Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, February 11, 2011

Mungkin tajuknya 'Kepoh'


Hati berasa girang, tanpa musabab yang keterlaluan.  Girang semata, kerana kini saya selalu melihat hari demi hari sentiasa lebih baik.  Kadang-kadang begitu ya, hati kita.  Terkadang pilu terkadang riang.  Apa yang penting sentiasa mengingati Tuhan.  Syukur ke hadratMu, ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.  

Alhamdulillah ...

Tiba-tiba petang semalam sekitar jam tiga, saya membaca kiriman pesanan dari Kak Ummu, pengurus kanan blog Sastera.  Beliau memaklumkan satu berita yang membuatkan saya bertambah riang. 

Alhamdulillah ...

Cerpen saya bertajuk Alif Naik Pelamin diterbitkan di Dewan Pelajar Februari 2011!!!

Alhamdulillah ...

Cerpen itu saya hantar melalui emel kepada editor Dewan Pelajar pada 19 Disember 2009 lepas, selepas meneliti senarai emel yang dihantar keluar.

Alhamdulillah, akhirnya keluar juga!

Sebenarnya semua cerpen yang dihantar sudah saya ambil semula.  Rupa-rupanya cerpen Alif tertinggal dari pengambilan.

Rezeki ... Alif mahu keluar di Dewan.

Saya rasa kepoh di Sastera!  Ohh ...  sebab saya tertanya-tanya cerpen yang mana yang keluar??

Memang kepoh la tu!

Segan pulak.  Keluar kat majalah kanak-kanak je.  Kepoh bukan main.

Tau tak pe!  Lain kali jangan kepoh-kepoh la makcik.

Hmm saya cuma rasa girang.  Sifu dan kawan-kawan sebengkel pun berkongsi kegirangan.

Mereka beri sokongan.  Itulah rakan seperjuangan.  Sama berkongsi rasa.

Jadi entri ini mungkin sesuai diberi tajuk ... ‘Kepoh’. 



2 comments:

ummu said...

assalamalaikum
alhamdulillah,akak pun tumpang bangga.tahniah ya.memang sukar untuk terpilih cerpennya tersiar akhabr itu.
terima kasih sudi add blog Jurnal Kehidupan akak.inshaAllah,ada rezkiNya,akak link back kembali ya.
teruskan bekarya ya

Naqhuhines said...

waalaikumussalam, kak.

terima kasih atas sokongan ini. saya amat menghargainya. Blog Jurnal Kehidupan sangat banyak entri yang bermanfaat. Semoga lebih ramai mendapat manfaatnya. Terima kasih sekali lagi dan salam perkenalan jua. :)

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing