Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, April 14, 2010

Salam dari bumi bertuah

Selamat ketemu kembali di alam maya ini.  Saya kini berada di bumi bertuah bersama suami dan Naqhuhines (kecuali Naqib yang meneruskan pengajiannya di madrasah, insyaAllah sehingga khatam hafazannya 30 juzuk, mohon doa semua, ameen).
Di bumi ini, saya belum berkesempatan sepenuhnya melayari internet atas pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan, termasuklah kelembapan coverage yang amat membosankan.  InsyaAllah kita akan ketemu lagi 3-4 bulan lagi.  Terima kasih di atas keizinan suami buat seketika membenarkan saya menghilangkan rindu menulis sesuatu di blog Naqhuhines ini.  Saya cuba menukar gambar Naqhuhines di Natrabu Kg Baru itu dengan gambar terkini mereka di LCCT tempohari, namun saya tidak pasti hasilnya kerana kelembapan coverage membuatkan saya menjadi lebih 'malas'..
InsyaAllah, blog Naqhuhines akan terus di persada maya biarpun saya menjadi tidak aktif untuk beberapa ketika.  Mungkin situasi ini sesuatu yang lebih baik buat menjana idea lebih mantap. 
Sehingga ketemu lagi, salam dari bumi bertuah buat semua; teman-teman di Semenanjung khususnya di Sijangkang, saudara-mara dan mak abah di kg, bonda Ramlah, mak Leha dan abah Mat Arbak dan sesiapa sahaja yang mengenali saya (ewah, macam ucapan kat radio la pulak, hahaha...).  Juga rakan-rakan bloggers yang mem'folo' blog ini (tq ya...).  Sooo... sekian dulu dan jumpa lagi, insyaAllah.  Senyum selalu dan semoga sentiasa dalam peliharaan Allah.

ps: Lutut kiri saya alhamdulillah semakin sembuh.  Tiap hari saya urut sekadar yang mampu, dan ternyata urutan membantu di samping suami juga turut mengurut (tapi, sakit oii...), juga pil sakit sendi dari sengseh, biji goji dan hi-goat.  Juga menahan dari mengambil ais, kekacang dan ehem...kurangkan nasi juga.  Semalam petang kami meluangkan masa ke pantai dan hentakan lembut di pasir yang halus amat memberi keselesaan kepada lutut saya.  Dan hari ini ternyata kondisi lutut tambah memberangsangkan sehingga saya rasa lebih selesa solat berdiri seperti biasa namun untuk turun naik dari bersujud perlu lebih perlahan dan berhati-hati.  Belum boleh berlari lagi tentunya.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi yang memberi saya kesabaran menghadapi situasi yang menyakitkan tempohari sehingga saat ini.  Terima kasih kepada suami dan anak-anak yang bersabar dengan keadaan saya yang turut mencabar daya tahan mereka.  Terima kasih atas doa semua.
Kepada Sifu, ampun maaf kerana tidak menjenguk lama ke sana... keadaan tidak mengizinkan saya bergelandangan di arena penulisan bersama sifu.  InsyaAllah akan bertemu lagi.  (Kak Ju, sampaikan salam buat sifu... terangkan le apa yang patut, hehe...).

Nawal, Mak Teh tengah buat satu cerpen ni, dah siap dah, tapi bila check balik tak save rupanya... hohoho... kenala buat lagi nampaknya tapi idea  selalu bertukar-tukar susah nak stick to one.  Nak hantar kat mana agaknya... entahlah.

 Wassalam.

2 comments:

Salmiah Bahman said...

Salam, K.Intan....
Alhamdulillah semuanya ok kat sana. Take good care of yrself. Kirim salam utk A.Onn.

NaqHuHiNes said...

as salam Sal dan keluarga di Klang. Kami di sini, alhamdulillah semua ok. Paling ok ialah anak-anak yang hampir sebulan bercuti sementara menunggu proses mendapatkan student pass etc dari pihak berkenaan di sini. Tapi bagus juga, mudah-mudahan mereka tak teruk sangat menghadapi culture shock etc kat sini. Kirim salam pada keluarga di sana juga.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing