Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, March 7, 2010

dia menangis

Satu hari sedang aku mencuci pinggan mangkuk di sinki dapur, anak gadisku datang menghampiri. 
"Banyak cerita Along kat blog mama..." katanya ringkas.
"Juga cerita Nessa dan Hidayat." sambungnya lagi.
Aku buat tak kisah sahaja. Terus mencuci pinggan tetapi masih mendengar.  Tidak menangkap sebarang maksud. 
"...cerita Ain sikit je" suaranya jadi amat perlahan dan dia terus diam.  Mendengar irama suara yang berlagu, aku menoleh.  Kaget. Ada airmata bergenang di tubir matanya. 
Alamak, sensitif pula anak dara ni...
"Hmm, sama je. Bahkan cerita Ain yang pertama dalam list tu." Aku cuba menenangkan Ain. Terharu lalu kupeluk Ain erat dengan tangan yang masih lembab kebasahan. 
Sebenarnya sudah diketepikan koleksi catatan Ain sejak pandai menulis yang ditujukan untukku yang mengandungi pelbagai catatan dan hasil lukisannya. Ada catatan mohon maaf (sebab dah buat salah) dan ada catatan mengucapkan kasih sayangnya juga pelbagai ucapan lain. Semua kusimpan untuk kenang-kenangan. Ingin dirakamkan di blog ini supaya boleh dilihat-lihat lagi di masa akan datang.  Cumanya kesuntukan masa membuatkan koleksi itu tersadai di atas meja.

1 comment:

fzi said...

Salam Mazzuin...
Bila baca kisah ain ni, teringat perkara yang lebih kurang sama berlaku pada saya...memang...anak2 cepat sensitif kalau kita tanpa sengaja nampak lebih utamakan salah seorang dari mereka... Bagi kita takde apa2, tapi anak2 mungkin memendam rasa.. :)

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing