Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, January 13, 2011

Angin Diet

Salam buat semua.

Alhamdulillah, Hurilain dapat menyampaikan puasa sunat Khamis sehingga azan Maghrib berkumandang pada jam 6.38 PM tadi.  Saya pulang dari menjemput mereka tadi, terus tergocoh-gocoh ke dapur, tanak nasi dan keluarkan ikan kembung yang masih beku.  Ikan itu saya rendam dengan air basuhan beras, dan usai menyiapkan bahan rencah, ia sudah hampir lembut dan siap dimasak.  Masakan yang paling cepat dan mudah ialah Ikan Masak Pindang. 

Hmm ... asam keping sudah hampir habis rupanya tinggal saki baki sahaja.  Boleh la tu!  Saya jerang di atas api kecil dan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.  Selesai urusan di bilik air, saya jenguk periuk di atas dapur.  Ohhh gas dah habis rupanya!  Nak tumpang dapur Kak Leha, tak mungkin rasanya.  Masa dan keadaan saya tidak mengizinkan.  Nasi dah pun kering, jadi saya keluarkan nasi dan cuci periuk, lalu memasukkan ikan beserta kuah dan perencah ke dalam rice cooker pula.  Tutup dan on plug.  Alhamdulillah, ketika saya dan Hurilain mahu berbuka puasa, lauk sedang elok menggelegak. 

Nasi?

Err ... adalah sikit, suku senduk je tapi ikan dua ekor.  Air jus epal baki sarapan mereka pagi tadi yang sudah dingin dari peti ais.  Enak bangat dong!  Alhamdulillah.  Laa, lupa nak masukkan halia, patutlah rasa sedikit hanyir.  Baru menyuap sekali dua, saya bangun mencari halia, tumbuk bagi pecah dan masukkan ke dalam lauk.  On lagi plug.  Harap-harap Wak Meon tak komen la karang ...

Tidak lama kemudian, ketika kami sedang solat Isyak, Wak Meon pun pulang dari perjalanan yang jauh.  Nampaknya dia agak kelaparan, sementelah hujan kasar sedang menimpa bumi di luar sana.  Wah, nampaknya sedap dan laju je abah Naqhuhines ni menyuap.  Wahhh, dia pun ambil nasi sedikit aje, jauh kurang daripada kadar biasa.  Alhamdulillah buat sekian kali, sebab lauk pindang ni menjadi.  Harap-harap si abah ni bukan sekadar nak mengambil hati je ...  anyway makasih le... sebab kata sedap tadi hehe ...  Bukan apa, kekadang macam tak menjadi je masak tu.  Kekadang terlebih enak pulak rasanya.  Hehe ... biasa la tu kan. 

Nampaknya angin diet sedang melanda kami sekeluarga.  Bengkung kain panjang berjela, lepas tu bengkung segera dari farmasi yang menerbitkan peluh lencun di perut, krim halia, dan sekarang masing-masing mula mengurangkan pengambilan karbohidrat.  Hanessa yang badan secekak pun sibuk memakai bengkung getah juga.  "Baby nak diet!" katanya selalu. 

Apa yang penting ~ beroleh sihat rohani dan jasmani, dan semakin tekun melaksanakan ibadah yang diperintahkan Allah, semakin tekun mendekatkan diri kepadaNya.  Mati bila-bila masa sahaja.  Semoga kita tergolong dalam golongan yang bertaubat di atas segala dosa-dosa dan diampuniNya, diberi hidayah dan taufik serta mengikut jalan yang diredaiNya.  Hidup dalam iman dan mati dalam khusnul khatimah.  Bahawa hati yang mengingati Allah tidak akan pernah susah!

Semoga ketemu lagi, salam manis dan ceria selalu.  Wassalam

2 comments:

nh said...

15/1/11 kami ziarah Naqib selepas balik dari menghantar Aizat & Haris menghadiri MAPS training. Kami bawakan jeli kelapa 1 kotak,sedikit kurma & air zam2, mungkin dia masih berhasrat utk 'bisnes' tapi nampak dia mcm 'bingung' aje..mungkin terkejut kami dtg pd hari Sabtu & dia baru habis kelas nak g makan. So pertemuan 5 minit saja, minta dia beri kwn2 jeli tu dan suruh g makan, nanti terlepas pula...

Naqhuhines said...

terima kasih atas ziarahnya. Hmmm ... Naqib memang sedikit berat mulut, mungkin juga dia segan dan tak sangka dapat tetamu. Wahh satu kotak jeli kelapa?? Banyak tu! Yummy yummy sedapnya jeli kelapa PAPA! Bisnes? Budak tu memang ada otak bisnes sikit. Ntah apa barang peribadi yang dah dijualnya agaknya ... Semoga sedekah jeli kelapa dipanjangkannya kepada kawan2nya. Walaupun 5 minit je, tapi tentu dia happy. Terima kasihhhh banyak2. Miss n love u.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing