi ni, cuma ... budak-budak tu cubit-cubit je sikit.  Ishh ...

Sambung balik ... saya pun potong-potong sandwic tu letak dalam tray bersama reja-reja tepi roti.  Godak susu Everyday dengan air suam (lupa nak beli susu cair atau susu segar, tapi ok je susu tepung ni).  Godak dua biji telur ayam dengan gula.  Godak pula tepung kastard dengan air.  Campur semua ke dalam tray dan biarkan roti tu kembang dalam 15 minit. Oven saya panaskan.  Terpaksa guna sudu untuk putar timer sebab knob dah pecah kepanasan.  Agak-agak je la nampaknya.  Tabur kismis dan sedikit gula pasir di atas roti dan masukkan ke dalam oven.

Dalam resepi tu kata 20 minit je dengan suhu 180 degre.  Saya rasa dah terset 30 minit, ok lagi la kot.  Dan saya pun masuk ke bilik bersiap diri dan berdandan seadanya.  Tukar baju tu, pakai baju ni pulak.  Ok dah siap.  Mari kita tengok puding roti tu, tentu dah masak dan boleh bawak gi rumah Kak Ti.  Jeng jeng jeng ... dari jauh dah nampak puding roti saya.  Tapi awat warna hitam???

Ohhhh ... mesti dah terlebih 10 minit ni.  Terpaksa la kensel bawak puding roti sebagai buah tangan.  Tapi bahagian bawah kerak hangus tu masih enak dong!  Selepas makan malam, puding roti tu selesai oleh anak-anak, alhamdulillah dan ada permintaan untuk esok pulak.  :)

Kini kami sedang dalam proses menyesuaikan diri tinggal di penempatan baru ini.  Ia seperti penginapan antarabangsa, dengan pemastautin dari India, Filipina dan kami sendiri dari Malaysia.  Juga ada sekeluarga bangsa Iban dan Cina tempatan.  Hidayat dan Hanessa mula belajar bertegur-sapa dengan mereka.  Dan mata saya selalu dijegilkan kepada Hurilain yang kadang-kadang selamba terlupa memakai tudung ketika keluar.  Bab aurat perlu lebih berhati-hati kerana dua bilik air di ruang terbuka di dapur yang besar.

Hari ini saya membeli 20 ketul ayam yang dimasukkan ke dalam pes beriani yang sudah dibikin oleh abah Naqhuhines hampir dua bulan lepas.  Setiap pintu dihulurkan ketulan ayam beriani mengikut bilangan ahlinya, kecuali Mr.Tony yang tidak mahu menerima kerana sudah mahu keluar.  Semoga ini dapat menjadi satu wadah untuk mengeratkan perhubungan kami dengan penghuni lain di sini.  

Kembali menjadi perantau di negara orang, kami berperasaan seperti musafir.  Berbeda dengan mendiami negara sendiri, di tempat tanah tumpah darah.  Bersama leluhur dan kaum keluarga.  Di sini setiap kali mahu membeli sesuatu, segera teringat pesanan mak agar usah membeli macam-macam.  Kerana dia tahu sangat sikap perfectionist anak menantunya dalam melengkapkan keperluan.  Sebenarnya target sudah bertukar.  Di awal perkahwinan, semangat mahu melengkapkan rumahtangga berkobar-kobar.  Tetapi kini, rumahtangga semakin matang dan ada perkara-perkara lain yang lebih afdal diutamakan.  

* Sedang menyiapkan bab 4 novel Sakinah.  Alhamdulillah tiga bab pertama sudah selesai.  Semoga ada sesuatu yang boleh dikongsikan melalui novel ini bersama pembaca nanti, dan semoga ada kebaikannya untuk diri saya sendiri, kaum keluarga dan pembacanya juga.  Insyaallah.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing