Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, February 28, 2011

Mak Long meninggal

Pagi ini, Isnin 28 Februari 2011 ~  sampai perkhabaran lewat talian telefon, bahawa mak long Ara telah kembali ke rahmatullah.  Khabarnya sudah beberapa hari mak long kurang sihat, semenjak jamuan house warming di rumah Izun pada 12 Februari lepas.

Sudah beberapa tahun mak long menghidap barah payudara.  Juga beberapa sakit lain; kencing manis, darah tinggi.  Tetapi mak long masih segak.  Suaranya semakin serak, tetapi dia masih terus menghisap rokok.  Suatu ketika di masa mudanya, dialah satu-satunya guru mengaji dan mengajar berzanji di perkampungan tempatnya menetap.  Ramai yang datang belajar dengannya. 

Tidak banyak yang saya tahu mengenai ibu saudara abah Naqhuhines ini, kakak sulung kepada bonda Hajah Zaleha Sidin.  Bersua juga tidak kerap.  Namun di setiap kesempatan menziarahinya, mak long sangat mesra dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan kami.  Tentu dia akan bertating dulang air dan apa sahaja yang ada di dapur.  Abah Naqhuhines paling gemarkan sambal tumis mak long.  Sambal paling sedap dalam dunia, katanya.  Sambal kacang mak long ... masak semur mak long ... apa sahaja. 

Kini mak long sudah tiada.  Semoga mak long tenang di alam sana.  Semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau bersama golongan orang-orang soleh.  Selepas ini tentu Kak Hanim sekeluarga akan terasa sangat kesunyian tanpa maknya.  Begitu juga Abang Johar dan keluarganya.  Kami pulang nanti pun tak berjumpa mak long lagi, dan tidak lagi mendengar suaranya yang serak.  Abah Naqhuhines pun tak perlu singgah kedai membelikan mak long rokok ...

Tak mengapa, masa mak long sudah tiba.  Tidak dapat dipinda-pinda walau sesaatpun.  Kita yang tinggal, menunggu masa pula.  Beringat-ingatlah selalu sementara masih diberi waktu olehNya.  Bayang-bayangkan satu ketika, kita terjaga tiba-tiba, dan duduk tiba-tiba di dalam kegelapan.  Sambil meneliti pakaian putih yang membungkus diri.  Kita keseorangan.  Maka sementara masih ada waktu diberiNya, ingatlah kepada Dia sentiasa supaya Dia ingat dan menemani kita di waktu tidak ada seorang pun yang boleh menemani kita di alam kubur  nanti.  InsyaAllah.

Ya Allah ya Tuhanku, tetapkanlah kaki kami semua di atas jalanMu, dan tetapkanlah kami di dalam ugamaMu.  Amin.

Al-Fatihah buat Hajah Zaharah binti Sidin.

2 comments:

ArMie said...

Al-fatihah... arwah along ngan angah dulu mampu bertahan setahun jer slps diagnos... rindukan mrk...

Naqhuhines said...

Sal, kata abang Onn, mak long menghidap kanser rahim dah hampir 10 tahun. Tapi dia juga ada infection di breast, tak pasti sama ada kanser atau rentetan daripada kanser rahim tu. Kasihan mak long. Abang Onn terkesan sangat, sebab kata Kak Ana, di akhir hayatnya dia bertanyakan abang Onn. Yang jauh yang ditanyanya ... mak long antara insan-insan yang menyebut nama abang Onn menjelang saat pertemuan dengan Tuhannya. al-Fatihah buat mak long.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing