Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Saturday, February 6, 2010

Celcom, jangan buat trick

Pertamanya, sila maklumkan sekiranya saya memang dah salah faham isu ini.  
Keduanya, saya minta maaf kalau memang saya dah salah faham.  
Ketiganya, saya tidak alert sangat perihal iklan Maya Karin itu, cuma saya tahu ada offer dari Celcom untuk tambah nilai RM50 bagi 2 tahun expiry date top up.

Maka, tadi hubby bermurah hati gara-gara promotion saya untuk tambah nilai telefon bimbit Naqib dan Ain dengan nilai RM50 setiap seorang semata-mata untuk mendapatkan tempoh 2 tahun expiry date tu.  Kalau RM3, hanya 3 hari sahaja kemudian masing-masing mula merengek minta top up lagi.  Iyalah, tak terlayan la kalau selang 3 hari minta top up walaupunRM3.  Tidak penting pun menggunakan telefon bimbit tu, sekadar terikut-ikut dengan peredaran semasa. Kekadang minta RM5, kekadang minta RM10 (kurang dilayan pun..)

Semasa menjemput Nabilah untuk break 1 hour petang tadi, saya pun menghulurkan RM100 untuk top up Rm50 dua, dan Nabilah memulangkan semula RM2 sebagai bonus hadiah, katanya.  Tetapi nampaknya nilai itu tidak dapat tempoh 2 tahun yang dijangkakan.  Nabilah pun tidak mendapatkannya setelah dia membuat tambah nilai yang sama.  Hanya untuk sebulan sahaja.  Bertanya kepada pembantu bos di kedai tempat dia bekerja itu pun tidak dapat jawapan yang memuaskan; serupa tak payah tanya... macam tak tau macam tak faham.  Tricky jugak offer iklan ni...

Sedang saya bersantai mendengar nasyid Doa Perpisahan sambil mata meniti baris demi baris novel Vamphra yang semakin mendebarkan (kerana Massurya Syah telah hilang tidak dapat dikesan di dalam dewan yang mempunyai lambang yang dicarinya itu, suspennnn...), Ain mengadap ke bawah duli mengabarkan Nabilah mahu bercakap sesuatu.  Alahai, malam ini sudah dua kali Nabilah menganggu ketekunan saya, tapi tidak mengapalah, auntie maafkan awak... mesti ada yang mustahak tak boleh tunggu esok ni.

Nabilah pun berkata, bahawa dia telah dua kali menalipon centre Celcom untuk bertanya tentang offer yang diwar-warkan melalui si cantik manis Maya Karin itu.  Dari maklumat oleh pihak yang menjawab panggilan, rupa-rupanya RM50 itu akan ditelan oleh Celcom sebagai kos untuk penyediaan tempoh tamat dua tahun tanpa dapat digunakan walau sesen pun oleh pengguna Celcom, dan untuk mengaktifkan pengguna perlu menambah tambah nilai sebanyak RM30 di dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pengaktifan.  Bermakna pengguna hanya boleh menggunakan RM30 yang tamat selama dua tahun, dengan kos sebanyak RM80 (RM50 + RM30) tadi.

Adakah kefahaman saya silap?  Saya sekadar hendak berkongsi kisah dengan bloggers.  Tidak berniat hendak memanjangkan hal ini pun.  Bikin susah naik mahkamah nanti.  Al maklum zaman teknologi ni tak boleh sebarang cakap, saman menyaman main juta-juta nilainya.

Mungkin saya kena tengok tv selalu dan buka mata besar-besar pasang telinga betul-betul apa yang dicakap oleh Maya Karin bukan main dengar je tangkap muat faham sikit-sikit akan iklan ini.  Agar dengan demikian saya betul-betul faham dan tak terasa dipermainkan.

Okey, Nabilah, lepas ni kalau terdengar iklan ni lagi kita cuba pasang telinga betul-betul.  Hmm.. nanti cuba awak cari kat google ke... auntie tak faham sangat tang tu.

aku sekadar blogger di pinggiran


2 comments:

Ibnu Mutalib said...

nasiblah tu...

NaqHuHiNes said...

kes top up ni dah out of my mind. Tak kuasa nak melayan lebih2. Cuma peringatkan budak2 dua orang tu supaya jimat2 pakai hp. Tahun depan baru top up lagi hehe.. Naqib bungkus hp dan charger masuk plastik serah kat ustaz. Cuti baru boleh ambil. Cuma Ain kena sound selalu. Saya pakai line, so tak payah fikir nak top up, cuma fikir hujung bulan bayar bil on time atau just renung hp tak boleh call out.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing