Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, December 30, 2010

Pesaing

Tulisan beliau di blog panasnya itu memang selalu mengejutkan.  Ada kenyataan dalam entri terkini beliau; Syiah Melayu: Umat Yang Sesat membuatkan saya agak tersentak.  Doa menyembuhkan penyakit li khamsatun dan juga tentang Syiah Melayu pernah menjadi pemerintah Minangkabau selama 300 tahun.

Dr Faisal Tehrani.

Hidup ini memang penuh rahsia.  Ada banyak perkara yang kita tak tahu, tetapi ada orang yang mencari dan mendapat tahu dengan izin Allah.  Dan masih ada banyak rahsia lagi, percayalah.  Akhirnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan insan-insan yang direzekikan oleh-Nya untuk tahu.

Bukan mahu berbicara panjang tentang tokoh penulis terkenal ini pun atau apa yang ditulisnya.  Hanya itulah yang mencetuskan sesuatu di fikiran.

Usai berdoa solat Maghrib, Hurilain dan Hidayat berebut mahu bersalaman.  Memang selalu begitu, sekiranya kami bertiga sahaja yang solat berjemaah.  Nyata setakat ini Hidayat lebih dominan.  Dia mengukir senyum kepada si kakak yang kemudian merenung tajam kepadanya yang sudah terlelap di atas katil.  Entah mengapa hari  ini masing-masing anak seperti keletihan.

Hurilain enggan (sudah dijangka) membaca surah Yassin bersama dan saya tidak memaksa.  Saya tak pasti, marahnya hanya kepada si adik lelaki sahaja atau termasuk saya sekali kerana menyambut tangan adiknya itu tadi.  Sesekali kami masih bertentang mata dan saya harap senyuman saya dapat mengendurkan amarahnya.  Sedang dia terus mengalirkan airmata hingga matanya menjadi sembab.

Persaingan!  Masih berlaku persaingan untuk duduk di sebelah saya waktu makan dan mahu berebut bersalaman selepas solat.

Mengenang diri sendiri.  Saya tidak pernah menghadapi persaingan seperti ini.  Hidup saya selalu tenang di zaman kanak-kanak (melainkan kena marah dengan mak).  Ketenangan yang menjadikan saya tenang dan janggal apabila bersama kawan sekolah (kerana tidak pandai bersaing).  Teruk, tetapi saya berada di zon yang selesa.

"Tak mengapalah.  Dia budak lelaki, baru lapan setengah tahun.  Budak lelaki memang macam tu suka menyakat.  Rakan sebaya kamu di sekolah pun menyakat kamu juga.  Lagi kamu menangis atau marah, lagi suka orang menyakat.  Sabar ye Ain!"  Hurilain membeku.

Tiba-tiba, "Ain minta maaffff,"  katanya tersedu-sedu.  Gadis ini memang sedikit emosi namun cepat memohon maaf.  Tentu rasa bersalah sedang menyerbu dirinya.

"Dah la tu.  Mungkin satu hari nanti Ain akan ditanya pula macam Ain tanya mama tadi.  Mungkin peristiwa ini satu daripada kenangan istimewa Ain dengan Hidayat."  Dia masih sebik.  Tadi petang, kami golek-golek selepas solat Asar.  Dia bertanya kenangan paling lucu yang pernah saya lalui seusianya.

Ada banyak kenangan.  Antaranya, apabila Atuk Hassan kamu suruh mama berposing depan kamera lamanya.  Penat-penat bergaya sakan (dengan Mak Su), rupanya kamera itu rosak dan atuk hulurkan kertas tertera orang lidi di atasnya.  Juga ketika bersama atuk dengan Morris Minornya melalui Bukit Putus, tiba-tiba stereng kereta atuk tercabut.  Mujur tak ada apa-apa berlaku, pandai atuk mengawal keadaan dan perjalanan disambung semula setelah stereng kereta dibetulkan.  Akhir sekali ketika mama buat sup sayur sawi untuk Atuk Manaf.  Pelik juga kerana mama boleh keliru antara sohon dan agar-agar.  Wan dan atuk tak jadi nak marah bila tengok sup sawi yang cantik terbentuk mengikut bentuk mangkuk.

Antara kenang-kenangan ceria di zaman kanak-kanak.

Perlahan-lahan Hurilain nampak 'kebah' dari perasaan amarahnya.

Selamat Hari Lahir buat mak tersayang, 30 Disember.  Semoga mak sihat dan ceria selalu, serta sentiasa berada di dalam limpahan rahmat dan petunjuk Illahi.  

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing