Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, February 17, 2010

Jam 8 malam di SKS

Sementara menunggu Ustaz Aizat datang untuk mengajar mengaji,.
"Hidayat, ada homework?" aku bertanya.  Hidayat terkebil-kebil memandangku.  "Kalau ada, pergi ambil beg.  Tak payahlah mama ingatkan hari-hari.  Hidayat tau la sendiri.  Tak boring ke asyik kena tanya je?"
"Temankan ambik beg," kata Hidayat.
"Lain kali ambik siap-siap, faham tak?" bengis saja suaraku, gerammm...
Aku terus ke biliknya dan landing atas katil Naqib.  Terkenang pada anak sulungku itu.  Apa khabar dia agaknya... Ahad kelmarin dia sudah memulangkan telefon bimbitnya kepadaku.  Itulah maksudnya menyuruh aku datang ke madrasah tempohari.  Dia tidak berani hendak menyimpan telefon itu lama-lama.  Hendak diberikan kepada ustaz untuk disimpan, juga takut kerana tentu ustaz dapat mengesan dia sudah menyimpan telefon sendirian senyap-senyap beberapa lama (2 minggu) dan tentu akan didenda.  
Hidayat mengambil beg sekolahnya dan membawa ke dalam bilikku semula.  Dia mengeluarkan buku tulis berwarna coklat dan bekas pensel.  Kulihat dia termangu-mangu.  
"Mama... kertas homework tinggal bawah meja.." Hidayat memandangku dengan matanya yang luyu.
Aduh, geramnya aku mendengar.  "Esok nak kena hantar, nanti tak siap cikgu marah." Takut pulak kena marah.
"Lain kali dapat kertas terus masuk dalam beg.  Hari tu dah buat sekali, ni buat lagi." aku membebel sikit.  Tapi tak boleh bebel terus, nanti kepala sendiri sakit.  (Aku bukan kaki bebel la tu...)
Aku memikirkan sesuatu.  "Siapa yang sekelas ngan Dayat? Kita pinjam kertas dia fotostat kat kedai."
"Faiz sama kelas." Faiz adalah anak jiran kami yang jarak beberapa buah rumah.
Kami pun menuju ke rumah Faiz, malangnya Faiz pun tertinggal kertas itu di bawah meja sekolahnya juga.
Akhirnya aku memandu ke SKS.  Pergi ke sekolah pada jam 8 malam....  Tawakkal saja, mujur pakcik pengawal itu membenarkan kami masuk ke dalam kawasan sekolah tanpa banyak soal bahkan dia tertawa mendengar alasanku.  Tenang sahaja melangkah melintasi kelas-kelas yang kelam dan suram hanya disimbahi lampu-lampu dari kaki lima belakang bangunan.  Kami perlu memanjat tangga menuju ke kelas 2 Efisien.  Kelas itu gelap bumin, aku teraba-raba mencari suis lampu.  Ada juga rasa saspen, tapi tidak melayannya.  Kemudian kelas pun terang-benderang dan aku cepat-cepat mengarahkan Hidayat mengambil kertas homeworknya.  Sebaik sahaja Hidayat memegang  kertasnya, tiba-tiba aku teringat Idham anak Wak Lan  jiran taman perumahan sebelah pun sekelas dengannya.  Kalau pergi pinjam kertas kat dia saja pun ok (kalau dia tak tertinggal kertas di meja sekolah jugak la.).  Hmm, tak mengapalah,  kami dah sampai pun ke sekolah dan dah ambil selesaipun urusannya. Lampu ditutup semula, jangan membazir...
"Takut tak?" tanya Hidayat kepada Hanessa yang berdiri rapat denganku, sebaik lampu dipadamkan.
Aku berwaspada, kalau dia sebut 'hxxxx' memang nak kena, mujur dia tak sebut yang itu.
"Tak takut... tak takut" jawab Hanessa dengan suara halusnya.
Kami turun semula dengan cool dan hati-hati terus menuju ke kereta.  Aku mengucapkan terima kasih kepada pakcik pengawal sekali lagi.  Nampaknya dia mesra orangnya dan murah senyuman, tapi kalau waktu siang hari terutama waktu persekolahan, serius sahaja wajahnya semasa menjalankan tugas. 
Memang tak pernah-pernah ke sekolah waktu begini semata-mata hendak mengambil sesuatu yang tertinggal. Tapi anak yang seorang ini, aku akur untuk memudahkan urusannya.  Naqib dan Ain, tak pernah begini.  Mereka pun tidak menjadikan isu tinggal buku sebagai isu besar. Dah tinggal, tinggallah... kalau cikgu tanya nanti pandai-pandailah jawab atau serah diri sahaja terima hukuman.  Tapi Hidayat tidak begitu.  Aku dapat bayangkan kalau urusannya tak selesai, dia akan tidur dengan bersulam airmata.  Cukuplah semasa kes dia sakit perut tapi tak berupaya buka tali pinggang tempohari, sehingga menjadi sebab begnya tertinggal di sekolah.  Waktu itu tak terfikir pula nak datang ambil begnya dan diapun rilex sahaja.  Paginya  masa nak pergi sekolah baru kecoh mencari beg tak jumpa.
Waktu ini Hidayat masih menyiapkan homeworknya; mengenai 'Keluarga Saya' matapelajaran Bahasa Melayu.  Dia melukis wajah-wajah anggota keluarga dengan penuh kreatif, ada yang rambut pacak, ada yang bersongkok, ada yang bertudung, macam-macam rupa iras wajah pemiliknya yang sebenar.  Lantai bilik pun bertaburan dengan habuk pemadam pensel...
Lepas siap nanti buat score a pulak.  Macam biasa nak kena gesa, "Cepat! Cepat! Cepat! Tengok dah pukul berapa ni?"...
Sedikit kisah bersama anak-anak..

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing