Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, February 24, 2010

sedutan Gapura (ms409)

Man Jai masuk dengan membawa jantung pisang dan pucuk paku lalu terus saja ke sinki meletak buah tangan dari kebun itu. Dia belum sedar ada mata asing sedang memerhatinya di meja selain Mak Mah dan Mak Jah. Man Jai terus membasuh tangan dan kemudian membasuh jantung pisang dan pucuk paku pula.
"Ustaz dah balik Mak Mah?" tanya Man Jai tanpa berpaling. Leka membasuh sayur.
"Belum lagi, kejap lagi balik la dia sebab nak rotan orang tu," jawab Mak Mah.
Mendengar jawapan yang pelik itu, Man Jai berpaling ke meja. Dia terpempan. Seorang gadis bertudung tersenyum manis tunduk memotong kobis di samping Mak Mah yang terus selamba memotong bawang, manakala Mak Jah pula tersenyum-senyum sedang menyiang ikan.
Man Jai termangu seketika lantas berpaling kembali membasuh jantung pisang yang telah pun dibasuhnya tadi. Dadanya berdebar secara tiba-tiba tidak tahu kenapa.  Riuh tadi mula hening senyap.
"Man...ini Mak Mah nak kenalkan. Budak ni namanya Nurul Aiyhah, anak Ustaz Rahim yang paling nakal," suara Mak Mah memecah suasana.
"Dah la membasuh tu Man, pergi mandi siap-siap. Lepas solat Zohor nanti kita makan," suara Mak Jah menyambung.
Man Jai menelan air liur sebelum berpusing.  Cepat-cepat dia melangkah ke tangga. Sempat dia menjeling pada Aishah yang duduk di antar ibunya dan ibu saudaranya.  Man Jai cuba tersenyum, tapi terasa sumbing, apatah lagi apabila Aishah juga menjeling ke arahnya dengan senyuman manis berlesung pipit secubit di pipi.
Ketika itu Man Jai terasa betul seperti kanak-kanak remaja. Malunya entah kenapa menebal dalam jiwa, namun ia menjentik suatu rasa. Rasa yang tak pernah dialaminya sebelum ini. Mukanya terasa merah padam. Sesampai di dalam bilik, Man Jai tertunduk menyorok kepalanya malu. Malu sebab tak terkata apa-apa pada Aishah.  Malu bagai anak dara sunti diintai teruna idaman. Kenapa pula? Kan dia lelaki! Tapi itulah yang dirasakan Man Jai ketika itu. Seolah-olah dia pula yang anak dara.  Pelik sungguh perasaan ini.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing