Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, February 16, 2010

Sebuah Kehidupan

Pagi ini Selasa 16 Feb, aku berkobar-kobar nak download gambar kolam ikan yang dah bersih tu... dah boleh tengok ikan-ikan kuning oren berenang-renang berkawan ke sana ke mari. Maka dengan penuh ceria akupun buka sliding door arah ke kolam dan macam biasa anak-anak Tompok pun berlari-larian datang minta makanan diikuti oleh Tompok dan uncle Putih.  
Mataku melirik ke kolam dan terkuncilah pandangan melongo sekejap... ohh mengapa ini terjadi?  
Kelihatan ikan-ikan sudah terbalik terapung-apung di permukaan air yang bersih dan jernih itu. Cuma ada dua ekor saja yang nampaknya bertahan masih berenang-renang kesunyian.  
Serta-merta hatiku berkata, "Manusia hanya boleh merancang dan berusaha, Tuhan yang menentukan.  Semalam bukan main bangga aku dan Nabilah sependapat bahawa kalau orang lelaki boleh buat kita orang perempuan pun boleh buat... walaupun lambat dengan kudrat yang ada.
Yang peliknya selalu abang yang buat, okey je tak ada apa-apa.  La ni aku buat, boleh mati ikan sampai 4 ekor pulak tu.  Apa yang silapnya?  Mungkinkah ikan-ikan tu lebih suka duduk dalam air kolam yang hijau gelap macam air lombong tinggal tu?  Yang lagi satu pelik, masa air warna hijau tak ada kesusutan air pun tapi bila tukar air bersih mula la menyusut air tu perlahan-lahan.  Ikan ni kan jenis lasak, tak yah pakai anti klorin pun selama ni. 
Kenyataannya ialah setiap yang hidup pasti akan mati.  Tidak ada yang kekal selamanya, apabila sampai waktu ketentuan Illahi, pasti akan diambil nyawanya.  Cuma ada kes-kes istimewa Tuhan memberi penangguhan bersesuaian dengan rencanaNya jua seperti Nabi Isa a.s., Nabi Allah Khaidir a.s., Dajjal dan Iblis sebagai rahmat dan ujian buat manusia. 
Kembali kepada kes ikan-ikan ni, sudah sampai waktunya mati apabila kami yang menukar airnya.  Tidaklah mustahil kalau abang yang bersihkan kolam ni, pun mati juga.  
Maka rasa terkejut pun mula beransur reda.  Kita sewajarnya bersikap redha dan sentiasa cuba berfikiran seimbang waras rasional dalam kehidupan kerana setiap saat selalu ada kejutan.  Kita hanya menelusuri jadual kehidupan yang sudah dirangka oleh Tuhan.  Maka doa dan membina harapan yang baik adalah satu cara mendapatkan yang terbaik.  Sentiasa berbaik sangka dan tidak mudah putus asa, itulah antara kunci-kuncinya... insyaAllah.  
Semoga rakan bloggers semua ceria dan sentiasa dalam limpahan rahmat Illahi dalam meniti hari demi hari.  Selamat maju jaya. 

1 comment:

NaqHuHiNes said...

Baru dapat call dari hubby. Cerita pasal kolam ikan, katanya kena letak garam kasar segenggam dua sebab air paip ada klorin. Oh kaedahnya... ni yang tak dibuat semalam. Then baru teringat memang ada abang letak garam dalam air dan biarkan sebentar baru masukkan ikan balik. Pengajarannya, buat apa pun kena berilmu barulah mendatangkan faedah dan kebaikan.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing