Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, March 5, 2010

Sudah jam 6 tetapi kereta dan motor ibu bapa masih berderet di sepanjang laluan di hadapan sekolah rendah agama Sijangkang.  Hari ini ada kelas tambahan Tahun 6, dan pelajar keluar lewat sedikit.  Aku terus memecut melepasi pasaraya Yamah dan berhenti di tepi gerai burger oblong milik kawan AIM tahun lepas.  Hanya ada seorang wanita muda yang kemudian mengambil tempahan oblong dariku, kerana tokeh oblong (abangnya sendiri) keluar menjemput budak sekolah, mungkin adik atau anak saudaranya kerana setahuku pemuda itu belum mendirikan rumahtangga.  Setelah membuat tempahan, aku menuju semula mengambil tempat menunggu di belakang sebuah kereta wira aerobik kelabu berdekatan dengan gerai ABC, menunggu Ain dan Hidayat keluar.  Perlahan-lahan kelibat pelajar berbaju putih berselang dengan kain hijau mula membanjiri jalanraya.  Ada yang menaiki basikal, motor, kereta mahupun berjalan kaki sahaja.  Aku memerhatikan seorang pelajar lelaki berbadan gempal sedang membuat aksi membawa motorsikal sambil memerhati kiri dan kanan untuk melintas jalan yang bersimpang siur dengan kenderaan.  Begitu keanak-anakan berbanding dengan tubuhnya yang besar.  Mungkin usianya masih kecil lagi.
Dipendekkan cerita, akhirnya bertemu juga dengan kelibat Ain dan Hidayat.  Naik sahaja kereta, Ain meminta aku memperlahankan volume cd player yang sedang berkumandang dengan nasyid Zikraa (Tafakkur - my favourite song). Wajah anak dara suntiku ini berseri-seri seperti serinya dia ketika aku izinkan menggunakan hp abahnya tempohari.  Senyuman hingga ke telinga.
"Mama, Ain dapat masuk nasyid, dan Ain jadi ketua kumpulan nasyid!!" bisik Ain separuh menjerit.
"Haa, ye ke? Yeaaa.  ALhamdulillah, tercapai juga cita-cita Ain." aku pula terjerit kegembiraan.  Teruja sedikit untuk share kegembiraan Ain.  Wah, tak sangka betul ni.  Apa tidaknya, dia berminat sangat nak masuk nasyid tetapi tidak terpilih walaupun dengan sebelah mata oleh ustazah yang membuat pilihan tempohari sebaliknya dia dimasukkan ke ko-ku khat seperti mana tahun-tahun sudah.  Ain agak kecewa tetapi dapat juga menyabarkan dirinya menerima keputusan ustazah.  Semalam dia memberitahu Izzati yang terpilih untuk ko-ku nasyid hendak menarik diri kerana tidak berminat.  Kukatakan itu satu peluang keemasan buat Ain untuk mencapai impiannya.  Lalu kutunjukkan jalan supaya dia membuat rayuan (tetapi katanya ustazah bo layan la pulak..) sehingga 'mempergunakan' Ustaz Aizat yang mengajar mengaji di rumah kami supaya memberikan sokongan dan membantu menyampaikan hasrat murni Ain kepada ustazahnya.  Kalau sesama rakan setugas, lebih mudah urusannya, kan ke gitu.  Namun nampaknya tidak sampai sehingga memerlukan peranan Ustaz Aizat apabila hanya Ain satu-satunya yang hafal nasyid tersebut, ustazah pun kurang arif dengan senikata dan melodinya apatah lagi ahli kumpulan nasyid itu sendiri.  Masing-masing merujuk kepad Ain, jadi ustazah terus melantik Ain sebagai ketua kumpulan nasyid.  Takku sangka Ain sudah menghafal dalam diam.  Setiap kali start enjin kereta, nasyid ini akan berkumandang memenuhi rongga telinga dan berdentum dentam di dalam dada kami.  Salah satunya ialah Tafakkur (Zikraa), nasyid inilah yang bakal dilagukan oleh kumpulan Ain nanti.  
Kepada Ain, tahniah diucapkan kerana tercapai hajat di hati.  Nasyid tu nasyid juga, tapi score a yang dah dibeli tu kena buat dan jangan lupa UPSR yang bakal menjelma sekitar September nanti.  Semoga berjaya dengan cemerlang, ameen.   Oh ya, kalau dah nyanyi tu nyanyilah betul-betul.  Mesti best punya... betullah anak omak budak ni, dulu time sekolah aku pun suka sangat menasyid sam

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing