Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Saturday, July 3, 2010

Mood dan Ketika Cinta Bertasbih

Salam..

Saya masih tiada mood untuk menulis.  Walhal sudah saya save di laptop sendiri sesuatu di bawah tajuk 'blog' yang boleh saya pindahkan ke sini bila-bila lapang.  Rasa macam tidak siap.

Saya sebenarnya terasa muda.  Usah prasangka.  Baca dulu yang saya tulis seterusnya.  

Entah apa yang menarik, saya beli DVD Ketika Cinta Bertasbih ketika dompet amat kering.  Apa ya?  


Mungkin kerana war war di kulit DVD cetak rompak itu yang menulis ia mega filem terhebat di lapan buah negara.

Saya tonton setelah tiga hari terperuk suku jalan di dalam alat pemain tanpa dikeluarkan.  Terhenti kerana masih belum dapat menikmatinya.

Tiba-tiba di malam keempat, saya teragak hendak menonton.  Terburu-buru.  Disertai ahli keluarga dan ketua keluarga (tiada perlawanan bola Piala Dunia).  Lama-kelamaan, ia semakin menarik apabila sudah memasuki siri 2.  Sang suami juga memuji jalan cerita.  Jarang memberi kredit kepada cerita Melayu atau Indonesia.  Ternyata yang ini ada beza.

Saya rasa tak rugi.  Saya tonton pula melalui laptop.  Lebih dekat dengan mata.  Saya ingin menghayati sedikit kerana ada dialog yang saya tidak dapat tangkap kali pertama.  Maknanya pandai-pandai memahami sendiri.  Kali ini saya merasa lebih faham dialog Indonesia.

Satu perkara, seperti daya tarik dalam cerita Solehah yang saya tonton di TV3 (siri ulangan; saya  jenis ketinggalan zaman), ialah lenggok bahasa bangsa ini.  Aduhh, saya memang tertawan dengan lenggok yang lanjut dan lembut.  Pastinya tidak seperti saya bercakap.  Dan gadis-gadisnya memang menawan.  (Hero tak payah komen apa la... tentunya.)

Hmm.. mungkin kehebatannya sama atau lebih dari filem Bobby yang pernah meletup sewaktu saya sekitar enam tahun dulu?  Saya tak tahulah... cumanya saya sudah dua kali menonton KCB dalam masa amat singkat dan tak jemu untuk menonton lagi.  Ada pengajaran.  

Saya tidak pernah menonton dua kali cerita cd di tv.  Sekali sahaja mencukupi.  Ada cerita yang saya biarkan ditonton boleh ahli keluarga dan saya meneruskan aktiviti lain.  Saya bukan penonton tayangan gambar yang baik dan setia hingga cerita tamat.

Filem Bobby pun ada pengajaran nilai murni kasih-sayang yang tidak mengira darjat.  Saya beberapa kali dibawa menonton oleh emak di panggung.  Bila sudah tua begini, tiba-tiba kakak membuka rahsia kelakuan saya yang meraung di dalam panggung kerana terlalu hiba dengan jalan ceritanya.  Saya masih kanak-kanak tadika waktu itu, ya.  

Huh, buat malu sahaja..  macamana saya boleh menangis?  Tinggi juga penghayatan.  Mujur panggung gelap.  Suara saja kedengaran.  Hmm, tak kisahlah.  Dah lama berlalu.

KCB pun ada bab sedih.  Ibu e meninggal.  Tapi saya sudah tidak terlalu pilu hingga menangis.  Saya sudah dewasa sangat untuk menyedari itu hanya kisah di dalam filem.   Hanya anak-anak tertinjau-tinjau ke wajah saya, tertanya-tanya andai saya mengalirkan airmata.  Taklah... mama hanya konsentrasi.

Saya rasa kembali muda, sedikit sahaja.  Dan saya rasa kepingin benar nak menjejakkan kaki ke bumi Mesir.  Paling tidak ke Jawa Tengah, Indonesia.  

Selamat buat semua yang terlibat dengan KCB.  Saya mahu membeli buku KCB dan membacanya.  Saya sebenarnya sudah mula seperti pandai menikmati novel.  Tetapi dengan menanda perkataan atau ayat yang puitis.  Baru terasa nikmatnya.  Ada beberapa buku / novel hebat yang saya ingin miliki dan nikmati.  Juga sedikit buku/novel yang ada di rak buku di rumah Sijangkang, yang saya beli tapi waktu itu saya belum pandai menikmati.  Beli atas dasar nafsu ingin membeli kerana tahu ia bagus untuk dibaca.

Saya menunggu mega filem yang lain, berbentuk pembangunan jiwa.  Cerita-cerita yang pernah saya sukai sudah turun nilainya gara-gara KCB.  Tahniah kepada Habiburrahman El Shirazi. 

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing