Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, February 25, 2010

Gapura tamat..

"Haa beritahu polis ni Mak Jah! Beritahu yang dia ni Mansyah, anak Mak Jah!" tingkah Samad lagi.
Mak Jah memandang Man Jai. Dia melangkah perlahan-lahan ke arah Man Jai.  Semua orang di situ termasuk pihak polis terdiam memerhati. Menunggu berdebar-debar.
Mak Jah berdiri di depan Man Jai yang tunduk saja. Kedua-dua tangan Mak Jah pun memekup lembut wajah Man Jai. Matanya redup tergenang air. Mak Jah tersenyum sayu.
"Bukan...dia bukan Mansyah. Tapi dia sudah jadi anakku," ucap Mak Jah lembut membelai wajah Man Jai.
Man Jai tersebak.  Dia ingin menangis di situ, tapi ditahannya.  Dadanya berombak.
"Maafkan Man mak," ucap Man Jai tersekat-sekat menunduk.  Matanya merah.  Dia tak sanggup bertentang mata dengan  Mak Jah.
Seorang polis di kiri Man Jai pun mengeluarkan sepasang gari.
"Tunggu dulu encik!" tiba-tiba terdengar suara di belakang.
Mereka semua menoleh dan melihat Ustaz Rahim datang dengan wajah garang. Mak Mah melangkah sama di sisinya.  Polis tadi tak jadi hendak menggari tangan Man Jai.
Ustaz Rahim melangkah tegap dan akhirnya berhenti di depan Man Jai.  Ditenungnya Man Jai dengan wajah garang.  Tiba-tiba "pang!", penampar Ustaz Rahim hinggap di muka Man Jai. Semua yang ada tergamam bungkam.
"Kau belum khatam Quran lagi kau dah nak pergi!" herdik Ustaz Rahim. Nafasnya kencang turun naik.
Man Jai tak tertahan lagi.  Dia menangis.  Menangis di depan semua orang tanpa segan-silu lagi.  Sejurus Ustaz Rahim pun memeluk Man Jai.  Ustaz Rahim juga menangis.  Mereka berpeluk bagai ayah dan anak yang baru bertemu setelah lama terpisah.  Mak Jah, Mak Mah dan Esyah juga menangis.  Alang Merak dan Samad turut terhiba.  
Tamparlah aku ayah! Tamparlah dengan tangan kasihmu.  Aku tidak pernah merasa tangan kasih seorang ayah dan ibu, jerit hati Man Jai sambil menangis teresak-esak memeluk erat Ustaz Rahim.
"Sabarlah nak, tabahkan hati," ucap Ustaz Rahim penuh kehibaan.
Beberapa ketika kemudian polis pun memisahkan kedua-dua insan itu.  Tangan Man Jai digari dan Man Jai dibawa masuk ke dalam kereta polis.  Sejurus dua buah kereta polis itu pun beredar meninggalkan perkarangan surau pada petang syahdu.  Gapura itu bagai menyaksikan segala-galanya.
Tamat.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing