Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, July 14, 2010

Hidayat dah 8 tahun!

Selamat hari lahir untuk Muhammad Hidayatullah, 10 Julai.  Dah 8 tahun!  Acara ringkas tanpa perancangan  untuk Hidayat. Walaupun Hidayat menuntut kek gambar Power Rangers dan hadiah macam-macam. Mungkin tahun ini semuanya ringkas, dimulai dengan ulang tahun Kakak dan Adik bulan Mac lepas.  Sampai sekarang mereka masih menagih janji.  Bulan depan hari lahir mama, diikuti hari lahir Along bulan Disember nanti.   Hanya abah sahaja yang meriah sambutan hari lahirnya April lepas sebab bersekali dengan merai kenalan baru dan lama di sini.  Itupun ada yang tak dijemput.  Masih dalam perkiraan sederhana sekali.  Dua dalam satu.  Lepas ni kita sambut hari lahir mengikut bulan Hijrah pulak, ya!  

Hari ini Hidayat ditarik ke hadapan untuk menjadi imam pelajar pra di sekolah agama.  Di sini, macam di Johor, masuk sekolah ugama petang apabila berumur 8 tahun iaitu tahun dua di sekolah pagi.  Dan mereka membaca beramai-ramai praktikal solat.  Macam waktu kami belajar solat semasa sekolah ugama di Johor dulu.  



No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing