Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, March 5, 2010

entri paling panjang berjela...

Bahagia itu adalah rasa tenang yang menjalar dalam diri, segenap urat nadi, itulah bahagia, bahagia itu adalah dalam jiwa

Barangkali ada orang bahagia kalau dia dikatakan pasangan bahagia oleh seluruh dunia, padahal hakikat sebenar hanya pasangan ini sahaja yang tahu, dan dunia hanya mengetahui ketidakbahagiaan mereka saat perpisahan mereka diwar2kan seluruh dunia,

Bahagia itu rasa syukur dan redha menerima ketentuan Allah swt,

Redha itu menurut cahayalurus ada empat jenis:-

Redha dalam diri dan juga redha yang terpancar di setiap butir bicara, di setiap madah kata, setiap akhlak budi pekerti, hati dan jiwa tidak pernah lekang mengucap rasa syukur kepada sang pencipta, anggota badan zahir dan batin tidak pernah culas menjalankan ibadat pada Sang Pencipta, inilah sebaik2 redha, dan bakal mengecapi bahagia

Redha kedua adalah redha di dalam hati, menerima ketentuan Allah seadanya di dalam dirinya tetapi tidak mahu memancarkan kepada khalayak bahawasanya dia sudah redha dalam hati menerima ketentuan Ilahi, dia risau sekiranya dia menerima suaminya berpoligami membawa maksud bahawa dia terjerumus ke dalam pandangan baru, dia takut dia dikatakan dia tak pandai jaga suami, jadi dia pura2 berontak walhal hatinya sudah mampu menerima suaminya itu bernikah lagi, dan dia sudah ada teman, kategori ini namanya ego

Redha yang ketiga ialah dia menerima hanya di luar sahaja untuk mengambil hati suaminya, takut2 kalau dia membantah suaminya akan meninggalkannya, jadi dia menjeruk rasa, yang ini sangat berbahaya, dia bakal menghadapi kemurungan jika tidak diurus dengan baik, dia akan bertanya kepada diri sendiri setiap saat, why me? why me? why me?

Dan yang terburuk tentulah tak redha luar dan dalam sering dalam hati dia berpenyakit, tertonjol pada dirinya segala keburukan,

Jadi pilihlah yang mana satu pilihan hati, yang menentukan bahagia atau tidak adalah penerimaan kita terhadap segala yang menimpa kita, kalau kita rasa sengsara, fikirlah adakah seluruh dunia dan segala masalah dunia di atas kepala kita.....

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Salam kembali....saya isteri kedua. Tahun 2010 ni... 10 tahun usia perkahwinan, InsyaAllah berkekalan sehingga ke akhirat. Hubungan dengan madu2...ok jer. Biasa ler... kadang2 ada lah juga terasa hati & marah sikit2 tapi nampak gayanya husband boleh handle. Motto husband.... kalau korang nak bergaduh..... bergaduh lah dia tak nak masuk campur. Selalunya baik sendiri.... sebab kalau bergaduh pun buat apa menyusahkan diri sendiri.

Cemburu antara madu2.... memang ada, biasalah perempuan. Saya pernah cemburu.... pernah mengikut rasa hati... pernah buat andaian sendiri. Seingat saya sekali.... cukuplah sekali itu. Saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Sakitnya.....separuh mati. Banyak perkara yang saya buat untuk mengatasi/eliminate perasaan tu.... tapi tips yang paling mustajab....berdoa kepada Allah setiap hari...setiap kali selepas solat lima waktu...

"Ya Allah ya Tuhanku, jadikan lah aku hambaMu yang sentiasa bersangka baik atas semua perkara dan kepada semua orang terutamanya kepada suami madu-maduku. Ya Allah ya Tuhanku, jadikan lah aku isteri yang solehah, isteri yang sabar dalam menempuh dugaan hidup berumahtangga, isteri yang redha atas kata2, perbuatan dan pemberian suami."

Rasa tenang & lega sangat bila saya berdoa.....sampai sekarang saya tak pernah berhenti daripada memohon kepada Allah S.W.T.

Hubungan degan isteri pertama: Setakat hari ini... Alhamdulillah. Ringkasnya, dia boleh jaga anak2 saya kalau saya keluar bekerja. Boleh pergi Giant/Tesco/TF Value Mart sama2. Boleh pergi Pasar Malam sama2. Pernah pergi cuti2 M'sia sama2 with/without husband. Kalau nak disenaraikan lagi... panjang ni.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

saya adalah isteri pertama,diringkaskan cerita,saya mengetahui suami berkahwin lagi ketika madu sedang mengandung dua bulan,saya ketika itu penuh rasa benci pada madu,saya hina dia,saya maki dia,saya call dan sms kata2 kesat pada madu,saya tak peduli apa2 pun,asalkan dia tinggalkan suami saya! saya tidak benarkan suami ke rumah madu dan tidak benarkan bermalam dengan madu,saya tak peduli! saya sanggup silent kan telefon suami ketika malam,saya tak mahu madu menganggu atau minta tolong kalau2 dia mahu melahirkan anak.saya puas kalau dia berada dalam keadaan tertekan,saya mahu dia rasa apa perbuatan dia,rakan2 pernah beritahu dia ternampak madu pada 4 pagi di kedai makan seorang diri,saya memang puas,mungkin dia lapar pada malam tu,pada hari dia melahirkan anak,saya kirimkan sms,dengan harapan,dia tak akan ada lagi dalam dunia ni,suami menemani madu sepanjang hari dia melahirkan bayi,sedangkan saya di rumah menjerit2 suruh suami balik ke rumah atau ceraikan saya,suami tergesa2 balik dan malam tu dia ke hospital lagi tanpa pengetahuan saya,sepanjang berpantang,saya terus menganggu madu,saya beri baju2 untuk dibasuh dan di iron,saya suruh dia masak untuk anak2 saya,saya sekat pergerakkan suami,bagusnya madu saya,semuanya dia lakukan juga untuk mengambil hati saya,kalau saya dapat tahu suami ke madu,saya akan maki suami dan kami akan bergaduh besar,satu hari madu menghubungi saya,dia cakap"apa sebenarnya yang akak mahukan dari saya,tolong jangan buat abg macam tu" sedap dia bercakap,kenapa ambil suami saya,kenapa dia rosakkan kebahagiaan saya,saya kata kalau dah tak tahan tinggalkan suami saya,ketika itu saya bermadu dengannya selama 2 tahun,pagi tu suami beritahu dia telah menceraikan madu saya kerana madu ketika itu menghilangkan diri dengan anak..syaratnya,ceraikan dia dan dia akan balik,pertama kali saya lihat suami menangis,tapi saya tetap merasa puas,sejak dari tu saya lihat suami banyak termenung,kerap kali beritahu dia terlalu menyayangi saya dan bekas madu saya,tapi setelah beberapa bulan,saya lihat suami riang ketawa,saya cuba siasat,rupanya dalam diam suami pergi pada janda dia,perempuan tu benar2 berubah,melawan saya dan meninggikan suara,dia melakukan maksiat dengan suami saya,apa saja panggilan dan sms saya,tidak lagi dia kisahkan,saya merasa gerun,saya lihat suami ke arah sesat di atas perbuatan saya sendiri,saya menyuruh suami nikahi semula jandanya dan hidup bangkit semula,sama2 memperbaiki kesilapan diri,saya menemui madu saya setelah mereka nikah semula,saya menangis dibelakang mereka,hati saya cukup terluka tapi saya memikirkan tentang kebahagiaan suami dan sedar madu adalah sebahagian dari hidupnya,teringat dulu suami sering kali demam dan saya rasai dahinya sangat panas ketika dia terlena,sering teringat anak dan bekas isterinya,sekeras hati saya,akhirnya saya lemah sendiri,bila saya tenung wajah madu saya,saya lihat,wajahnya sangat lembut,manis dan suka menghiburkan hati suami saya,suami selalu ketawa bahagia,dadanya lapang,saya terima takdir dari allah dan menerima hakikat saya bermadu..dan jodoh itu memang sesuai buat suami kesayangan saya..

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Assalamualaikum..

saja nak share pengalaman..
sy adalah isteri pertama..suami bernikah dgn madu pada tahun lalu..hemm dah 7 bulan sy hidup bermadu. Terasa baru jer kan..tp pada sy,
tempoh ini mmg terlalu lama utk dihitung. Klu diikutkan usia perkahwinan sy, kami baru menjejaki tahun yg ke5 tahun ni..tp ini dah takdir..xper la..
Klu dr segi background sy, sy seorang muallaf..berkahwin pada usia muda iaitu 19..cukup2 muda..org kata sy masih hijau dlm perkahwinan..
Lepas dimadukan, pelbagai tomahan ipar2 dan saudara mara terhadap sy..mrk kata sy xpandai menjaga suami..sb tu suami kahwin lagi..dan ada pula yg memuji sy..mrk kata, sy telalu muda utk dimadukan tp sy tetap sabar..Alhamdulilah, ada jg org yg memuji sy..

Madu sy ok. Sy pun ok jg la dgn dia..kdg2 cemburu jg dkt madu tu. Maklumlah madu sy tu cantik orgnya..pandai berhias..pandai memasak..pandai urus rumah. Klu dibandingkan dgn sy, sy bukannya cantik..bermekap pun xpandai. Masak tu ala kadar jer..mungkin sb tu la suami sy kawin dgn madu. Tp xper la..masing2 ada kelebihannya kan..malah sy bersyukur dgn apa yg saya ada.. assalamualaikum

Masa awal2 sy tahu suami sdg bercinta dgn gf(skg ni madu)..hanya tuhan jer yg tahu memca perasaan ni. Setiap hari menangis..bila kaki nak melangkah, kaki seakan akan tidak memijak ke bumi..makan tak lalu..senyum pun nak tak nak jer..maklumlah..terlalu sygkan suami..
Dlm sarat2 mengandung tu, suami sibuk beraya tmpt gfnya..tinggalkan kami berhari hari..sy masih ingat, sehari lepas beranak, suami tinggalkan kami sb nak jmp gf dia..mmg sy tahu dia jmp gfnya tu tp sy diamkan diri..sy kata "tak per la, Allah tgh uji sy..dan sy kena kuat"..tp hanya tuhan jer yg tahu mcmna perasaan sy ketika tu..hati mmg bercampur baur..cuma doa sahaja yg sy dpt panjatkan spy suami balik ke pangkal jalan..spy dia sedar akan kesilapannya tu..spy dia sedar akan tanggungjawabnya tu..

kdg2 ada satu ketika sy nak putus asa..dgn luka beranak yg masih sakit..suami pula ke hulu ke hilir bercuti dgn gfnya tu..tp sy kata dlm hati, "takper la Allah tgh uji kesabaran sy"..ditakdirkan suami akan bernikan akhir bulan mei..Sy xdpt bayangkan mcmna perasaan ketika tu..sy tersepit di antara persimpangan..sama ada sy bergembira dan mengucapkan tahniah kpd suami akan pernikahannya ataupun sy bersedih akan pernikahan suami sy tu..tp sy ambil keputusan utk mengucapkan tahniah di atas perkahwinan suami..Sy pujuk hati ni, "ohh mungkin ini lah jalan Allah utk mengelakkan suami berbuat dosa lagi"..sy panjatkan doa kpd Allah..Ya Allah, aku bersyukur kerana engkau telah menemuiku jalan yg paling baik utk mengelakkan suamiku bergelomang dlm dosa"..aku cuba memujuk hati ini utk sentiasa bersyukur..
Doaku tidak putus2utk kebahagiaan kami bersama..

Selepas suami sy bernikah dgn madu..sy baru sedar akan hikmah disebalik semua ni..Rupa2nya Allah telah berikan suami ku kesedaran akan kesilapan2nya selama ni..tanggungjawab2nya yg dia telah abaikan selama ni..Ya Allah, aku bersyukur sgt2 dgn perubahan suamiku..kebahagiaan yg tak terhingga yg pernah sy alami sebelum ni..suami sy lebih bertanggungjawab terhadap kami..lebih menyayangi kami anak beranak..lebih dr segala galanya sebelum ni..sy sgt bahagia dgn perubahan suami sy..

Dgn nama Allah, sy rasa bersyukur dgn nikmat yg Allah berikan kpd sy..dgn kebahagiaan sy, berkat dr hidup bermadu ni sy lebih bnyk bersabar ..lebih bnyk berdoa pada Allah..lebih bnyk menghabiskan masa dgn Allah..sy jg bnyk belajar utk memperbaiki diri dr kelemahan sebelum ni..

Benar kata teman2 HQ, bermadu ni ada pahit dan manisnya..tp jika pahit itu diambil sbg landasan utk memperbaiki diri, insyaAllah Allah akan membahagiakan kita. Dan jika manis itu diambil sbg landasan utk kita panjatkan kesyukuran kpd Allah..InsyaAllah, Allah akan berikan nikmat hidup yg tak terhingga kpd kita..smpi hari ini sy masih berdoa akan kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga kami..

Sy berharap agar teman2 HQ jg berdoa utk kebahagiaan sy..doakan sy ekk assalamualaikum ..
semoga kita semua sentiasa dirahmati olehNya..Aminn

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Di dalam kehidupan berpoligami sesungguhnya tersangat banyak hikmah disebaliknya. namun keredhaan adalah kunci untuk membuka segala kekusutan itu. Setiap kesusahan akan disusuli dengan kesenangan dan kebahagiaan.

Bagi wanita, untuk menilai keredhaan diri kepada Allah salah satu darinya yang paling mudah adalah dengan hidup berPOLIGAMI. Tunaikan segala tuntutan kehidupan bersama adalah salah satu anak kuncinya keredhaan itu...

Bagi lelaki pula untuk melihat sejauh mana hati & jiwa serta kasih sayang & hormat isteri adalah dengan cara begini. Tetapi harus diingat, POLIGAMI bukanlah sesuatu yang menyeronokkan kerana SYAITAN tetap berperanan. Keseronokan itu lahir dari pentarbiahan & hidup bersepakat dengan penuh syukur di atas kurniaan Ilahi.

Tanggungjawab berat. Keadilan adlah mengikut kaedah kehidupan sendiri, BUKAN sama rata.

barang siapa yang bersedia untuk berPOLIGAMI dengan mengikut akan kehendak Ilahi maka dia akan dianugerahkan ilmu & pengalaman yang tidak dapat di cari dari mana-mana buku motivasi... wallahualam...



Sekilas pandanganku...


;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

kadang2 kita sebagai isteri pertama rasa cemburu sangat pada yang kedua...padahal pada masa yang sama isteri kedua sebenarnya pun rasa cemburu juga pada yang pertama....jadi, masing2 cuba untuk menunjukkan yang terbaik pada suami, supaya suami lebih sayang mereka dari yang lain...jadi yang untung dalam hal ni, suami lah...seronok dia bila semua isteri berlumba2 nak curahkan kasihsayang pada dia....indahnya hidup poligami bagi suami kan?

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Alaaa susukacang, takpe orang tak sayang pun, macamana nak kasih sayang yang sama, macam kalau kita jadi mak pun, mesti ada anak yang kita sayang lebih sebab kelebihan dia, kalau kita jadi adik, mestilah antara banyak2 kakak dengan abang tu ada sorang yang kita sayang, so begitulah suami, mesti ada lebih, tapi kalau dia cakap seme sama, janganlah banyak tanya lagi, sapa yg abang paling sayang. Apalah gunanya jawapan kalau sekadar menyakitkan, baik lah tidak tahu kalau begitu kan


;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Teringat kisah Rasulullah dan isteri2nya, sapa yang dapat cincin yang tulah Baginda sayang, padahal semua dapat cincin, inilah hemah seorang suami kan, sapa nak berpoligami jadikan Rasulullah sebagai qudwah hasanah anda,

tapi susukacang, kalau tak dapat cincin, dapat rantai, gelang, loket, subang, pun suami sayang la maksud tu, kalau tak dapat, dia beri hati, anda kan belahan jiwa suami

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

paling senang...jangan pertikaikan yang mana suami paling sayang...tapi kita sendiri yang mencurahkan kasihsayang itu pada suami...orang kata `what u give, u'll get back..' so, saper yang memberi kasih sayang paling banyak, akan rasa pulangannya balik...tak perlu tanya pada suami...tepuk dada tanya selera....

macam saya sendiri, saya sentiasa rasa suami saya sayang saya lebih dari isteri kedua dia tu...tak payah tanyapun, saya tahu...hehehehehhe...Alhamdulillah...

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

ntahlah, kadang2 saya sebagai isteri pertama nie rasa beruntung pulak...rasa terpelihara dan diredhai saja selalu...walau bagaimana sakitnya hati atas apa yang terjadi, tetapi diakhirnya selalu ketenangan jiwa itu juga yang menjadi milik saya....walaupun ianya selalu ada turun naik, tapi kebahagiaan ini akan sentiasa saya dapat, jika saya katakan pada diri sendiri, inilah takdir hidup saya dan saya serahkan segalaNya pada Allah.....saya tidak bersalah dalam perkara ini, malah kadang2 saya rasa bertuah kerana Allah pilih saya untuk menjalani hidup bermadu ini...

rasanya, tidak ada hadiah yang paling berharga yang boleh saya beri kepada suami saya, selain dari redha yang dia telah berkawin lagi....itu sebab, saya rasa suami makin sayang pada saya dari hari ke hari.....mungkin dia kira ujian sebagai isteri pertama ini lebih berat dari ujian yang diterima oleh isteri kedua.....eh, betul ker pendapat ini?

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Setuju dengan pendapat susukacang/ladymorgana tentang 'mindset' isteri pertama yang semestinya berbeza dengan 'mindset' isteri kedua. Isteri kedua tentunya @ sepatutnya lebih bersedia dengan kemungkinan2 tidak diduga. Walau saya bukan isteri pertama.... saya cuba memahami kedudukannya. Itulah sebabnya.... dalam banyak hal isteri kedua jangan nak mengada2 atau manja2 lebih2... Sila rujuk posting saya dalam tajuk - Baitu Muslim-Mencari calon isteri kedua.

Saya bukanlah baik sangat.... tapi saya cuba buat yang terbaik. Ada juga yang cakap...."cakap senang la.... awak yang ambik suami orang". Orang yang rasa tau la.... . Sekali lagi saya tegaskan, itu terpulang lah kepada pendirian @ pilihan individu. Apabila suami nak kawin lagi satu... saya boleh pulak menerimanya. Tak pulak saya rasa macam dunia saya dah sampai ke penghujungnya. InsyaAllah.... kalau kita tahu apa yang kita buat & diredhai oleh Allah S.W.T.....kita selamat. Sronok plak sekali sekali dengar suami nyanyi lagu 'madu tiga', pastu buat suara ala2 P.Ramlee...

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Dear Ladymorgana.... kalau nak dikisahkan cerita 'madu tiga' ni panjang..... boleh buat buku. Ni saya ringkaskan;

Isteri Ketiga; 39 tahun. Sepupu dengan suami kami. Pernah jadi gf suami sekitar 1989/1991. Keluarga/adik beradik menentang hubungan mereka. Dia kena kawin paksa. Dapat anak 4 orang. Suaminya meninggal. Janda anak 4 lah kiranya..... baru kawin dengan suami kami tahun 2006.

Isteri Kedua (saya); 39 tahun (muda 5 bulan dpd yg ketiga). Jd gf suami kejap... sekitar 1991/1992. Futher study kat IPTA. Kejer. Umur 30 tahun, tak kawin lagi...andalusia sikit ler. Jumpa bf lama... kawin tahun 2000 walau pun tahu dia dah kawin dan ada anak 2.

Isteri Pertama; 38 tahun (muda 3 bulan dpd saya). Tak pernah jadi gf suami. Atas arrangement famili... kawin tahun 1993. Dapat anak 2. Belum 30 tahun dah dapat madu....

p.s: 3 of us knows each other story & history

Berbalik kepada soalan... pedih ke tak pedih suami kawin lagi. Tak lah pedih sangat.... dah agak dah waima di hari suaminya meninggal kerana saya tahu betapa dalamnya perasaan suami kami kepada dia. Al-maklum lah cinta pertama. Semasa suami frust tak dapat kawin dengan dia dulu saya jadi tempat dia meluahkan kepedihan yang ditanggung. Dah kawin ngan saya pun... masih sebut lagi nama tu. Pada mulanya, terfikir juga.... hebat sangat ke wanita ni.... cantik sangat ke dia. Tapi bila suami dah kawin dengan dia.... ooo....! biasa jer ler, macam saya juga. Susah nak tebak hati lelaki ni.... saya redha lah.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Soalan ni, sebagai isteri pertama saya nak jawab dengan jujur...saya tak rasa seronok pun bermadu....sebabnya, sebelum ini saya amat bahagia sekali dengan suami dan anak2 tanpa ada orang yang ketiga...selama berbelas tahun hidup bersama, kasih sayang saya pada suami tidak berbelah bahagi...susah senang kami tanggung bersama....so, apalah yang nak diharapkan dengan kehidupan bermadu ini jika dibandingkan dengan kehidupan dulu semasa hidup monogami dengan suami...terlalu jauh ukuran kebahagiaan itu jika dibandingkan dengan sekarang nie....

sekarang, walaupun masih ada rasa bahagia, namun masih terselit rasa sedih, hiba, terkilan dan jauh hati dengan suami....setiap hari yang berlalu, tidak dapat tidak, saya akan tetap terasa hati kerana dimadukan oleh suami....dan ada masa2nya, tanpa disangka airmata ini akan mengalir bila teringat apa yang terjadi dalam hidup saya ini....namun demikian, saya tetap bersyukur kerana kasih sayang saya masih teguh buat suami...

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Ermm seronok dok baca forum yg kali ni punya (kalau nak banding dengan forum2 poligami yg lain tu) bila nampak suatu perbincangan yang matang & kurang dipengaruhi emosi Senyum

Pendapat Kak Long....kalau boleh mengelak maka kita cuba la elak poligami ni walaupun hukum membolehkn.
Sebab bab nak berkongsi ni bukan mudah nak kawal perasaan....alangkan kongsi harta benda seperti kereta pun kadang2 jadi gaduh dan kelam kabut...ni kan pulak kongsi suami...

Tapi sebenarnya setiap sesuatu tu ada hikmahnya...dan hanya orang2 terpilih sahaja yang mampu menikmatinya Senyum
Hikmah yang termampu Kak Long fikirkan dalam hal poligami ni adalah bahawa setiap sesuatu yang ada atau yg diberikan oleh ALlah kepada kita dalam dunia ni tidak lain semata2 hanyalah PINJAMAN sahaja...kita adalah pengurus nya...Jika kita mampu urus dengan baik maka Dia akan tambah lagi nikmatNya kepada kita InsyaAllah...

Selalu yg menjadi masalah kerana kita beranggapan bahawa apa yg Allah bagi kepada kita ni adalah MILIK MUTLAK kita...contohnya bila Allah kurniakan kita wang yang banyak...kita merasakn wang tersebut milik mutlak kita..sehinggakan kita terlalu sayang (mungkin kikir) nak kongsi dengan mak ayah sedara mara adik beradik apa tah lagi dengan orang luar lain yang tiada ikatan langsung dengan kita.
Sama juga bila Allah kurniakan suami...maka dianggapkan bahawa suami itu milik mutlak yang tak boleh dikongsikan dengan orang lain.
Padahal kalau Allah nak tarik nikmat yg Dia kurniakan kepada kita tu...bila2 masa Dia boleh buat...
Kalau mungkin pun suami itu tidak berkahwin lain...Allah boleh saja mati kn suami tersebut bila2 masa yang Dia nak....maka tidak lah lagi boleh menikmati kebahagian dengan suami tersebut kerana dia dah mati... (Ermm maka betul la apa yg selalu diperkatankan bahawa bila kita ingat kematian maka akan lebih menyedarkan kita Senyum )
Maka suami itu bukanlah hak milik mutlak....

Selagi tak melangggar hukum yang Allah telah tetapkan ..Kak Long rasa kita cuba la menjadi seorang yang boleh redha dengan apa yang diberikanNya kepada kita (cakap mudah tapi nak buat (redha) tu perlukan kekuatan diri & sokongan orang lain juga)....kerana apa yang kita nak capai adalah kebahagiaan nun di sana nanti...dunia cuma pentas lakonan maka berlakon la sebaik mungkin moga2 kita boroleh kejayaan yang besar di sana nanti Senyum

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Ladymorgana... b'baikkan lebih mudah dpd bergaduh. Kami pernah juga bergaduh.... bukannya baik sepanjang masa. 'Konfliks' perlu ada untuk kita lebih memahami antara satu sama lain. Kalau semua berbaik, semua untung, takde sapa2 yang rugi. Kalau kita berpura-pura baik tapi dalam hati tak ok...(sendiri boleh rasa....sakit hati, menderita dan yang seumpama dengannya)... rugi besar.Fahamilah 1 hakikat, yang menang takkan dapat semua, yang kalah takkan hilang semuanya.

Saya ada 2 adorable sons, 7 tahun & 20 month toddler. Yang si bongsu tu sebulan jer jadi bongsu, dah tu... dapat adik pompuan (third wife daughter). Kiranya kembar tahun ler.

Cik Cahayalurus....soalan ni mesti muncul sebab pengamal2 poligami ni nampak pelik kut?. Padahal.....kehidupan saya ni normal jer le. Kekadang seronok... kekadang tak seronok. Takkan lah perkahwinan one to one tu.... sentiasa seronokkan?

Emmm...susukacang & Kak Long... saya setuju dengan pendapat tu. Kalau kita rasa suami tu 'hak' @ 'milik mutlak' kita susah lah. Jadilah diri sendiri.... setiap isteri punya kelebihan. Jangan risau, jangan susah hati.....jangan benarkan perasaan itu @ orang lain mempengaruhi kehidupan&kebahagian/keseronokan kita.


;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Salam semua...

berkenaan dengan isu berbaik dengan madu ini...saya rasa kalau dari mula memang tak pernah kenal dan tak pernah tahupun madu nie, lebih baik tak payah cari jalan nak berbaik2...kalau tidak ada keperluan ke arah itu, pada saya lebih baik kita tumpukan dengan hal masing2 ajer...tak payah nak sibuk2 ambik tahu kisah di sebelah sana, walhal dalam hati meronta2 sakit...

saya ambik pendekatan begini sebab saya tak mau cari jalan untuk menyakiti hati sendiri yang telah lama sakit nie...itu lebih baik...dahlah orang lain tak pernah kisah hati dan perasaan kita, so sendirilah jaga supaya tak terluka....sementelah pula saya rasa buat masa ini memang belum ada keperluan untuk kami berjumpa dan berbaik2....dan saya rasa suami saya pun lebih suka kami menguruskan hal masing2...tak der sapa kacau suami masa dia berada di rumah masing2....itu sudah cukup bagus dah...

kecualilah, kalau ada sesuatu perkara yang tak dapat dielakkan untuk bertemu, itu dikira kebetulan...selagi boleh elak untuk berjumpa yang satu lagi tu, saya elakkanlah untuk kebaikan bersama....

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

wah menarik sungguh forum ni, tak sangka trmasuk forum yang sebegini. nak juga tumpang sekaki. saya masih satu-satunya isteri sang suami, cuma selalu disakat-sakat untuk diberi madu. Mula-mula dulu baru2 kawin tentulah memang tak suka boleh sakit jiwa, tapi sekarang dah lali. siap mencabar lagi, tapi disambut dengan ketawa riang lalu disuruh carikan dan pinangkan pula... melampau juga tapi ada orang dah buat, cumanya kami belum ke situ lagi. tak taulah di masa hadapan. kalau time rasional memang cantik je poligami ni, semua sepakat dan saling mengisi. tapi kalau time emosi senget, teruk juga nak stabil balik. memang sang suamilah yang memainkan peranan utama sebagai nakhoda, tarbiyah isteri-isterinya. kalau dapat isteri bidadari yang kuat mujahadah, memang beruntunglah suaminya.
(ini gua punya komen laaa!!)

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Memang tidak dapat dinafikan peranan suami lah yang paling penting. Setakat ini, saya berpendapat suami saya ok. Bab giliran, alternate-day. Kalau di antara isteri yang ada hal/emergency.... settlekan dulu. Hari lain.... ganti semula. Hari Raya, hari raya pertama.... beraya kat rumah mak suami. Dia liberal.... kalau rasa tak nak beraya rumah mak dia, boleh beraya rumah parents masing-masing. Tapi... selalunya kami ikut beraya kat rumah Mak Mertua. Bagi saya.... bukan saya yang penting. Anak2 didahulukan, kesian plak kalau tak beraya dengan ayah. Sebenarnya, saya rasa suami pun tak gembira kalau anaknya tak beraya dengan dia.

Cakap bab beraya ni mmg sensitif. Saya ada sorang kawan... 2nd wife juga le. Mmg tak pernah merasa beraya dengan husband. Kesian juga lah dekat dia. Kepada isteri2 kedua yang mengalami keadaan ini.... banyakkan bersabar, redhakan aje. Sokongan kuat daripada keluarga mmg sangat2 diperlukan. Dua tahun pertama berkahwin..... saya beraya kat rumah parent saya.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

terima kasih kak long atas peringatan yang dipaparkan....sejuk rasanya hati kami para-para isteri yang bermadu ini bila membaca sabda Rasulullah s.a.w...sesungguhnya maruah dan harga diri wanita itu dilihat dari sudut bagaimana dia menguruskan perasaan marahnya....

siapa yang tak berasa marah jika dimadukan secara sembunyi dan seterusnya terpaksa menerima takdir hidup bermadu nie....setiap isteri akan berasa hati...tapi dengan memikirkan bahawa ini semua adalah ujian Allah kepada kita, secara tak langsung akan menyembuhkan luka itu secara perlahan-lahan....

ruhil, dari segi giliran saya dengan madu pulak, selang 2 hari setiap orang...kalau saper2 yang perlu lebih, boleh ambik dan akan digantikan pada masa2 akan datang....part giliran ni, suami saya memang firm...dan setakat ni masih ikut aturan lagi...so, macam awak yang ada 3 orang nie bermakna setiap 3 harilah baru jumpa suami yer....hmmm...takperlah...

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

seronok...? hehehhe...hanya orang yang mengalaminya ajer yang tahu pahit getirnya menahan rasa....so, saranan saya, kalau boleh elak, elakkanlah....buat apa nak jerat tengkuk menahan sakit di dada nie....tapi, kalau dah ditakdirkan, elak macammana pun melekat gak....kalau dah macam tu, apa nak dikato...? welcome to the club ajerlah...heheheh
(hahaha tumpang sekaki gelaknya...)

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Hehe...ayat bermakna ni..
Jika itu yang tertulis siapa kita mahu menolaknya..
Tidak dipinta tapi redha jika mengalami..
Jika kerana agamanya,
InsyaAllah tiada masalah..
Cemburu semua itu biasalah kot..
Gunakan iman,akal dan ilmu yang ada..

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Betul pendapat Ladymorgana tu. Untuk sampai ke tahap sekarang ni pun bukan senang. Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. sbb isteri pertama boleh menerima saya... pada zahirnya lah. Saya hormat dia... saya out-station boleh jagakan anak lagi. Dalam hati dia yang sebenar, saya tak tahu. Itu rahsia antara dia dengan Allah. Itulah sebabnya... saya tak mahu buat apa yang isteri pertama buat kat saya dulu kepada isteri ketiga.

Pada saya.... mula2 dulu mmg tak berapa 'seronok'. Tapi sekarang ok la.... nak kata seronok tahap A tu... tak lah. Yang pasti... sekarang ni takda lah perasaan 'disturb' tu. Hidup ni... kan satu perjalanan. Jangan berpatah balik mengutip sisa2 kelukaan & kepedihan.... moving forward to brighter point.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Anyhow... kepada yang rasa2 nak isteri kedua, you've got to be prepared. Suami tu.... manusia juga. Bukan statik.... ada perubahannya, ada anginnya. On top of that.... kena deal dengan first wife juga..... yang juga manusia.... sangat2 complicated. Ini tipsnya....

Pertama: Kena terima hakikat yang jodoh kita dengan suami orang, oleh itu jangan terlalu manja & meminta2. Kalau boleh biar kita ada pendapatan sendiri, dengan kata lain biarlah kita lebih berdikari.

Kedua:Bersedia menerima cemuhan masyarakat..... itu biasa di permulaan. Buktikan yang kita ikhlas dan jangan rasa kita berada pada 'kasta' rendah kerana kita berkahwin dengan suami orang. InsyaAllah jiwa kita akan tenang.

Ketiga: Jangan tamak 'masa' suami. Lagi banyak kita memberi lagi tenang jiwa. Masa yang suami tak balik rumah kita, guna sepenuhnya masa tersebut untuk Allah, diri sendiri dan anak2. Masa suami bersama kita.... layan dia sebaik2nya. Masa suami ada di rumah kita dia 'hak' kita, semasa dia di rumah madu2 dia hak mereka. Oleh itu, jauhkan daripada berfikir aktiviti2 yang dilakukan suami bersama2 madu.

Keempat: Terima kekurangan suami dan madu2. Jangan berkira dengan mereka, kita pun banyak kekurangan. InsyaAllah, kalau kita berbaik dengan madu lambat laun dia akan baik dengan kita juga. Contohnya saya, kerja memerlukan saya untuk keluar daerah selam 10 hari pada tiap2 bulan. Anak2 saya dijaga isteri pertama (seorang suri rumahtangga sepenuh masa). Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya.

Kelima: Anggap madu2 macam adik beradik. Lumrah manusia sentiasa 'berkonflik'. Itukan biasa tapi jangan biar ia berlarutan. Contohnya kami; kalau ada yang tidak puas hati boleh meluahkan perasaan kepada salah seorang madu. Tapi... si tukang dengar tidak menyampaikan kepada yang seorang lagi.... aman dunia.

Keenam: Anggap anak2 madu macam anak sendiri. Kalau bergaduh pun tak boleh lama2 sebab anak2. Anak2 tak panggil 'makcik' for mak2 tiri. Isteri Pertama: Mak, saya: Ummi dan Isteri Ketiga: Mama. Empat anak kami bersekolah berasrama... masa untuk balik asrama kami kami berbagi2 untuk menghantar anak balik ke asrama.

Ketujuh: Jangan ber'prasangka' terhadap madu2.... bahaya!. Jauhkan segala andaian daripada kotak pemikiran. Setiap isteri ada kelebihan dan kekurangan masing2. Kelebihan2 madu jangan didengkikan dan kekurangannya jangan sesekali dicemuh. Setiap keistimewaan isteri2 hanya suami yang mengetahuinya.... let it be.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

tak kisahlah samada jadi isteri 1, 2, 3 atau 4 pun, yang penting dapat keredhaan Allat SWT. kalau nak bicara tentang perasaan, tentang hati, tentang tanggungjawab, tentang keadilan, tentang tentang tentang.... takkan habis... yang penting semuanya adalah ketentuan Allah untuk menguji IMAN kita. lihat pula perasaan kita kepada Allah, Hati kita pada Allah, tanggungjawab kita pada ALLAH, keadilan masa kita kepada Allah dsb itu lebih memberi kesan keimanan kepada kita.

Kepada isteri2 sekelian, yang suami mahukan adalah layanan yang mampu ;

i. menenangkan jiwanya
ii. perasaannya
iii. hatinya
iv. fikirnya
v.amalnya

jadi, mana2 isteri yang mampu & mempunyai kelebihan2 tersebut, itulah akan menjadi isteri kesayangan suami... sebagai tips kepada anda'

SUKAnya suami itu ada nafsunya
SAYANGnya suami itu pada keperluannya
KASIHnya suami itu pada hatinya
CINTAnya suami adalah pada agamanya...

fikir2kan lah...

pendapat 5 sen saya...

wallahualam

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

saya suka mengamati dan menyelidiki sesuatu yang Allah izinkan tetapi manusia tidak boleh menerimanya dengan hati yang terbula, wallahualam.

yer, saya memang berpoligami. so far kehidupan kami alhamdulillah. biasa la, kalau sikit2 tu. sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri...

dalam berpoligami banyak rahsia & pengajaran (ilmu) Tuhan tersingkap mengenainya. banyak perkara saya belajar di dalam kehidupan. saya juga sedih melihat segelintir wanita menjadi mangsa kepada kehidupan sebegini. memang saya secara peribadi menyalahkan lelaki dalam soal ini, bukan bererti saya baik tetapi saya tidak suka kepada penganiayaan.

ada juga masalah poligami itu datangnya dari si isteri. namun lelaki juga bertanggungjawab di dalam pentarbiahan sehinggalah mendapat keputusan dari Allah terhadap perkahwinan itu...

secara umumnya, di dalam kehidupan berpoligami Allah nak lihat kita samada benar2 redha dengan kehendakNya. sebab itu dikurniakan Payung Emas di akhirat kelak bagi si isteri yang redha...

bagi si suami pula, dapat belajar mentarbiah & memimpin ummat yang di katakan bermula memimpin ummat itu bermula dari diri sendiri & keluarga.

kalau kita semua ada masalah, rujuklah kepada mereka yang berpoligami kerana kita semua memahami situasi keadaan kehidupan sebegini.

wallahualam...

pendangan sekupang saya

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

jln_berkelan,

saya cukup respect pada suami yang betul2 berkaliber dan berkebolehan dalam mengendalikan dua buah keluarga nie..dan kadang2 lebih..hehheh...macam suami kami nie, saya rasa yang buat kami, isteri2 nie hormat sebab dia berpendirian tegas...tolak tepilah nak manja2 dan mengada2 lebih2 nie...buang karen ajer....itu pasal masing2 kena jaga perlakuan masing2....mesti hormat menghormati giliran yang dah ditetapkan untuk keluarga msg2...

saya rasa, kalau begitu kukuhnya pendirian suami, poligami nie tak jadi masalah...yang jadi rapuh sebab suami tak tau nak handle perangai isteri masing2....

ermmmm...ikut pengalaman awak, jln_berkelan, isteri mana yang lebih banyak kerenah nie? yang tua ker yang muda?
satu lagi nak tanya...dah berapa lama berpoli?

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

setiap ujian yg dtg tak kira apa coraknya adalah utk menyuci dosa .sekiranya kita bisa tabah dan redha kemudian menambahkan amalan insyaallah dosa kita terampun dan kmudian dari itu terangkatlah kita kedarjat yg lebih baik disisi Allah.

jadikan ujian itu satu anugerah kasih sayang dari Allah pada kita.Dan jadikan redha dan sabar kita itu tanda kita mencintaiNYa.Kehidupan ini mmg pahit tapi mjadi ubat bagi org2 yg mahu mengambil pelajaran

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

ermmmm...tulah, kadang2 terfikir gak...apalah dosa aku sampai dimadukan macam nie....huhuhuhuhu...sedihnya....sebab selalu kita dengar, orang yang kacau laki orang, satu hari nanti, ada orang lain lak kacau laki dia...yang tu, hukum karma diorang cakap...tapi, macam saya nie, tak kacau laki sapa2 pun, tup2 laki kita pun diambik orang.....camner tu?

Alaaa, lady, dun weri, jangan salahkan diri sendiri, takde sapa salah pun suami lady kawen lain, cinta orang lelaki ni cinta fotostat, dia boleh fotostat banyak2 cinta dan bagi dekat perempuan yang dicintai, dan suami lady ini orang yang tau agama sebab tu dia kawen, tak buat hal lain2, jangan dengar sangat cakap2 orang yang membina tu, memang tak sayang mulut diorang tu

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Hmmm...sabar ajerlah..nak buat macam mana lagikan..? takkan nak meraung pulak..? heheheh

Ini artikel yang saya petik dari laman Suzana Ghazali...tak taulah dah ada ker belum...

MENGATASI CEMBURU DI KALANGAN MADU

Mungkin ada yang rasa topik perbincangan saya kali ini agak kelakar. Ya lah, dah nama pun bermadu, sudah tentulah ada rasa cemburu. Cemburu memang tak boleh dielakkan hatta isteri-isteri Rasulullah SAW pun mempunyai rasa cemburu di kalangan mereka. Walau cemburu adalah penyakit biasa di dalam kehidupan berpoligami namun ianya tidak boleh dibiarkan berlarutan. Sakit cemburu ini perlu dibendung dan diatasi agar ianya tidak membawa padah dan mudharat kepada diri sendiri, suami dan ahli keluarga lainnya.

Saya teringat luahan hati seorang kakak dari pantai timur. Cukuplah saya namakan dengan Kak B. Kata Kak B, dia rasa terlalu rendah diri dan amat cemburukan madunya walau hakikatnya dia mengizinkan suaminya menikahi madunya tersebut. Sebabnya, madunya dan suaminya sama-sama mempunyai kerjaya, sedangkan dirinya hanya seorang suri rumah. Malah menurut Kak B, terlalu banyak persamaan antara suaminya dan madunya itu: bulan kelahiran, kegemaran, makanan kesukaan…. hinggakan Kak B merasakan dirinya begitu asing walaupun layanan suami masih sama seperti dulu.

Buat Kak B dan isteri-isteri lain di luar sana yang ditakdirkan mempunyai madu, tak kiralah anda yang pertama, kedua, ketiga atau keempat, ingatlah satu perkara: ANDA JUGA MEMPUNYAI KEISTIMEWAAN YANG TERSENDIRI. Jika anda yang pertama, anda paling istimewa kerana anda adalah wanita pertama yang berjaya merebut hati suami anda hingga anda dijadikan suri hidupnya berbanding jutaan wanita lain yang ada tika itu. Sudah semestinya anda memiliki keistimewaan tersendiri yang membuatkan suami anda memilih anda. JANGAN SALAH SANGKA, walaupun ada wanita lain hadir di antara anda dan suami anda, tidak bermakna wanita itu lebih istimewa daripada anda. Anda tetap unggul dan istimewa lantaran itulah suami anda memilih untuk memberikan anda seorang madu dan bukannya menceraikan anda walaupun setelah hatinya diusik oleh wanita lain. Yang nyata, suami anda masih memerlukan anda di dalam hidupnya.

Jika anda adalah isteri kedua, ketiga atau keempat, JANGAN BERASA DIRI TERLALU ISTIMEWA. Kedudukan anda dengan isteri sedia ada sebelumnya adalah sama sahaja. Tak kiralah anda lebih berpendidikan, lebih berharta atau berkerjaya menarik atau mungkin terasa lebih cantik dan lebih muda, anda belum layak diiktiraf sebagai lebih istimewa. Hakikatnya, walau di mana pun kedudukan anda, semuanya adalah sama iaitu seorang isteri kepada seorang lelaki. Jadi, anda tak perlu berasa terlalu cemburu dengan madu-madu anda.

Seperti yang saya jelaskan di awal tadi, setiap daripada anda mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang membuatkan suami anda memilih anda sebagai teman hidupnya. Mungkin anda pandai memasak, suara anda manja, anda seorang yang kelakar, peramah dan pandai mengambil hati dan entah beribu alasan lagi yang hanya suami anda dan mungkin juga anda mengetahuinya. Kekalkan keistimewaan anda itu dan berusahalah untuk terus menambat hati suami dengan keistimewaan tersebut.

Ingatlah, sifat diri yang peribadi boleh dikekalkan sebaliknya jika anda sekadar menambat hati suami dengan rupa paras yang menawan hati, jangan terkejut jika tiba satu masa, anda dipinggirkan. Rupa paras yang cantik dan bentuk badan yang menarik tidak akan kekal walaupun sekarang ini terdapat beribu produk dan pusat rawatan kecantikan. Anda perlukan sesuatu yang lahir daripada diri dalaman anda untuk kekal istimewa setanding dengan madu-madu anda yang lain. Bila anda sedar keistimewaan diri anda, terimalah juga hakikat bahawa anda dan madu-madu anda juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Atas rasa kesedaran ini, insyaAllah rasa cemburu anda kepada madu-madu anda akan dapat dibendung dan diatasi.

Paling penting juga, anda perlu menganggap madu anda sebagai saudara anda sendiri, sebagai kakak dan adik. Saya tahu, bercakap memang mudah, nak lakukan tu amatlah payah. Hanya yang menghadapi dan mengalaminya sahaja yang tahu. Namun, satu sahaja nasihat saya, anda telah terpilih untuk berkongsi kasih dan hampir merelakan walau dalam keadaan terpaksa, berlapang dadalah menerima hakikat dan kebenaran ini kerana anda memiliki satu persamaan; sama-sama menyayangi dan disayangi seorang lelaki. Jika anda berjaya menanam anggapan tersebut di dalam diri, percayalah, rasa cemburu anda yang ada tikanya akan hadir membabi buta akan dapat dibendung dan diatasi.

Kenapa? Realitinya seorang kakak dan adik akan saling sayang menyayangi dan bantu membantu antara satu sama lain. Ianya bukan satu perkara mustahil. Saya pernah menyaksikan sendiri kesanggupan isteri pertama menjaga madunya yang sedang di dalam tempoh berpantang. Malah komunikasi antara mereka menggunakan bahasa kakak dan adik, tak terasa tika itu saya sedang berhadapan dengan dua wanita yang sedang berkongsi suami, subhanallah. Jangan lupa, di samping segala tindakan tersebut, sentiasalah berdoa agar anda dan madu-madu anda serta suami anda sentiasa dijauhkan daripada hasutan nafsu dan syaitan. Poligami adalah perkara yang harus dan halal di dalam Islam. Melaksanakannya dan redha menerimanya adalah perkara yang dibenci oleh syaitan. Jika anda tersasar walaupun sedikit, syaitan akan mengawal emosi anda dan anda akan dikuasai sepenuhnya oleh nafsu anda, nauzubillah.

Kepada yang berkongsi kasih suami, tahniah kerana terpilih untuk menerima ganjaran indah di akhirat. Laksanakan peranan dan tanggungjawab anda yang sewajarnya dan biarkan suami anda juga melaksanakan tanggungjawabnya yang sewajarnya kerana hak anda adalah sama dengan hak madu anda. Ingatlah, hanya kalian sahaja yang mampu menjadikan suami kalian sebagai suami yang adil di dalam poligami.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Hmmm...sabar ajerlah..nak buat macam mana lagikan..? takkan nak meraung pulak..? heheheh

Ini artikel yang saya petik dari laman Suzana Ghazali...tak taulah dah ada ker belum...

MENGATASI CEMBURU DI KALANGAN MADU

Mungkin ada yang rasa topik perbincangan saya kali ini agak kelakar. Ya lah, dah nama pun bermadu, sudah tentulah ada rasa cemburu. Cemburu memang tak boleh dielakkan hatta isteri-isteri Rasulullah SAW pun mempunyai rasa cemburu di kalangan mereka. Walau cemburu adalah penyakit biasa di dalam kehidupan berpoligami namun ianya tidak boleh dibiarkan berlarutan. Sakit cemburu ini perlu dibendung dan diatasi agar ianya tidak membawa padah dan mudharat kepada diri sendiri, suami dan ahli keluarga lainnya.

Saya teringat luahan hati seorang kakak dari pantai timur. Cukuplah saya namakan dengan Kak B. Kata Kak B, dia rasa terlalu rendah diri dan amat cemburukan madunya walau hakikatnya dia mengizinkan suaminya menikahi madunya tersebut. Sebabnya, madunya dan suaminya sama-sama mempunyai kerjaya, sedangkan dirinya hanya seorang suri rumah. Malah menurut Kak B, terlalu banyak persamaan antara suaminya dan madunya itu: bulan kelahiran, kegemaran, makanan kesukaan…. hinggakan Kak B merasakan dirinya begitu asing walaupun layanan suami masih sama seperti dulu.

Buat Kak B dan isteri-isteri lain di luar sana yang ditakdirkan mempunyai madu, tak kiralah anda yang pertama, kedua, ketiga atau keempat, ingatlah satu perkara: ANDA JUGA MEMPUNYAI KEISTIMEWAAN YANG TERSENDIRI. Jika anda yang pertama, anda paling istimewa kerana anda adalah wanita pertama yang berjaya merebut hati suami anda hingga anda dijadikan suri hidupnya berbanding jutaan wanita lain yang ada tika itu. Sudah semestinya anda memiliki keistimewaan tersendiri yang membuatkan suami anda memilih anda. JANGAN SALAH SANGKA, walaupun ada wanita lain hadir di antara anda dan suami anda, tidak bermakna wanita itu lebih istimewa daripada anda. Anda tetap unggul dan istimewa lantaran itulah suami anda memilih untuk memberikan anda seorang madu dan bukannya menceraikan anda walaupun setelah hatinya diusik oleh wanita lain. Yang nyata, suami anda masih memerlukan anda di dalam hidupnya.

Jika anda adalah isteri kedua, ketiga atau keempat, JANGAN BERASA DIRI TERLALU ISTIMEWA. Kedudukan anda dengan isteri sedia ada sebelumnya adalah sama sahaja. Tak kiralah anda lebih berpendidikan, lebih berharta atau berkerjaya menarik atau mungkin terasa lebih cantik dan lebih muda, anda belum layak diiktiraf sebagai lebih istimewa. Hakikatnya, walau di mana pun kedudukan anda, semuanya adalah sama iaitu seorang isteri kepada seorang lelaki. Jadi, anda tak perlu berasa terlalu cemburu dengan madu-madu anda.

Seperti yang saya jelaskan di awal tadi, setiap daripada anda mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang membuatkan suami anda memilih anda sebagai teman hidupnya. Mungkin anda pandai memasak, suara anda manja, anda seorang yang kelakar, peramah dan pandai mengambil hati dan entah beribu alasan lagi yang hanya suami anda dan mungkin juga anda mengetahuinya. Kekalkan keistimewaan anda itu dan berusahalah untuk terus menambat hati suami dengan keistimewaan tersebut.

Ingatlah, sifat diri yang peribadi boleh dikekalkan sebaliknya jika anda sekadar menambat hati suami dengan rupa paras yang menawan hati, jangan terkejut jika tiba satu masa, anda dipinggirkan. Rupa paras yang cantik dan bentuk badan yang menarik tidak akan kekal walaupun sekarang ini terdapat beribu produk dan pusat rawatan kecantikan. Anda perlukan sesuatu yang lahir daripada diri dalaman anda untuk kekal istimewa setanding dengan madu-madu anda yang lain. Bila anda sedar keistimewaan diri anda, terimalah juga hakikat bahawa anda dan madu-madu anda juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Atas rasa kesedaran ini, insyaAllah rasa cemburu anda kepada madu-madu anda akan dapat dibendung dan diatasi.

Paling penting juga, anda perlu menganggap madu anda sebagai saudara anda sendiri, sebagai kakak dan adik. Saya tahu, bercakap memang mudah, nak lakukan tu amatlah payah. Hanya yang menghadapi dan mengalaminya sahaja yang tahu. Namun, satu sahaja nasihat saya, anda telah terpilih untuk berkongsi kasih dan hampir merelakan walau dalam keadaan terpaksa, berlapang dadalah menerima hakikat dan kebenaran ini kerana anda memiliki satu persamaan; sama-sama menyayangi dan disayangi seorang lelaki. Jika anda berjaya menanam anggapan tersebut di dalam diri, percayalah, rasa cemburu anda yang ada tikanya akan hadir membabi buta akan dapat dibendung dan diatasi.

Kenapa? Realitinya seorang kakak dan adik akan saling sayang menyayangi dan bantu membantu antara satu sama lain. Ianya bukan satu perkara mustahil. Saya pernah menyaksikan sendiri kesanggupan isteri pertama menjaga madunya yang sedang di dalam tempoh berpantang. Malah komunikasi antara mereka menggunakan bahasa kakak dan adik, tak terasa tika itu saya sedang berhadapan dengan dua wanita yang sedang berkongsi suami, subhanallah. Jangan lupa, di samping segala tindakan tersebut, sentiasalah berdoa agar anda dan madu-madu anda serta suami anda sentiasa dijauhkan daripada hasutan nafsu dan syaitan. Poligami adalah perkara yang harus dan halal di dalam Islam. Melaksanakannya dan redha menerimanya adalah perkara yang dibenci oleh syaitan. Jika anda tersasar walaupun sedikit, syaitan akan mengawal emosi anda dan anda akan dikuasai sepenuhnya oleh nafsu anda, nauzubillah.

Kepada yang berkongsi kasih suami, tahniah kerana terpilih untuk menerima ganjaran indah di akhirat. Laksanakan peranan dan tanggungjawab anda yang sewajarnya dan biarkan suami anda juga melaksanakan tanggungjawabnya yang sewajarnya kerana hak anda adalah sama dengan hak madu anda. Ingatlah, hanya kalian sahaja yang mampu menjadikan suami kalian sebagai suami yang adil di dalam poligami.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Orang tak sayang mulut ni maksudnya orang yang bercakap ikut sedap mulut,

Contoh kalau isteri pertama dimadukan:

Orang tak sayang mulut akan cakap
Isteri tu tak pandai jaga suami, tak reti masak, tak pandai layan suami, sibuk dengan kerjaya, laki dia tak puashati dengan dia dan sebagainya

Contoh kalau seorang perempuan mengahwini suami orang:

Orang yang tak sayang mulut akan cakap:
Perampas, kalau dia ambil suami orang, suami dia akan diambil orang, macam dah tak da laki lain dalam dunia ni, nak ambil suami orang, rumahtangga dia tak bahagia

Contoh kalau seorang perempuan tu tak kahwin:

Orang yang tak sayang mulut akan cakap:
Kenapa lah tak kawen , lama2 nanti laki kita dirampasnya, tulah andartu memilih sangat, jangan meerenyam dahlah, napalah tak kawen, padahal kawan2 dia dah bercucu dah

Contoh kalau seorang perempuan tu bercerai:

Orang yang tak sayang mulut akan cakap:
Kenapalah dia bercerai, memang kita kena jaga laki2 kita nanti diambilnya, takpun akan dikata, memang patutpun diceraikan sebab padan muka dia tak layan laki baik2 (padahal mereka tidak mengetahui cerita sebenar)

Contoh2 di atas merupakan kenyataan orang yang tak sayang mulut, apatah lagi kalau diungkapkan dengan emosi dan nada suara yang tak sanggup didengar, ia menjadi seolah2 hukum karma bagi masyarakat Melayu, justeru itu sama2lah muhasabah diri semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang bercakap ikut sedap mulut ni, dan janganlah kita menghukum dengan mendahului hukum Allah swt.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

saya adalah isteri kedua,sekadar berkongsi bersama2..suami dan madu adalah orang yang tinggi agama,berpelajaran,saya lihat madu saya sangat bersopan,saya tahu saya bersalah kerana mengambil suaminya untuk berkongsi kasih,tapi keindahan kesopanannya telah hilang begitu saja,saya dihina dan di maki sesuka hati sehingga dengan mudah menjatuhkan hukuman tuhan terhadap saya,kerana insan seperti saya tak akan masuk syurga kerana meruntuhkan rumahtangga orang,sejak tu,suami tak berani secara terangan menemui saya,jika isterinya dapat tahu,mereka akan bergaduh besar,saya sering mempertikaikan jubah dipakai suami,bila dikenangkan saya terlalu mengikut hati muda,sepatutnya saya belajar memahami situasi suami ketika ini..tika ni,saya seakan redha dan menuruti kehendak madu,apa saja saya turuti,saya tak mahu dituduh hanya mahu mengambil seronok,sedangkan saya begitu menyayangi suami,saya datang ke rumah madu tiap kali dia tiada di rumah kerana bekerja.saya kemaskan rumahnya dan mengajar anak2nya dalam pelajaran..tapi peliknya semakin kuat saya mengambil hatinya,semakin kuat madu membenci saya,lantas saya dan suami mengambil keputusan untuk merahsiakan tiap kali pertemuan dan lebih kerap berbohong walaupun hakikatnya suami bertemu saya,madu dia sendiri,setiap hari bekerja saya akan membawa bekal dan kami akan bertemu tika tu,cuma nak berkongsi bersama,kalau jadi isteri tu biar la sepenuh hati,saya lihat dan bertanya dalam hati kenapa suami mengambil saya untuk dijadikan isteri,suami kata dia sangat menyayangi saya dan isteri pertama tidak ada cacat celanya,tapi dalam perhatian saya,madu saya seorang yang pemalas,bilik tidurnya sangat susah saya nak gambarkan,tak terurus langsung,masakkannya sekadar ala kadar,pernah satu ketika sedang saya masak di rumahnya,didapati bahan untuk di masak tidak lengkap.saya call dan tanya di mana dia letak bahan masakkan tu,senang dia menjawab,orang kalau pandai masak,tak perlukan semua tu,dalam hati saya dapat rasakan,dia sangka dia masak selama ni sedap..kesian suami saya,tengah malam cari makan kat rumah saya,walaupun suami tak pernah cerita apa2..tapi saya dapat rasakan suami tak menyenangi,madu saya seorang kaki bisnes..sering keluar rumah dan sibuk dengan kawan2 sekerja,bukan niat saya untuk berkata saya bagus,saya jugak mengambil peluang dan tingkatkan usaha terus mengambil hati suami,saya pastikan rumah,bilik serta segalanya nampak sempurna di mata suami..jika kamu isteri kedua,kamu kena banyak bersabar,jangan sesekali kurang ajar atau tinggi suara dengan madu,turuti kehendak dia..terus menerus mengambil hati suami,bila suami ada,urutkan badan suami,mandi bersama dan selalu bermanja dengan suami tapi awas..jangan mengada2..suami tak akan suka..kamu juga kena pandai buat lawak..atau paling tidak pun..suami selalu ketawa dengan tiap kata2 yang kamu keluarkan,uruskan anak dengan sempurna,jadilah seorang isteri yang boleh berdikari,jangan susahkan suami dengan perkara2 yang remeh..dengar la kata2 saya,suami akan sentiasa ingin bersama kamu,bila kamu tiada di sisi,suami akan sentiasa merindui kamu dan selalu ingin bersama kamu..kepada isteri pertama..saya mohon maaf,saya sedar golongan seperti saya sangat dipandang serong oleh masyarakat,saya minta maaf,tapi sukar dikatakan..saya sudah mengelak dari membina hidup dengan suami orang,memohon allah tunjukkan jalannya dan kini allah jodohi saya dengan suami orang,saya akui saya bahagia walaupun saya tak sepenuhnya punyai suami seperti orang lain..maafkan saya..dan seandainya saya tidak akan masuk syurga seperti madu saya kata..saya mohon..allah ampuni la dosa saya kerana menikahi suami orang,maafkan saya..

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

kerenah tu sama jer, baik yang 1, yang 2 mau pun yang ke-3, cuma yang membezakan kerenahnya latarbelakang dan taraf pendidikan jer. Poligami bagi saya adalah suatu anugerah & program hidup secara peribadi dari Allah kepada saya kerana saya berpoligami bukan atas dasar sengaja atau berseronok2... nak citer dalam forum ni panjang, so dalil & bukti kepada saya dari Allah bahawa, jodoh itu adalah ketentuanNYA.

so far saya dah berpoligami selama lebih kurang 6 tahun.

program ngan isteri2 sangat penting bagi saya menilai tahap jiwa masing2 termasuk jiwa saya. Jadi, dalam sebulan tu seminggu sekali kami cuba buat program bersama2 dan setiap hari raya ereka semua akan saya kumpulkan di rumah Ibu saya... saya sangat2 bersyukur kerana Allah memberi suatu program sebegini kepada saya. walaubagaimanapun, ujian dari Allah utuk menguji hambanya tetap akan ada, so sabar jer la... huhuhuhhuu.....

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

If i NOT miss taken, rasa2nya hampir kesemua mereka berpoligami termasuklah mereka2 yang menjejaki sahabat nabi saw. saya tiada fakta yang tepat laa...

bagi mereka yang berusaha menjadi hamba Allah dengan menjadi agama itu sbg maksud hidup pada kebiasaannya mereka berpoligami. mereka belajar mengasihi ummat dengan anak2 dan isteri2 mereka terlebih dahulu. bila berpoligami, mereka dapat belajar menghadapi berbagai masalah & ragam manusia, maka bila mereka berdakwah, jiwa sudah tersedia untuk menghadapinya... wallahualam.

Ingat pada payung MAS tak ? seperti yang saya katakan, terlalu besar anugerah Allah terhadap kehidupan sebegini seandainya kita mengetahuinya. Maka kepada wanita2 dan isteri2 di luar sana, janganlah takut berpoligami keran itu akan mendekat kita kepada Allah dengan lebih mudah dengan jiwa dan perasaan tatkala mengadu padaNYA diDINIHARI.

Ramai juga wanita2 di luar sana berpoligami secara haram... macam mana tu. suami makan luar ler tetapi isteri tak tahu. tetapi yang jadi mangsa, wanita juga... maka, sama2lah kita fikir2kan...

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Setiap orang masuk syurga dengan rahmat dan kasih sayang Allah berserta amal baik yang dilakukan semasa di dunia. Tidak ada seorang manusia berhak menentukan kemana kita ditempatkan di akhirat nanti,di syurga atau di neraka. Maka teruskan lah usaha baik 'aku wanita' untuk meraih gelaran isteri solehah. Tinggi pelajaran agama, berpelajaran tidak menjamin akan menjadi isteri solehah dan berakhlak mulia. Biarlah kita yang sedikit ilmu agamanya,tetapi mengamalkan adalah lebih baik dan terus berusaha meningkat iman dan taqwa kepada Allah SWT.

Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
Penal Utama Baitul Muslim


;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Bermadu, perkataan yang manis di mulut namun pedih di hati. Hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja tahu kesukaran yang perlu dihadapi.

Ditanya pada setiap wanita pasti tidak mahu dan seboleh-bolehnya mengelak daripada berada dalam situasi tersebut.

Tidak kira sama ada menjadi isteri tua mahupun isteri muda. Kedua-duanya pasti akan merasai pahit dan maungnya bermadu.

Namun sebagai makhluk Tuhan, siapalah kita untuk menolak takdir Maha Pencipta, menepis qada dan qadar yang telah tertulis.

Walaupun cuba dielak dan ditepis, jika itulah takdirnya maka harus didepani dengan reda. Mungkin setiap yang berlaku pasti ada sebab dan musabab yang terselindung oleh-Nya kepada kita.

Menurut Perunding Motivasi Kaunseling, Hushim Salleh, wanita bermadu perlu mempunyai kekuatan yang tersendiri terutama bagi yang bergelar isteri muda.

"Wanita yang mengambil keputusan untuk menjadi isteri muda perlu mempunyai jati diri yang kuat serta sabar dalam menangani dugaan hidup.

"Hal ini penting dalam menangani suasana kehidupan yang normal seperti orang lain,'' ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Bagaimanapun, semua tohmahan dan cemuhan itu tidak akan berlaku sekiranya suami boleh mengatasi permasalahan ini dengan aman tanpa menyakitkan hati di kedua-dua belah pihak.

Tegasnya, bagi mewujudkan perkahwinan yang bahagia biarpun hidup berpoligami, setiap isteri perlulah saling faham memahami dan hormat menghormati di antara satu sama lain.

"Bagi isteri tua, dia perlu bersabar biarpun hatinya remuk ekoran suaminya memiliki insan lain. Kesabaran adalah penting meneruskan hubungan rumah tangga.

"Sementara isteri muda pula perlu kuat dalam menghadapi dugaan hidup selepas memilih untuk meneruskan hubungan walaupun mengetahui lelaki tersebut sudah beristeri," katanya.

Selain itu katanya, sebagai isteri kedua, perlulah membuatkan hati sentiasa sibuk. Jika ia dibiarkan kosong nanti yang duduk di dalamnya adalah iblis.

Sebenarnya, wanita kini sukakan lelaki yang matang dan sudah pasti ciri-ciri itu hanya ada pada lelaki yang berusia dan berpengalaman dalam rumah tangga.

Namun, faktor utama mengapa wanita sanggup menjadi isteri kedua adalah kerana kesunyian, kesepian dan juga faktor usia yang semakin matang.

Akuinya lagi, tidak salah bergelar isteri muda asalkan pandai membawa diri.

Dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan dalam firmannya yang bermaksud: 'Kahwinlah kamu dengan perempuan baik bagi kamu, dua, tiga atau empat. Sekiranya kamu khuatir tidak dapat berlaku adil (terhadap mereka) cukuplah satu sahaja'- Surah al-Nisa':3.

Berdasarkan pengertian ayat ini menunjukkan bahawa amalan bermadu merupakan satu cara hidup berumah tangga berasaskan landasan syariat yang menghendaki agar sentiasa wujud keharmonian hidup dalam keluarga.

Namun harus diingatkan, biarpun bergelar isteri kedua atau ketiga dan keempat, hak sebagai isteri tetap sama.

"Islam tidak membezakan isteri pertama, kedua atau sebagainya. Selagi dia bernikah secara sah, hak kesemua isteri adalah sama.

"Tidak ada bezanya, hak mereka juga sama. Cuma yang berbeza adalah status seseorang wanita itu selepas diijabkabulkan.

"Jika anak dara haknya lain manakala seorang janda haknya juga berbeza.

Bagaimanapun hak di sini bermakna bilangan hari selepas diijabkabul. Jika yang dikahwini itu adalah seorang dara maka bilangan hari bersama suami adalah tujuh hari berbanding pula status janda bilangan hari bersama suami adalah tiga hari,'' jelasnya.

Namun dari segi tanggungjawab dan sebagainya, kata Hushim, hak isteri tetap sama .

Dalam mengamalkan permasalahan poligami, suami pula harus memainkan peranan seadil-adilnya terhadap kedua-dua isteri.

"Kecacatan poligami sebenarnya bukan dari segi prinsip tetapi lebih kepada perlaksanaan yang menyimpang daripada syariat .

"Ini terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu mempunyai masalah rumah tangga adalah kaum Hawa, ini secara langsung membuktikan bahawa krisis rumah tangga berpunca daripada kelalaian kaum Adam,'' jelasnya lagi.

Secara fitrah dan nalurinya, emosi isteri pertama sudah tentu akan terganggu akibat daripada berbahagi kasih.

"Oleh itu, peranan suami amat penting dalam membahagikan kasih sayang dan juga menjalankan tanggungjawab,'' katanya serius.

Jelasnya, dalam menjalani cabaran kehidupan wanita yang bergelar isteri muda haruslah tabah mengharunginya.

"Lupakan kesedihan dengan banyak mengingati anugerah Allah yang dikurniakan kepada diri,'' ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, nikmat Allah bukan sekadar harta semata-mata tetapi juga kebahagiaan dalam kehidupan seharian.

"Atasilah masalah hati dengan membuat aktiviti-aktiviti supaya sentiasa sibuk.

"Jika hati disakiti, carilah tempat selamat. Sibukkan diri dengan memanfaatkan setiap detik yang berlalu agar ia membuahkan pahala,'' terangnya lagi.

Bagaimanapun jelasnya lagi, kebahagiaan rumah tangga itu bermula daripada hati dan juga tubuh badan yang sihat.

"Jika hati sakit pastinya boleh menjejaskan kesihatan jasmani juga, hiduplah dengan dengan aktiviti yang bermanfaat .

"Selain itu, tanamkan azam di dalam diri untuk atasi segala dugaan dan bersyukur apa yang ada, malah jalan yang paling penting mohon pada Yang Maha Esa supaya merestui perkahwinan itu ke jalan bahagia,'' katanya.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

terima kasih ummi..sejuk hati saya membacanya..tapi sebut pasal hak..walaupun saya adalah isteri kedua,saya tak akan mendapat hak tu,kerana isteri pertama yang memegangnya,malah suami terlalu menjaga hati madu saya,jika saya call dia,dia cepat2 kirimkan sms beritahu"akak ada ni,nanti abg call semula"dulu saya selalu rasa kecil hati,sebab saya juga adalah isteri dia,kalau suami tidur dengan saya dulu,ada saja gangguan madu,beri sms,buat panggilan,hingga pernah menyuruh suami balik segera seawal jam 4.30 pagi,tapi lama2 saya faham suami tersepit..sejak tu..saya mengalah,saya izinkan dan membenarkan suami berbuat apa pun demi menjaga hati isteri pertama,saya tidak lagi mendapat giliran bermalam seperti orang lain,saya redha,madu pula tak habis2 bercerita tentang hukum allah pada saya,tentang suaminya yang tidak berlaku adil,adakalanya saya tertanya sendiri,sehingga hati saya turut memberontak mempersoalkan apa yang dia cuba mengajar saya.saya tahu apa yang saya lakukan hanya di pandang hina,pendek kata,akhirnya saya juga yang akan di persalahkan..akhirnya kini suami saya kerap menipu dia,kalau berterus terang,mereka akan bergaduh besar..sehingga setiap sms saya suami akan segera padamkan,apa saja yang boleh dijadikan bahan untuk bergaduh..kini..saya lebih banyak mengabiskan masa dengan allah,saya tahu suami bukan hak milik mutlak saya,tapi sebagai seorang wanita dan isteri kepadanya..saya begitu merindui suami saya sendiri,saya begitu teringin menjalani kehidupan seperti orang lain,bersia2..berbual bersama2,tengok tv bersama2 dengan anak kita yang semakin hari semakin membesar,minggu lepas sewaktu saya pulang ke kampung,anak sepupu bertanyakan tentang ayahnya pada makcik saya,anak saya dan makcik saya sebaya..cuma beza 2 bulan..emm..anak saya tak pernah bertanya ke mana ayah dia pergi,saya rasakan dia begitu terbiasa dengan saya..hanya kami berdua di dalam rumah..pada dia saya lah ibu dan juga ayah,namun bangga saya katakan saya bahagia sangat kerana allah menjodohkan saya dengan suami saya sekarang ni,saya bersyukur teramat saya diberikan jodoh dengannya..suami saya terlalu sempurna cipta allah,dia memahami kesunyian saya dan saya tahu dia berusaha menyatukan hati kami..pada semua yang membaca..doakanlah saya..doakan saya,suami dan madu..semoga satu hari nanti,kami akan hidup berkeluarga seperti orang lain..biar pun lama..saya tetap tunggu waktu itu..

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Sudah beruntung memiliki suami yang penyayang. Apa lagi cita-cita seorang isteri? Jika ada pihak lain yang menyusahkan anggap itu sebagai dugaan dan ujian sahaja yang tidak memberikan kesan dalam kasih sayang suami isteri, walaupun pihak yang meyusahkan itu madu sendiri. Biarkan dia dengan sikapnya, kita bersabar, serahkan urusan itu kepada Allah. jadikan Allah sebagai tempat untuk mengadu.

Kita mana mampu untuk memuaskan hati semua orang. Cukuplah puan sudah memiliki suami yang menyayangi puan. Puan akan bahagia dengan kasih sayang suami ini. Yang penting sekarang , puan menjaga kasih sayang dan kepercayaan suami ini dengan sebaiknya. Jangan bosan dan putus asa dari rahmat Allah. Ada ganjaran disebalik semua ujian dan dugaan ini. Jadikan sabar puan berhadapan dengan karenah madu itu sebagai ibadah. Untung dapat suami yang sentiasa berusaha untuk mencari kekuatan diri dengan setiap minggu beriktikaf di masjid. Puan bantu lah suami dan jadilah isteri yang menyenangkan hatinya.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Wahai Bulan berbicara, anda tidak sepatutnya berkata begitu , seakan mahu mencerai beraikan orang lain. Jangan samakan masalah dalam rumahtangga anda dengan rumah tangga orang lain. Kata-kata anda seseolah menapikan poligami yang terdapat didalam syariat Islam.

Apakah salah seorang isteri merindui suaminya sendiri? Kelemahan di dalam pelaksanaan adil di dalam rumah tangga bukan menjadi sebab mereka perlu berpisah. Perkara itu boleh di atasi dengan bersabar, bertolak ansur dan beralah. Walaupun suami masih sukar untuk berlaku adil, sekurang-kurangnya isteri Masih ada tempat untuk mengadu, dibanding jika tidak mempunyai suami.

Bukan mudah mencari pengganti, dan perlu ingat jika di dalam rancangan Allah sejak azali (Loh Mahfuzh) mereka telah ditetapkan untuk berpoligami, apa hak kita untuk menyuruh mereka bercerai pula?

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Sepatutnya jika telah menyedari suami anda terlalu baik, maka bantu dia untuk menuju ke syurga dengan jalan yang Allah redha. Berpoligami adalah salah satu jalan yang Allah redha, jadi mengapa dihalang suami yang baik untuk berbuat lebih banyak kebajikan. Tetapi apabila puan menghalang suami untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya, di manakah jalannya suami akan ke syurga? Puan telah menyekat peluang suami ke syurga dengan menghalang suami bertindak adil terhadap isteri-isterinya.

Hati manusia dipenuhi dengan ruang-ruang untuk berkasih sayang. Seorang lelaki berhak untuk mendapat limpahan kasih sayang dari 4 orang isterinya, dari ibunya, dari kakak-kakaknya, dari neneknya, dan dari anak-anak perempuannya. Adakah jika ruang-ruang kasih sayang ini terisi,akan menyebabkan kekuranga kasih sayang dipihak lain? Hati yang dipenuhi kasih sayang bukan macam kek, bila ada ramai orang kita kena kecikkan bahagian kita. Hati berbeza, ruang kasih sayang itu makin bertambah tanpa mengurangi kasih sayang yang sedia ada.

Semua isteri berhak untuk bermanja dan berkasih sayang dengan suaminya, termasuk puan.Maka berilah peluang itu juga kepada madu puan untuk merasai nikmat berkasih sayang dan bermanja dengan suami sendiri.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

ummi..ummi tak memahami perasaan saya,saya sudah 17 tahun hidup bersama.sebantal..tidak ke memahami perasaan saya yang akan ditinggalkan sementara suami ke rumah madu..saya tidak kurang untuk suami,saya bertarung nyawa melahirkan 8 orang anak dia,saya juga punya rupa cuma usia memakan semua tu,apa lagi yang kurang,sedangkan saya juga berkerjaya..lebih dari madu saya sendiri,segalanya dah musnah kini,semakin saya jejak ke masjid,saya dapati madu merosak segalanya,dia menghancurkan dan melukakan hati saya sendiri,kaum sewanita seperti dia,tak tahu la kenapa,dalam diam saya sedar saya sering melukakan hati madu muda saya,saya cemburukan dia sehingga hal dalam kain,saya tahu dia menangis dan tidak sekuat saya,saya tahu kelemahan dia tentang itu,kata orang berat mata memandang,berat lagi bahu saya yang memikul..saya tahu suami kuat termenung dan kadang kala saya rasakan hanya zahir dia bersama saya tapi hati dan fikiran melayang pada si madu,saya nampak semua tu,suami sengaja mengabiskan masa di ruang rehat rumah kami,buka radio kuat2,tapi dalam masa yang sama saya tahu dia hubungi madu waktu tu,dia sanggup panaskan enjin kereta tengah malam,dan saya tahu dia hubungi madu saya,saya tahu suami terseksa dan merindui madu saya..tapi tidak kah dia tahu yang hati saya lagi terseksa di atas perbuatan mereka..saya sering menemui sms suami pada si madu,"walaupun abg tidak di sisi ayang,tapi abg sentiasa merindui ayang" saya sedar madu ikhlas bersama suami saya,dia tidak memandang harta,tapi kenapa perlu dia memilih suami saya,adakalanya tiap kali memandang wajah dia didepan mata,lidah saya jadi kelu,sekeras hati saya,saya begitu mengasihani madu saya,mungkin..seberapa lama pun,saya sendiri tak pasti bila hati saya akan sembuh dan tak pasti sama ada akan menerima madu atau sebaliknya,biarlah masa yang menentukan semuanya..

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Puan, bukan saya tidak memahami hati puan, saya selami dan saya letakkan diri saya pada kedudukan puan. Namun jika kita tidak berusaha untuk redha dengan apa yang telah Allah tetapkan selagi itulah puan tidak akan tenang.

Suami bersama puan pun , puan tidak beroleh ketenangan sebab suami asyik teringatkan isterinya, tapi cuba jika puan benarkan, bahagikan selang malam antara puan dengan madu, pasti keadaan suami akan berubah. Bila bersama puan, sepenuh hatinya bersama puan, tidak lagi dia terpaksa berpura-pura yang mana tindakan nya menyakitkan hati puan sendiri.

Maka baik puan bantu suami untuk membahagi malam dan masanya antara bersama puan dan madu puan. Saya kira, jika puan membantu suami untuk berlaku adil, suami akan menghargai dan akan lebih mengasihi puan. Puan cinta pertamanya.

Mahukah puan jika mati tidak dalam redha suami, kerana tidak membantu suami berlaku adil terhadap isteri-isterinya? Apa lagi cita-cita kita selama hidup ini selain mati dalam di dalam redha suami. Bagi saya, cita-cita saya telah tercapai apabila suami sering mengungkap " abang redha sayang menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak abang". Ungkapan ini yang kita mahu sebab janji Allah benar, isteri yang mati di dalam redha suami,pasti juga dalam redha Allah, dan pasti boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang diingini. Apa yang kita perlu tamakkan lagi? Berusahalah untuk bersihkan hati dari godaan syaitan...

Saya tahu,puan berhati mulia sebenarnya, tapi syaitan yang membina hijab untuk puan melihat cahaya yang terang ...

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

assalamualaikum Puan bulan berbicara, moga puan sentiasa dalam lindungan Allah & menerima cahaya hidayah dariNya sentiasa aamiin

Apa yang kak long perhatikan dari luahan puan menunjukkan puan begitu bertuah kerana di kelilingi oleh orang yang baik2...suami yang baik, anak yang baik & madu yang baik (kerana anak puan pun boleh selesa untuk mengadu masalahnya kepada madu puan)...puan patut banyak bersyukur dengan kurniaan ini semua...bukan semua orang mendapat seperti yang puan dapat ni..maka jangan sia2kan peluang ini dengan puan melayan perasaan marah puan tu...takut nanti puan akan hilang semua ini disebabkan tindakan puan sendiri yang menurut rasa amarah tersebut...

Puan perlu redha...itu saja yang boleh menyenangkan hati puan...berbaik dengan semua adalah jalan terbaik..elakkan pergaduhan dan marah. sebenarnya puan marahkan siapa? cuba puan tanya diri sendiri? puan marahkan suami yang kawin lain? puan marahkan madu yang berkahwin dengan suami puan? puan marahkan anak yang mengadu masalah dengan madu puan? atau sebenarnya puan marahkan Allah kerana menentukan semua ini berlaku kepada puan?

Rasulullah saw. pernah bersabda: "Sunguh, besarnya pahala adalah setimpal dengan besarnya cobaan ; Dan sungguh, Allah Ta'ala apabila mencintai suatu kaum, diuji-Nya mereka itu dengan cobaan. Untuk itu, barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan dari Allah , sedang barangsiapa yang marah maka baginya kemarahan dari Allah" . (HR. Tirmidzi).

Puan patut gembira bila anak puan mengadu masalahnya kepada madu puan...jika anak puan pergi ketempat yang tak sepatutnya adakah puan akan suka macam tu?

Fikir2kan lah puan sebelum terlambat.....sebelum puan kehilangan semua ini....sebelum Allah tarik semua nikmat ini kepada puan....

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

semakin saya kesorangan menghadapi dugaan allah,semakin saya memahami tentang penderitaan madu saya sendiri,melihat pada keadaan "bulan berbicara" saya terasa begitu la sikap madu saya,isteri pertama suami saya..saya sedar tentang kesilapan terbesar yang pernah saya lakukan iaitu bernikah dengan suami orang,sedangkan ketika ini saya masih melayani perasaan sendiri,panggilan dibuat untuk menghubungi suami langsung tidak diangkat dari tadi,saya tahu saya insan lemah,tidak sekuat insan lain yang bermadu,tapi allah memilih saya untuk melaluinya,ketika ini,saya tidak memikirkan apa2..cuma terasa kenapa saya perlu sia2kan kehidupan yang sementara waktu ni..tak pasti apa sebenarnya yang saya cari selama ni..semakin hari..semakin kuat saya diuji..rakan2 lelaki cuba mendekati saya,saya malu,bukankah saya adalah isteri orang? walaupun saya adalah isteri kedua,usah cerita tentang panggilan dan sms bertanya kabar..cuma kenapa bukan suami saya sendiri yang melakukannya..cuma pagi2 tadi suami sms beritahu sepanjang hari ni dia ditemani madu saya,saya sedar madu bagaikan mengikat kaki suami..ya allah seberapa lama harus saya menjalaninya..berdosakah saya menjalani hidup sebegini? berdosakah suami saya? saya benar2 buntu..

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

salam sumer...

Buatla apa pun asalkan mendapat keredhaan Allah SWT. Walaubagaimanapun, jangan sesekali meminta cerai dari suami kerani itu mengakibatkan goncangnya tiang arsy Allah... Syaitan akan mendapat pangkat besar bila dia mampu menjadi asbab kepada keruntuhan sesuatu rumahtangga itu. Syaitan tidak akan berputus asa untuk menjadikan POLIGAMI itu sesuatu yang mengerikan dikalangan wanita, tetapi seperti saya katakan sebelum ini, andai kita mahu mendekatkan diri kepada Allah, ini adalah suatu jalan yang CUKUP mudah kerana hari yang pilu sahaja yang mampu mendekatkan iman & amal kepada ALLAH dengan penuh ketaatan, kejujuran, keredhaan & keikhlasan demi mencari redha Allah. Hal suami / hal madu, jangan bimbang kerana hati2 mereka di tangan Allah. kita yang perlu sering berdoa & bermunajat & mengadu kepada Allah semoga Allah memberi taufik hidayahNYA. Apakah bukti seorang isteri itu menjadi hamba Allah ? syariat buktinya, belajar2lah menjadi hamba suami dulu. Kalau kita hamba, bolehkah kita mengikut kehendak diri atau kehendak TUAN kita ? Ini saya ambil dari sepotong hadis yang pernah saya dengar, "andai dibolehkan manusia sujud sesama manusia, akan ku suruh isteri sujud kepada suami, " Wallahualam...

Yang penting, bila kita ada suami, segala amal ibadat kita mudah untuk kepada Allah, kalau kita kesaorangan, malam akan merunsingkan kita. Percayalah. dah banyak saya dengar cerita penyesalan terhadap penCERAIan kerana terlalu mengikut perasaan...

Fikir2knlah...

Wassalammmm....

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Apa yang sangat diharapkan kepada sesiapa isteri-isteri yang telah bersuami dan berpoligami, apabila masalah datang melanda,mohon jangan mencari jalan penyelesaian secara mudah dengan menuntut perceraian. Walaupun halal tetapi Allah tidak suka.

Bersabar dan mengalah buat permulaan dan diiringi dengan munajat, doa serta zikurllah ,mohon kekuatan dari Allah agar mampu mneruskan hidup dan kehidupan ini di dalam redhaNYA. Sebarang masalah , kembalikan kepada Allah agar diberikan petunjuk untuk menyelesaikannya. Jangansekali-kali membuat keputusan yang terburu-buru, sebagai mana membuat keputusan untuk berkahiwn dahulu.

Kepada isteri-isteri pertama, berlapang dadalah, mohon petunjuk dari Allah, apakah perlakuan, penganiyaan terhadap suami dan madu itu mendatangkan ketenangan dan kebahagiaan didalam hidup puan-puan. Kasihanilah suami yang ingin berlaku adil terhadap isteri-isteri mereka.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

ADA ADANYA ADAPUN ADA IA

Ada insan lahir, gembira,
Ada insan lahir, berdukacita,
Ada insan lahir, berserah,
Ada insan kahwin, gembira,
Ada insan kahwin, berdukacita,
Ada insan kahwin, berserah,

Penyerahan total perkahwinan, pasrah,
Penyerahan total suatu kehidupan, ilalLah..
Ada dua jambatan diari kehidupan,
Ada jambatan kayu, reput dan punah,
Ada jambatan emas kukuh lagi berkilau,
Ada laluan yang baik di atasnya,
Ada laluan untuk ke suatu kota nan indah,
Adanya kota indah itu kekal dan abadi,
Adapun ia hanya untuk golongan kanan,
Adapun ia bukan untuk golongan kiri,
Ada ia selagi tak adu domba,
Ada ia jika hanya mengadu ke Maha Pencipta,
Rabbul Jalil beserta dengan Rahmat Redhanya..

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

suami yg nak kawen lagi jarang sekali boleh dengar pendapat2 bernas isteri dgn fikiran terbuka walau siap diberi dalil2 yg rasional beserta fakta. Dia akan anggap semua pandangan isteri sebagai usaha utk menggagalkan niat kudus mulus lagi murninya utk membela kaum wanita. Dia tetap nak kawen dan akan kawen juga walau berkajang dalil yg isterinya senaraikan.

Silap2 isteri pula yg dikatanya tak bersyukur dgn apa yg dah ada (walau bukan dia yg sediakan), tak redha dgn ketentuan Allah, tak simpati dgn wanita lain, tak berterima-kasih pada suami yg sudi mengambilnya sebagai isteri dan mcm2 lagi.

Bila dh kawen baru sedar ini tak cukup, itu tak cukup, maka sunnah hidup poligami pun entah ke mana, takat ikut sunnah nak kawen ramai saja yg mampu ikut. Pasal adil tak usah nak tanya lagi.

Kepala suami dah cukup pening, jgn ditanya itu ini lagi. Maka pandai2lah isteri nak cari bahagia sendiri. Bila isteri2 dah tension sgt, masuklah forum2 sebegini utk menguatkan semangat dan meluahkan rasa hati. Mana pergi sang suami?

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Bahagianya poligami itu bila isteri-isteri saling menghormati mengasihi dan menyayangi...
Yang tua ziarah yang muda..
Muda ziarah yang tua..
Hidup seperti adik beradik..
Kerukunan rumah tangga terjaga..
Subhanallah...
Aman dan tenang hidup sebegitu...
Hanya segelintir saja yang hidup tenang berpoligami..
Jadilah kita seperti itu andai kita terpilih untuk berpoligami

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Berat sebenarnya untuk memutuskan jadi isteri bukan pertama ni sebenarnya..
Banyak sangat perkara kena fikir..
Tiada siapa meminta untuk menjadi bukan pertama...
Saya percaya semua anak dara mahukan si teruna yang menikahinya..
Tetapi bukan semua yang dapat si teruna idaman si dara..
Kerana semuanya sudah tertulis...
Dan bukan semua isteri pertama bahagia dinikahi teruna..
Betul atau tidak???
Adakalanya menjadi bukan pertama itu yang bahagia buat dirinya..
Pertama,kedua,ketiga dan keempat bukan menjadi masalah sebenarnya..
Dengan siapa pun kita bernikah,nombor berapa pun kita dapat...
Redhalah..
Jadilah yang terbaik yang solehah yang taat buat suami kamu..
Hormati madu-madumu...
Kasihi anak-anakmu...
InsyaAllah...
Perbetul niat kita setiap saat..
Balik ke pangkal jalan andai sudah tersasar..

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

saya nak berkongsi cerita tentang apa yang telah berlaku pada hari ni..saya dan suami keluar makan bersama..saya rindukan saat ini..dan pastinya peluang sebegini tidak akan saya lepaskan..saya merindui suami saya sendiri..walaupun tidak berkata apa2 saya tahu suami juga merindui saya sebagai isteri keduanya..tak tahu kenapa ketika menulis cerita ni,saya menangis sendiri..saya rindukan suami saya sendiri..seperti biasa..suami pinta saya duduk disisinya..supaya saya tidak jauh dan begitu rapat dengannya,dia memesan makanan tetapi menyuruh saya yang menjamah makanan tu..dia mahu melihat saya makan katanya..tapi akhirnya kami berkongsi makan sepinggan..saya rindukan suami saya sendiri..rupanya..madu saya sedang pulang ke kampung kerana ada kenduri kecil..suami saya akan pulang kemudian setelah hantar anak ke asrama..tapi hakikatnya dia telah menemui saya sesudah menghantar anaknya..tak lama masa tu,hanya 45 minit saja..tapi rasanya terlalu banyak kenangan..dia sempat membelikan saya pakaian,kami nikmati buah tembikai bersama serta bergurau senda..tapi kini..saya sendiri semula,suami yang tadi ada di sisi telah meninggalkan saya seperti selalu..saya begitu merindui suami saya sendiri dan kini entah bila akan bertemu lagi..bertemu dengan suami sendiri..semoga allah kuatkan hati dan iman saya..biarlah saya beralah kerana memang sudah menjadi kesilapan saya sendiri..merindui suami yang telah menjadi kepunyaan orang..terima kasih ya allah di atas pertemuan ni..

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

suami2 yang susah nak berlaku adil adalah suami2 yang tersepit ditengah2 budaya hidup kita skrg ni. sibuk nak jaga hati isteri2, sibuk nak jaga mertua2, sibuk nak jaga hati orang tu, sibuk nak jaga hari orang ini, akhir2 hati sendiri tak terjaga maka TERjalilah perkara2 yang mengorbankan isteri & perasaan sendiri.

Kepada semua puan2 yang mempunyai masalah kehidupan berpoligami ini, berdoa]lah agar Allah mempercepatkan saya membuat Program/Bengkel KEHIDUPUAN BERPOLIGAMI agar lelaki2/ suami2 yang berpoligami dapat & mampu untuk menunaikan tanggungjawab serta mendidik isteri2 ke JLN ALLAH...

Saya mohon agar dimasukkan di dalam doa semua semoga hasrat mereka yang berpoligami ini mencapai kepada matlamatnya iaitu matlamat membimbing ummat kepada Allah...

Doakan lah yer...

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Kak long pun kenal sorang :
1) isteri pertama
2) isteri kedua
3) anak yang ayahnya poligami
4) wanita yang suaminya sekadar berfoya2 dgn wanita2 lain..bila disuruh kawin tak nak pun
5) lelaki yang isterinya ada hubungan dengan lelaki lain

Tapi bagi kak long semua terpulang kepada diri kita walau kat mana pun kita berada (semua watak tersebut adalah kisah benar). Tepuk dada tanya iman. Nilai diri kita sendiri dahulu. Adakah kita selalu nak memandang salah orang atau adakah kita nak cuba memperbetulkan diri sendiri & perbetulkan keadaan yang kita hadapi semampu kita. Tanya hati kita adakah kita bahagia jika berjaya membuat orang lain terseksa?

Bagi Kak long kita sebagai orang Islam jangan pernah ada putus asa untuk berusaha. Ingat!!! Kita hanya mampu berusaha SAHAJA..yang menentukan adalah Allah Yang Esa Yang Maha Kuasa. Jika kita yg diuji maka sabar dan teruskn berusaha.
Tak guna saling menunding jari kepada orang lain tapi diri sendiri tak cuba perbaiki dahulu.
Bagi Kak Long...biarkan la & maafkan la & doakan la kepada orang2 yang suka menyiksa hati kita asal kita tak menyiksa hati orang lain maka hati kita akan tenang. Yang penting dalam hidup ini adalah ketenangan diri dan hati.
Jangan kita salahkan orang lain atas apa yang berlaku kepada kita. Anggap la itu sebagai ujian buat kita dari Allah.
Dan kepada yang suka menyiksa orang lain tu..mudah2an dikurniakan hidayah oleh Nya.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Salam semua,

Maaf mencelah.... dah lama saya tak melontarkan pandangan. Anak sakit di hospital, semenjak hari Sabtu minggu lepas. Hari ni kena refer ke GH pula. Alhamdulillah.... saya punya madu2 yang memahami, anak kedua dijaga oleh isteri pertama. Setiap petang datang menjenguk kami di hospital.... bawakan makanan. Baru2 ni sebenarnya, kami ada berkrisis tapi bila anak sakit jadi ok pulak...itu hikmahnya. Masa kami ada salah faham tu... suami tak masuk campur and tak komen lebih walau pun 'tajuk' salah faham tu berpunca dari dia.

Maafkan saya, kalau pendapat saya ni melukakan sesiapa pun. Kepada isteri kedua, kena banyak bertahan dengan kerenah isteri pertama. Kalau dia tak redha, anda kena faham. Kalau dia marah.... tak perlu response, releks jer. Banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T. Kalau anda rasa susah, macam mana pulak kesusahan yang dia tanggung. Sabar...kata kuncinya. Saya pernah menempuh keadaan itu, masa di awal perkahwinan, suami pernah tak balik 6 minggu. Giliran antara isteri pertama:saya..... 5:2 hari. Keadaan ini berterusan dari tahun 2000 hingga 2004. Saya tidak merungut, semasa suami balik rumah saya, we had quality time, seronok juga. Yang tak seronoknya, bila kita tak redha, bila kita rasa kita dapat sikit/madu dapat banyak, madu lebih baik/lebih cantik/lebih pandai mengurus rumahtangga and etc. Kepada isteri2 kedua dan yang nak jadi isteri kedua, jalan yang anda pilih bukannya mudah.... jangan menyesal, tempuh saja dengan hati yang tabah. Kalau kita dapat menempuh/melawan perasaan kesal/marah.... percayalah ada rasa kemanisan yang sukar digambarkan dengan kata2 di penghujungnya.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

salam,

rasanya begitu banyak topik berkaitan poligami dalam halaqah.net ni. bagi persoalan di atas, bahagia/gembira/sedih/duka tu semua adalah menurut bagaimana anda menafsirkannya - istafti qalbak - mintalah pendapat dari hati kamu. sebagai wanita, semestinya kita punyai rasa cemburu, sedangkan 'Aisha r.a sendiri cemburu kepada Rasulallah SAW bilamana baginda bersama isteri yang lain, namun sebagai hamba Allah yang akur akan Dzat Allah yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik poligami ni, maka letakkanlah cemburu tu pada batas yang sepatutnya, tidak berlebih dan melampaui batas. sehebat mana suami anda, sama ada ulama ke, ahli perniagaan tersohor ke, bottom line is dia tetap manusia biasa yang punyai banyak kelemahan, dan sungguh benarlah firman Allah bilamana Dia mengatakan suami adalah pakaian isteri, dan isteri juga adalah pakaian suami - bayangkan apakah maksud yang Allah SWT nak sampaikan :

- pakaian adalah benda yang paling hampir dengan kita, di bawah pakaian tu is our bare skin, so spouse is close to you in that manner, emotionally and physically.
- pakaian melindungi kita dari luar, begitu juga pasangan suami isteri, husband is a maintainer for his wife and wife should take care of husband's home and property.
-pakaian mencantikkan kita, begitu juga isteri menghiasi hidup sang suami dan sebaliknya.
- pakaian membuatkan kita merasa selesa. bilamana pasangan berada di samping masing2, mereka merasakan sakeenah dan ketenangan terutamanya di saat salah seorang menghadapi masalah.
- pakaian menutupi tubuh kita dari aib, sebegitu juga suami dan isteri adalah penjaga rahsia sesama mereka.

if a woman accepts that and treats her husband and the other wife well, she will have the reward of al-muhsineen, as per He says:

“Verily, he who fears Allaah with obedience to Him (by abstaining from sins and evil deeds, and by performing righteous good deeds), and is patient, then surely, Allaah makes not the reward of the Muhsinoon (good‑doers) to be lost”
[Yusuf 12:90]

“And verily, Allaah is with the Muhsinoon (good-doers)”

[al-‘Ankabut 29:69]

women should follow the good example of the wives of the Muhammad SAW and his companions, who were patient and sought reward even though many of them felt jealous. If your husband goes ahead and takes a second/third/fourth wife then you have to be patient and content and treat him well so that you can attain the reward of the patient and the doers of good.

Note that this life is the life of trials and tests, and how quickly it ends. So congratulations to the one who is patient in obeying Allaah in this life until he attains eternal delight in the gardens of Paradise.

dan ingatlah juga firman Allah SWT :


Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?

[al-Rahmaan 55:60]

tapi baca balik thread ni, rupanya ramai juga halaqian yang berpoligami rupanya. betul kata lady morgana, setiap orang ada jalan ceritanya yang tersendiri. Allah susun cukup cantik untuk kita semua sebenarnya. untuk pengetahuan, saya merupakan isteri kedua kepada suami saya yang datang dari budaya/latar belakang yang sangat berbeza dengan kita. dan skarang ni saya menetap di Oman, bersama isteri pertama dan anak2 tiri saya. mula2 sampai tu mashaAllah, memang tak boleh nak ikut rentakkeluarga ni, sebab adat mereka sama sekali berbeza dengan kita, kitanya dalam awal2 perkahwinan saya memang banyak stress lah. tapi lama kelamaan alhamdulillah, berkat doa keluarga dan sahabat handai, segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. pesan saya, perbanyakkan doa kepada Allah, disamping kita doakan juga sesama teman seperjuangan kita supaya istiqamah dalam perkara kebaikan dan mati dalam husnul khatimah. dan sentiasalah berbaik sangka (walaupun susah, kan?). memetik kata2 syeikh abdul bary yahya dalam satu khutbah yang saya dengar di youtube, dia kata solat dan sabar, kedua2nya adalah cahaya(light) - solat seumpama cahaya bulan (nur) - kerana ianya redup, sejuk dan menenangkan (masa kita solat, segalanya adalah seperti relax, dan tenteram, kan?) akan tetapi sabar adalah seumpama cahaya matahari (dhau') - kerana ianya terik, panas dan perit.(cuba kita di uji, perasaan rasa macam berkobar2, hangin satu macam, betul tak? ) ..hehe..

sekadar secebis pendapat. wallahu 'aalam

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Saya setuju sangat2 dengan kenyataan lady ini, betul tu. yang penting kita persiapkan diri kita sendiri untuk lebih maju kehadapan, tingkatkan ibadah kita, hormat suami mcm biasa, malah lebih lagi, sabar & terus sabar, itu kunci untuk kejayaan kita yang sebenarnya. kalau asyik duk fikir pasal orang lain, buat apa, buang masa & fikiran aje. yang lagi penting, buatlah apa yang ALLAH suka & suruhanNYA, tinggal apa yang DIA larang @ laranganNYA, insya allah bahagia lah hidup kita....

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

InsyaAllah kak long...itulah yang saya buat sekarang nie...say beri lebih banyak kasih sayang kepada suami selepas apa yang dia dah buat pada saya..dan pulangannya, Alhamdulillah...Allah itu Maha Besar....saya dapat apa yang saya berikan itu berlipat kali ganda...MasyaAllah....syukur Alhamdulillah...

Saya rasa amat seronok sekarang nie, sebab seolah2 saya dah menjadi manusia yang sempurna...saya menjadi seorang wanita yang telah berikan segala2nya pada suami....saya dah lahirkan anak2 dengan penuh kasih sayang, saya dah berikan kasih sayang saya kepada ibubapa sendiri dan mertua...dan saya juga telah redha suami kawin lagi (akhirnya...)..so, apa lagi yang suami saya nak dari saya? semua saya dah berikan pada dia.....
jadi, tak ada sebab dia nak menyakiti hati saya lagi....malah, saya rasa dia yang sekarang nie lebih berusaha untuk menyayangi dan membuktikan kasih sayang dia pula kepada saya....

Cuma satu ajer yang saya belum buat sekarang nie, bersemuka dan berbaik2 dengan madu...saya rasa biar dululah...saya perlu hormat dan jaga emosi dan perasaan saya sendiri....saya boleh kompromi kalau orang lain hatta suami saya sendiri tak boleh jaga hati dan perasaan ini...tapi, soal hati saya, saya perlu beri keutamaan...yang ini, no kompromi at all....saya rasa tak perlu ada sapa2 nak paksa saya untuk berbaik dengan yang satu lagi tu...biarlah masa yang menentukan...

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Benar ladymorgana, biar masa yang menetukan...jaga hati sendiri agar usaha yang kita lakukan untuk hidup bahagia dan harmoni tercapai dan mendapat redha Allah. ikuti kisah arwah mak saya ini...sebagai teladan.

Kisah mak saya, masa pergi menunaikan umrah, ada nenek saudara saya yang tinggal di Makkah bertanya " Maliah, engkau bermadu, pernah kah kau jumpa madu kau?, jumpalah dia..." Itu nasihat nenek kepada mak.

Bila mak saya balik umrah, madu datang ke rumah hulur tangan bersalam, mak saya sambut. Madu selalu datang rumah mak, tolong buat kerja bila ada kenduri kendara. Mak cuma tidak pernah memulakan perbualan, tetapi mak berbual dengan madunya. Mak tak benci madu. Cuma satu je, mak tak sempat nak pergi ziarah ke rumah madu sebab keuzuran diri.

6 bulan selepas balik umrah, mak meninggal dalam husnol khatimah, wajahnya putih bersih tersenyum, dengan kematian yang paling mudah dalam alunan zikrullah. Ayah redha dengan mak sebab mak tidak marah ayah berpoligami. Ayah berpoligami dengan cara yang baik, dengan iringan restu mak dan anak-anak. Jadi kami semua hidup dalam harmoni.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

dan satu lagi yang saya nak share kat sini....kenapa saya rasa macam suami saya sayang lebih kat saya lagi berbanding dengan yang satu lagi tu? ker saya ajer yang terperasan....hehehehhe

so, isteri kedua semua...anda boleh rasa ker yang suami sayang saper lebih...?

bersyukurlah kerana puan telah dapat merasakan suami puan lebih menyayangi puan; tapi sebenarnya yang lebih penting ialah, tidak perlu sebenarnya membanding sesama madu, siapa suami sayang lebih. Dan yang laaagi penting ialah, sayangilah suami puan sepenuh hati, sesungguhnya, suami puan juga akan terus menyenangi puan.. ins

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Salam.
Perasaan adalah sesuatu yang dirasa oleh tuan punya hati, dan tidak diketahui oleh sesiapa yang lain. Kita tidak menjadi tenang hanya dengan berkata hati kita tenang. Kita tidak menjadi derita hanya dengan sebab kita kata kita derita. Allah Taala tidak memberikan sebarang kemampuan kepada manusia untuk melihat apa yang dirasai oleh manusia lain.

Allah Taala melarang manusia dari berburuk sangka sesama sendiri seperti dalam surah Al-Hujuraat ayat 12.

Perasaan itu adalah 100% anugerah dari Allah Taala. Ketenangan hati juga ialah anugerah dari NYA. Perasaan isteri seperti disayangi oleh suami, perasaan suami seperti disayangi oleh isteri-isteri, yang membawa kepada kepuasan pada hati juga adalah anugerah dari NYA.

Kita seharusnya immune dengan sebarang perbuatan manusia lain, yang tidak menambah sebarang pahala atau dosa kepada kita, atau mengangkat atau menurunkan martabat kita di sisi Allah Taala. Manusia lain tiada sebarang keupayaan untuk 'mengarahkan' hati kita samada untuk jadi sedih atau gembira. We decide ourselves, samada untuk berbahagia atau derita dengan apa yang ada di sekeliling kita.

Tiada siapa boleh mengubah apa yang dirasa dalam hati, kecuali ianya diubah sendiri oleh tuan punya hati. Rasa bersyukur dengan apa yang ada adalah satu cara yang sangat efektif untuk mendatangkan ketenangan pada hati.

Wallaahu a'lam.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Alhamdulillah.

Salam.
Saya hanya sekadar memberikan pandangan saya dari perspektif seorang suami yang telah dianugerahkan oleh Allah Taala dengan beberapa orang isteri.

Bahagia atau tidak seseorang isteri itu TIDAK bergantung kepada berapa ramai isteri yang ada pada seorang suami. Malah, ada keluarga monogami tidak sebahagia mana pun. Pada pandangan saya, ketidak bahagiaan itu didatangkan oleh ketidak cukupan perkara-perkara yang 'dimahukan', sedangkan perkara-perkara yang 'diperlukan' sudah lebih dari mencukupi. 'Kemahuan' dan 'keperluan' adalah dua benda yang sangat berbeza. Isteri raja yang cukup segala keperluan, pun marah bila raja berpoligami.

Wallaahu a'lam.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

salam semua,

apakhabar isteri2 yang bermadu? semoga cekal, tabah dan kuat menghadapi dugaan hidup bermadu nie...tak kisahlah isteri nomboe berapa sekalipun, yang penting kita sedar siapa diri kita...apa tujuan kita hidup di dunia ini...dan jadilah diri kita yang sebenar2nya...tak perlu hidup berdasarkan tanggapan orang lain kepada kita dan tak perlulah nak menunjuk2 pada semua orang yang kita ini isteri yang baik.... bagi saya cukup dengan hanya menjadi isteri yang taat pada suami, secara tak langsung, semua kebaikan itu akan terserlah dengan sendirinya....

so, rasa2nya tak susah hidup bermadu nie sebenarnya.....jaga diri sendiri dan taat pada suami...itu saja...bila suami sayang pada kita, secara tak langsung, kasih sayang dari sumber lain (seperti ibubapa mertua dan ahli keluarga suami) akan menyayangi kita juga...

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Dengan poligami juga sebenarnya kita boleh berdakwah...
Kerana bila orang tengok pasangan poligami itu bahagia dan tenang kehidupannya..
Orang akan berkata bahagianya mereka..Itulah indahnya Islam..
Jika dilihat hanya segelintir sahaja pasangan poligami yang bahagia yang lain huru hara...
Saling menghormati,saling meredhai,saling berkasih sayang..
InsyaAllah semua orang akan bahagia..
Bersabarlah dalam menerima cemuhan orang kerana kita dimomokkan dengan bahana poligami..

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Salam.

Bukan menjadi tujuan saya untuk mengajak kaum lelaki supaya berpoligami, tetapi hanya sekadar memberikan sedikit pendapat mengenainya.

Isteri-isteri yang berumahtangga dalam suasana poligami seharusnya bersyukur kerana mereka ialah antara wanita-wanita yang telah terpilih untuk berada di tempat yang lebih tinggi dari perasaan cemburu yang tidak terkawal, perasaan cemburu yang berkemungkinan boleh menghancurkan rumahtangga, walaupun dalam sebuah rumahtangga monogami.

Jelingan suami ke arah gadis-gadis supermarket umpamanya, sudah cukup untuk menzahirkan rasa cemburu di kalangan isteri. Namun, limit teratas perasaan cemburu di kalangan isteri ialah apabila suami memutuskan untuk berpoligami. Apabila limit teratas ini sudah dapat dikawal dan diatasi, insiden-insiden kecil yang lazimnya menzahirkan perasaan cemburu di kalangan isteri ini sudah tiada apa-apa lagi, dan masing-masing suami dan isteri akan merasa lebih bebas bergerak tanpa dibimbangi dengan perasaan yang bukan-bukan.

Ada juga di kalangan isteri, kepada suami yang tidak pernah ada niat untuk berpoligami walaupun mereka mahu, telah sedia menyimpan segala ‘senjata’ untuk digunakan terhadap suami jika suami itu menyatakan hasrat untuk berpoligami. Antara senjata yang paling popular ialah ‘awak ceraikan saya dulu, kemudian kawinlah seberapa ramai yang awak nak’.

Tidak dinafikan ada suami yang ‘takutkan’ senjata sedemikian. Namun, samada suami tidak berpoligami disebabkan oleh ‘ugutan’ sedemikian atau dengan sebab-sebab yang lain, sedikitpun tidak mustahil untuk Allah Taala menyoal isteri itu di Mahsyar kelak; Mahsyar yang tiada sesiapapun yang akan terlepas dari melaluinya. Alangkah ruginya isteri-isteri yang menyimpan senjata sebegitu, walaupun tidak pernah perlu digunakan terhadap suami, kerana pengetahuan Allah Taala itu terlalu amat mendalam sehingga kesetiap sudut dalam lubuk hati setiap manusia.

Namun, bagi isteri-isteri yang berumahtangga dalam suasana poligami, kemusykilan-kemusykilan sedemikian boleh dikatakan sudah tidak perlu dirisaukan lagi….

Wallaahu a’lam.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Salam semua....

Ladymorgana.... ada suntikan baru selepas Maulidur Rasul nampaknya. Tahniah.

Memang benar, tidak susah hidup bermadu ni. Walau bagaimana pun.... selain jaga diri sendiri & taat kepada suami.....poligami akan lebih bermakna kalau kita dapat menerima serta menghormati madu/madu2 kita. Dalam poligami, markah lebih tentu diperolehi kalau boleh menerima madu kita dan melayan dia dengan baik.Kita menunjuk-nunjuk kebaikan diri sendiri atau pun tidak, hanya diri kita saja yang tahu. Keikhlasan tu yang penting. Yang jadi hakimnya tentulah Allah S.W.T.

Kepada TokDdeka,

Sesungguhnya saya kagum dengan pendapat yang sangat2 bernas tu. Tentang 'senjata' yang dikatakan....pun memang betul, contohnya kami...ada beberapa keadaan ada antara isteri2nya yang dalam keadaan marah menyebut tentang 'talak'. Namun, Suami tidak pernah takut atau pun tunduk kerana baginya tiada kesalahan yang zahir&sahih yang dilakukannya untuk isterinya meminta cerai. Antara dialognya, "Pergilah buat aduan di Pejabat Agama". Akhirnya, tidak ada yang pergi... sebab memang tidak ada alasan yang munasabah untuk meminta cerai. Suami kami adalah orang yang sangat biasa i.e bukan lah kaya & bukan lah orang yang 'alim'. Tapi dia seorang yang sangat tegas dan tahu apa yang dilakukannya adil.

Saya bagi 1 contoh tentang kehidupan poligami kami. Semasa cuti Maulidur Rasul baru-baru ini, Suami membawa isteri Ketiga dan anak2nya (anak suami & anak2 arwah suaminya) bercuti ke Genting Highland. Permintaan datangnya dari isteri Ketiga, Suami menerima cadangan tersebut kerana sememangnya semenjak berkahwin pada tahun 2006, dia tidak pernah membawa isteri Ketiga & anak2nya bercuti.

Isteri Pertama & Saya. Cemburu? Rasanya tidak. Kami meminta izin dari Suami untuk bawa anak2 berjalan ke Cameron Highland. Diizinkan. Kami pergi lima beranak.... seronok juga. Saya selalu berdoa, agar keadaan ini berterusan sehingga ke akhir hayat.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

3. Cemburu (Al-Ghairah)
Cemburu ialah kebencian seseorang untuk disamai dengan orang lain dalam hak-haknya, dan itu merupakan salah satu akibat dari buah cinta. Maka tidak ada cemburu kecuali bagi orang yang mencintai. Dan cemburu itu ternasuk sifat yang baik dan bagian yang mulia, baik pada laki-laki atau wanita.

Ketika seorang wanita cemburu maka dia akan sangat marah ketika suaminya berniat kawin dan ini fitrah padanya. Sebab perempuan tidak akan menerima madunya karena kecemburuannya pada suami, dia senang bila diutamakan, sebab dia mencintai suaminya. Jika dia tidak mencintai suaminya, dia tidak akan peduli (lihat pada bab 1). Kita tekankan lagi disini bahwa seorang wanita akan menolak madunya, tetapi tidak boleh menolak hukum syar’i tentang bolehnya poligami. Penolakan wanita terhadap madunya karena gejolak kecemburuan, adapun penolakan dan pengingkaran terhadap hukum syar’i tidak akan terjadi kecuali karena kelalaian dan kesesatan.

Adapun wanita yang shalihah, dia akan menerima hukum-hukum syariat dengan tanpa ragu¬-ragu, dan dia yakin bahwa padanya ada semua kebaikan dan hikmah. Dia tetap memiliki kecemburuan terhadap suaminya serta ketidaksenangan terhadap madunya.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Salam.
Mustahil untuk Allah Taala menghalalkan sesuatu sekiranya apa yang dihalalkan NYA itu diketahui oleh NYA akan memudharatkan manusia yang dicipta NYA sendiri.

Pada saya, apa yang dikatakan sebagai 'PENDERITAAN' isteri dalam poligami itu kebanyakannya diceritakan oleh orang-orang yang tidak pernah melalui kehidupan berpoligami, cerita yang berasal dari 'snapshots' poligami yang dilihat oleh mereka.

Snapshots yang buruk itulah yang paling seronok untuk dipanjangkan oleh mereka, dan paling ramai orang-orang yang sangat berminat untuk menyebarkannya, dan paling senang juga mendapat perhatian orang-orang lain. Orang-orang ini lah pula yang akan menakut-nakutkan wanita lain dengan menceritakan pula betapa teruknya poligami itu.

Poligami harus dilihat secara 'END TO END', bermula dari pernikahan, sampailah ke Mahsyar; dan ditengah-tengahnya itu diisi dengan segala kebahagiaan, tanpa menafikan akan diselitkan juga dengan sedikit sebanyak kekecohan rumahtangga seperti yang lumrahnya terdapat dalam mana-mana rumahtangga, monogami atau poligami.

Wallaahu a'lam.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing