Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, December 29, 2010

Qirdun

FB makin pelik.  Makin jarang la ke FB nampaknya. 

Kak Leha tawarkan anak monyet itu untuk kami bela.  Uhh ... Sudah beberapa hari saya menziarahi monyet kecil kurus ini bersama buah tangan kepingan roti berinti planta dan ditaburi gula pasir.  Rina, wanita Indonesia yang membawa monyet ini ke sini, kini meninggalkannya begitu sahaja.  Kasihan, kata Kak Leha.  Lincah dan hmm comel juga, macam anak-anak monyet yang selalu ternampak di pinggir jalan bersama ibunya.  Entah bagaimana Rina mendapat Ukk, gelaran untuk anak monyet ini. 

Huh, Ukk tak sedap.  Saya cari makna monyet dalam Bahasa Arab; qirdun. Kini kami sekeluarga memanggilnya Qirdun walaupun masih tersasul sesekali, dan anak monyet itu tak kisah apa pun yang dipanggilkan kepadanya. 

Semenjak kantung di pipi kanan Qirdun bengkak mengening-ngening, saya rasa bimbang.  Malas sebenarnya, memang malas mahu memberi perhatian kepada si Qirdun.  Berkutu tentunya, tidak berbela, dan takut rasa mengasihani bertukar menyayangi.  Tetapi bengkak itu menjadikan saya sedikit risau.  Akhirnya bengkak itu pecah!  Kata abah Naqhuhines yang peka hidungnya, bahagian yang pecah bernanah dan berbau busuk.  Ohh kasihan Qirdun!

Dan semenjak itu saya mengunjungi anak monyet ini sekurang-kurangnya dua kali sehari.  Waktu hujan, saya teringat Qirdun tentu kesejukan.  Kesunyian.  Waktu malam, saya teringat Qirdun mungkin kelaparan. 

Kemudian Uncle sebelah memberi rumput herba Sik Hi' Kui untuk melancarkan perjalanan darah, yang diambilnya dari kawasan laluannya ke tempat kerja.  Herba ini hanya tumbuh subur berdekatan dengan kawasan laut. Awal dulu dia memberi rumput herba yang sudah siap dibersihkan dan sudah kering, hanya tunggu direbus dan diminum sahaja.  Kali ini dia memberi rumput herba yang masih segar berwarna hijau.  Ada yang berbelit dengan rumput tempat herba ini menumpang, yang kemudian abah Naqhuhines ketepikan dan suruh saya rebus untuk diberikan kepada Qirdun. 

Bagaimana mahu memastikan Qirdun akan minum tanpa membuang air ini?  Setiap kali saya minta abah Naqhuhines memenuhkan periuk minuman si monyet kecil ini sepulang dia dari kerja, esok pagi periuk yang diletak pemberat silinder simen itu pasti sudah tertonggeng tanpa setitis air pun.  Nyata Qirdun cerdik dan lasak. 

Akhirnya saya beli botol sos yang bermuncung kecil itu diam-diam, berpakat dengan Hurilain.  Iyelah, botol madu tu muncungnya besar tak sesuai untuk mulut Qirdun yang comel.  Dulu pun Rina menggunakan botol sos juga untuk memberi air susu Hanessa yang hampir tamat tempoh, tetapi mungkin sudah diangkutnya sama berpindah. 

Dua kali.  Tiga kali.  Empat kali.  Qirdun akan makan roti berinti planta bergula dan minum air herba Sik Hi' Kui.  Terdengar bunyi dia mengunyah gula.  Mula-mula dia sopan.  Sekarang dia akan makan bahagian yang disapu planta dan gula terlebih dahulu.  Selanjutnya dia enggan minum air herba lagi.  Dia akan ambil roti dan duduk di atas pelantar, sedikit jauh dari saya.  Enggan dipaksa minum barangkali. 

Jadi, sesudah si Qirdun berperangai begini, saya akan sembunyikan roti di belakang dan suakan botol sos berisi air herba kepadanya.  Tetapi si monyet kecil ini menjadi cuak, dan meninjau-ninjau ke belakang saya.  Cerdik tapi nakal.  Mahu roti dan tak mahu air herba.

Luka di kantung pipi kanannya semakin mengecut, tetapi planta bergula masih terkeluar dari rekahan kecil sepanjang 1 inci itu.  Semasa baru pecah kelmarin, lukanya sekitar dua setengah inci panjang.  Sangka buruk saya mengandaikan nyawa Qirdun ini tidak akan panjang, tetapi tidak berani target jarak masanya.  Alhamdulillah, semoga luka itu semakin kecut dan bercantum dengan baik. 

Tidak ada apa yang kami lakukan terhadap luka itu.  Kami tidak ada minyak gamat, dan tidak sesuai menampal dengan plaster.   Qirdun anak monyet yang terbiar.  Sudah pernah terlepas dari kandangnya tetapi hanya berkeliaran sekitar dapur Kak Leha.  Tidak pandai melarikan diri.

Tak tahu bila, Kak Leha akan serahkan Qirdun kepada kawannya yang berjualan haiwan belaan seperti tikus dan sebagainya.  Mungkin menunggu luka Qirdun sembuh sepenuhnya.  Kami pula akan berpindah dari chalet Kak Leha ini ke Seria tidak lama lagi.  Dan tidak akan bertemu Qirdun lagi.  Pernah ajukan cadangan untuk membela monyet ini kepada abah Naqhuhines tetapi tidak dipersetujui.  Pak Meon lebih cenderung mahu melepaskannya ke dalam hutan.

Semoga Qirdun si anak monyet ini mendapat takdir hidup yang lebih baik. 

Tamat.  Kak Leha tiba-tiba muncul untuk menonton perlawanan bola sepak Malaysia-Indonesia, sudah 1-0.  Parabolanya tidak terang TV1.  Peminat bola rupanya ... dia sokong Malaysia.  Makcik nak layan tetamu jap (sebelum kena sound hehe).

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing