Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Saturday, December 4, 2010

Mari makan Habbatus Sauda

Siaran Nur Islam Radio Brunei 93.9 atau 94.9 adalah siaran kegemaran saya.  Kini saya adalah pendengar setia Nur Islam terutamanya Kuliah Mufti jam 7.30 pagi dan siaran ulangannya pada 4.30 petang.  Anak-anak perlu tunggu slot Kuliah Mufti bermula hingga selesai jika ada apa-apa hal berkaitan dengan saya, hehh ...  Abah Naqhuhines pun rasa-rasanya sudah menukar channel radio keretanya kepada Nur Islam juga (bravo to you!).  Dia penggemar siaran Rangkaian Harmoni lagu-lagu lama tu yang membuatkan dia kembali teringat masa menapak ke sekolah dulu di celah-celah rumah jiran dan terdengar lagu-lagu tu dari corong radio jirannya.  (Bukan dia je, saya pun boleh reverse ke zaman kecik-kecik dulu hehe ).  Sebenarnya semua slot yang ada di Nur Islam sangat menarik dan sentiasa memandaikan pendengar dengan inforrmasi yang tak pernah basi.  Jadi eloklah kita tukar channel radio kepada Nur Islam.  InsyaAllah dan alhamdulillah.  Semoga mendapat kebaikannya. 

Saat ini DJ baru sahaja memberi jawapan sebenar kepada kuiz sempena Maal Hijrah, yang soalannya lebih kurang 'Bilakah doa awal tahun akan dibaca?  A. selepas azan Maghrib.  B. selepas solat Maghrib.  C.  selepas solat Isyak.' 

Apa jawapan anda? 

Ohh, nampaknya (arghh bangun lagi buat kali entah ke berapa.  Sebab?  Sat tadi abahnya panggil suruh tengok orang nak bakar bangkai ular buat santapan.  Lepas tu Hidayat pulak panggil suruh tengok orang menghepong ular yang dah masak tu.  Mereka semua sedang menonton tv dan saya sorang-sorang mengadap laptop hehehe ... ) 'pengikut' blog ini bertambah sedikit demi sedikit.  Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada anda semua.  Juga ribuan kemaafan saya mohonkan kerana sangat jarang mengunjungi blog anda.  Kesempatan yang ada sangat terhad.  Peluang membuka Jurnal Naqhuhines sudah cukup baik buat saya.  Untuk menjenguk blog rakan dan sahabat, selalu dicemburui waktu.  Namun insyaAllah pasti akan saya kunjungi juga untuk menjalinkan silaturrahim dan berziarah.  Ye la makciktakkan orang je datang jenguk ekau, ekau pun sudi-sudikanlah ziarah mereka juga

Terima kasih kepada Pujangga Seni.  Kehadiran anda menceriakan jurnal ini.

Dan Syafiq ... blog anda sudah dikunjungi.  Sebuah blog anak muda yang berani dan lantang menyatakan pendapat.  Saya pernah menulis surat kepada mak dan abah yang saya jumpa setiap hari, tetapi tidaklah sehebat Syafiq hehe ...  Dan ramai pengunjung yang kembali 'follow' anda.  Sama-samalah kita belajar dari kehidupan.  Di sini melalui peluang menghamburkan kata-kata tak bersuara tetapi kadangkala amat besar kesannya.  Anugerah Tuhan buat sementara, sebenarnya.  Terima kasih banyak-banyak kerana follow Jurnal Naqhuhines yang naif.

Kami sudah siap berkemas untuk bergerak pagi esok menuju Miri dan naik ke Gua Niah, kira-kira 90km dari Miri.  Namun sebenarnya saya dan abah Hanessa tidak berapa fit untuk 'mengembara' seperti ini, hanya cuba menguatkan semangat sambil berharap semoga kesihatan kembali pulih seperti sediakala.  Tekak kami terasa kering dan perlu dibasahi air dengan kerap, maka keraplah pula masuk ke bilik air.  Hidung tersumbat dan batuk.  Dada terasa sempit.  Tengkuk saya rasa tidak selesa.  Ahh ... janji perlu ditepati.  Lagipun sekiranya ada ura-ura penangguhan, situasi akan berubah serta-merta.  Hurilain, Hidayat dan Hanessa semakin ceria.  Cuma Hanessa turut batuk sedikit tetapi kelincahannya tetap sama.

Di tepi meja ini ada Habbatus Sauda di dalam botol Nescafe kecil dan sebotol Kismis Minda Doa.  Mutakhir ini terlalu banyak pemakanan dan kaedah ajaib untuk meningkatkan mutu kesihatan.  Seperti anda, saya tak terkecuali disogok secara langsung dan tak langsung.  Tergoda sungguh membaca segala kebaikan patch yang boleh membuatkan kita hilang berat badan selepas beberapa hari.  Ajaib kan?  Abah Naqhuhines baru sahaja menjadi ahli sebuah perniagaan langsung kad ajaib yang boleh membaiki kondisi kesihatan hanya dengan mempelbagaikan penggunaan kad hijau ini di samping dapat menambah duit poket juga. Sangat ajaib dan membuatkan saya terlopong.  Tiba-tiba saya menerima panggilan telefon dari nenek Yus yang memberitahu betapa baiknya air Ionsawa dari jenis perubatan dan sangat berkesan kepada kesihatannya dan Yus juga, langsung mengajak saya sama membeli.  Maha Hebat Allah SWT yang telah memberi akal yang luar biasa kepada manusia.

Walau apapun, saya rasa biarlah saya mengunyah sedikit habbatus sauda yang disulami kismis kering ini sahaja.  Semoga lebih diberkati dan jauh lebih besar manfaatnya kepada kesihatan saya.  Sabda Rasulullah SAW, "Habbatus Sauda mempunyai penawar bagi semua penyakit kecuali maut."  (  Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).  Saya yakin tanpa kompromi, insya Allah dan semoga Allah SWT memelihara keyakinan saya ini serta menguatkannya lagi.

Sedikit petikan dari buku Dr. Danial Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden edisi kemas kini cetakan kelima 2007 mengenai habbatus sauda - 'Dr. Peter Schleicher iaitu pakar bidang imunologi di Munich dan merupakan ahli sains termuda yang dilantik menganggotai Akademi Ahli-Ahli Sains Sedunia pada tahun 1986 mendapati bahan lemak tak tepu dalam habbatus sauda yang mampu mengeluarkan prostaglandin E1 yang merupakan bahan penting dalam sistem pertahanan badan.  Beliau kemudian menjalankan ujian ke atas 600 orang pesakit menggunakan habbatus sauda dan mengesahkan 70 peratus pesakit sembuh daripada penyakit alahan.  Beliau mendapati minyak habbatus sauda juga boleh digunakan bagi merawat penyakit demam selesema dan influenza.'

Nur Islam terus mengwar-warkan tentang Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun untuk dibaca menjelang tahun baru Hijrah 1432 pada 7 Disember 2010 ini.  Doa akhir tahun dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib iaitu akhir waktu Asar penghujung tahun hijrah 1431.  Tercatat bahawa barangsiapa yang membaca doa ini pada waktu tersebut maka berkatalah syaitan, kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam ini pada setahun ini.  Maka dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa ini maka diampuni Allah segala dosanya setahun ini. 

Doa Awal Tahun pula dibaca selepas menyempurnakan fardu Maghrib.  Barangsiapa membaca doa ini maka syaitan akan berkata, telah amanlah anak Adam ini daripada aku barang yang tinggal pada umurnya pada tahun ini, kerana Allah SWT telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan. (terjemahan).

Hujan turun tiba-tiba, sangat lebat.  Abah Naqhunines beredar dari ruang tamu kerana siaran Astro sudah lenyap, bererti isyarat untuk saya juga.  Makcik, esok pagi-pagi nak ke Miri dah ... hehe ... 


Tiba-tiba rasa sangat seronok kerana abah Naqhuhines menyuruh saya membawa radio bersama.  Err bang, kalau bawa laptop ni sekali boleh tak???

Selamat bercuti hujung tahun kepada semua.

2 comments:

armouris said...

info tentang hidung tersumbat di SIHAT SELALU - Hidung Tersumbat

ichwana said...

very interesting information....

please read : economic jurnal of andalas university

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing