Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, March 27, 2011

Puding Roti Nutella

Resepi terjah seterusnya.

Bahan asas sama je; roti atau reja roti.  Panaskan oven dulu ya.

Okay kita start.  Dah sapu marjerin kat dulang pembakar?  Lepas tu boleh la gunting reja-reja roti tu.  Tak cukup reja, potong la sekeping dua roti putih dan lambakkan dalam dulang.  Kemudian, ambil tumbler bertutup.  Masukkan susu tepung (lum beli susu segar la ... terjah je), telur sebiji, setitik dua perasa vanilla, madu dan kocak tumbler tu beberapa ketika.

Oh ya, lupa pulak; masukkan sesudu dua tepung kastard juga ya.  Tepung kastard ni berfungsi untuk 'memegang' reja-reja roti tu menjadi adunan yang ... apa ya, padat? padu? tak berkecai?  Apa-apa la, anda faham tu kan.

Kocak lagi dan curahkan kat atas roti.

Ada Nutella kan?  So tadi sebelum potong roti tu, sebenarnya sapu dulu Nutella tu kat atas roti bersama marjerin.  Lepas tu baru potong-potong dadu kecil-kecil.  Atau kalau dah reja-reja tepi roti, boleh la anda ratakan je Nutella tu kat atas reja-reja tu.

Tetiba, abah kata potong pisang nipis-nipis dan susun atas roti tu.  Okay la, kita ambil idea abah ni.  Sedap la tu, dia memang suka pisang.  Akhir sekali, saya macam tak puas hati je tentang madu tadi, saya picit lagi madu atas roti yang sudah ditutupi pisang ni rata-rata.  Wahh ... nyaman ni insyaAllah.

Dah boleh bakar.  Selamat mencuba resepi terjah Puding Roti Nutella.  Memang sedap.  Ia mungkin kehitaman sedikit kerana adanya lapisan madu di bahagian atas, tetapi malam tadi anak-anak saya berebut-rebut nak makan bahagian yang kehitaman tu sebab sedap dan rangup katanya. Alhamdulillah.

4 comments:

Ibnu Mutalib said...

takde gambar ke kak? nak tgk heh

Naqhuhines said...

hmm ... lama tak post gambar kat blog ni. insyaAllah boleh diusahakan :-). Ibnu Mutallib dah try ke puding ni? :-)

Ibnu Mutalib said...

tak try lg...tp dgrnya cam sedap..cam nak try juga

Naqhuhines said...

:-) mudah je. cuba la buat.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing