Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, December 28, 2010

Di KRLL

11.22 AM
Lokasi: Kelab Rekreasi Liang Lumut
Bayaran: $1.00 sejam
Baki Masa: 37 minit

Tarikh : 25/12/2010
Dear valued customer, your annual license will be expired, we will charge you 25 Dollars at 26/12/2010.  Please keep your account ....  

Tarikh: 26/12/2010
Your account balance is -17.40 Dollar.  Your account will be disabled after 15-01-2011.


Saya menggunakan telefon tambah kredit.  Habis tambah.  Habis tambah.  Rupa-rupanya pengguna telefon kredit pun dikenakan bayaran lesen juga di sini (terkejut badak!).  Sehingga baki kredit saya menjadi negatif.  Apabila sudah tiada kredit, tiada panggilan keluar boleh dibuat (tentulah) dan tiada panggilan masuk boleh diterima (luar biasa).  Juga, tiada pesanan ringkas akan anda terima (perkhidmatan yang membanggakan).  Jadi perhubungan anda akan terhenti, sehingga anda tambah kredit semula (jadi tambahlah kredit tu!).

Tiada kredit B-Mobile = tiada panggilan keluar masuk = tiada sms keluar masuk = tiada pelayaran internet.

Situasi: Ada tiga komputer sahaja (daripada 6 buah) yang boleh digunakan.  Hidayat sudah bermain Counter Strike dari jam 9.30 pagi.  Kami yang lain (saya, Hurilain dan Hanessa) pulang dulu kerana dua komputer lagi sudah ada pengguna.  Menghampiri jam 11.00 kami mampir lagi, dan membayar $1 untuk setiap seorang serta tambahan $1 untuk Hidayat (uhh).

11.31 AM: Hidayat diminta memberi peluang kepada kakak untuk menggunakan komputer.  Dia masih beruntung satu setengah jam.  Anak lelaki bongsu Pak Meon ini bangun juga dengan berat hati, duduk di atas lantai dan bersandar, mula buat kerenah.  "Maa ... maa ... maa ... nak makan.  Maa, nak makan.  Maa, nak makan ..."  berulang kali.

Kemudian, "Maa, sini kejap."
"Napa?"
"Nak tukar macamana?"  kata Hanessa pula.

Hidayat sudah mengeluarkan airmata.  Ohh lihat tu, nampak meleleh di tepi hidungnya.

Apa yang boleh saya tulis dalam masa tak sampai setengah jam ini?

Dengan Hanessa memanggil-manggil saya (si kakak sudah merajuk dengan dia, jadi bo-layan sama dia dan dia pun bo-layan juga), dan Hidayat ...

11.46 AM: Situasi tenang.  Hidayat berhenti berbunyi macam baung dalam sangkar.  Hanessa yang buntu dengan permainan Makeover Barbie memanggil abangnya ambil alilh komputer.  Sekarang dia sedang menunjukkan kepada saya bagaimana nak buka video di telefon bimbit saya (mengacau la sebenarnya).

Tikus?  Perangkap tak berfungsi.  Roti masih tergantung sepi.
Dua saluran air untuk mesin pencuci baju sudah ditutup, kerana menjangka itulah jalan Mak Menti.  Setakat hari ini, berkemungkinan besar jangkaan kami tepat.

Cuaca ~ sama je, kawasan Khatulistiwa.  Hujan dan panas silih berganti.

Naqib ... haa, kesian dia.  Rupanya dua minggu lepas dia keluar bersama wan dan atuknya tanpa pengetahuan ustaz.  Mungkin ke ustaz tiada di pejabat?  Akibatnya dia didenda tidak dibenarkan keluar dari madrasah ketika Izun dan Zul datang kelmarin untuk membawa dia keluar makan-makan.

Kepada Izun dan Zul, terima kasih banyak kerana memperuntukkan masa menziarahi Naqib.  Bukan dekat tu, jauuuhhhhh.  Hmm terima kasih, tak bertangguh menyampaikan hajat kami.  Kami sangat-sangat menghargai keprihatinan ini.  (Uhh terharu sungguh rasanya!)  Semoga Allah memudahkan urusan dan sentiasa merahmati kehidupanmu berdua.  Amin ya Rab.

Ya Allah, sembuhkanlah kami dari penyakit-penyakit zahir dan batin, jasmani dan rohani.  Baikkanlah hati kami, sembuhkanlah hati kami, terangkanlah hati kami dan bukakanlah pintu hati kami untuk sentiasa menerima petunjuk dan hidayatMu.  Amin.

Dah jom balik!! Masa dah tamat.  Mungkin kali terakhir di KRLL untuk 2010.

8.20 PM.  Terima kasih bang, bagi kad top up 30 Dolar yang automatik tinggal baki 12.60 Dolar je.  Apa-apa pun, boleh la belayar di internet ni ha ... dan tiba-tiba terpandang blog keretamayat muncul dengan entri 'Bila nak kusyuk?'  Lama dia senyap, mungkin baru pulang dari musafir 40 hari.  Hmm ... saya tak pernah komen di blog Hamka ni, hanya suka membaca entrinya yang menyengat. 

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing