Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, January 18, 2010

"Okay, tarik nafas macam biasa ya." kata dresser sambil menekapkan stetoskop ke belakang badan Hidayat.  "Bernafas macam biasa saja.." katanya lagi.  Saya perhatikan Hidayat tidak bernafas dengan teratur, seolah-olah menahan nafas dan melepaskannya lama.
"Hidayat, buat macam biasa sahaja," kata saya pula.  Anak ini membuatkan saya rasa lucu kerana saya rasakan dia agak kekok untuk bernafas.
"Dayat, macam biasalah!" dengus Naqib pula sambil bertinggung di hadapan Hidayat.  Hidayat ketawa kecil.
"Hmm tak dapat dengar sangat."  Dresser bangun lalu menyiapkan alat untuk menyedut gas.  "Tidak mengapa, ambil gas sedikit ya."
Hidayat berpindah ke kerusi lain berdekatan dengan kabinet yang menempakan peralatan dan mula mengambil gas.  Matanya mula terpejam sambil asap keluar dari lubang-lubang topeng jernih di bahagian hidungnya.

"Ini kad abang dia."  Saya menunjuk dengan jari kepada kad rawatan milik Naqib yang terletak di atas meja.  Belum pun sempat dresser itu bertanya apa-apa, saya terus bercakap lagi.  "Nampaknya masih belum baik sepenuhnya.  Yang bernanah sudah tiada tetapi gelembung baru muncul lagi."
"Oh ya, tidak mengapa, saya akan berikan ubat pencuci."
Demikian belum sempat dia mencapai apa-apa kertas, saya berkata lagi, "Saya nak berjumpa doktor."
Saya tidak pasti bila doktor datang ke klinik kampung ini tetapi pagi tadi kami yang menunggu untuk mengambil nombor giliran telah melihat kelibat doktor.  Bermakna hari ini saya boleh berjumpa doktor lagi.
"Baiklah, akak tunggu di luar dan lihat nombor giliran di bahagian belakang."  Ringkas sahaja berurusan dengan dresser ini.  Nampaknya dia memang cekap dan mudah memahami permintaan saya.  Saya keluar dari bilik itu sambil Hidayat terus khayal menyedut gas.  Tidak sampai seminit saya duduk, nombor giliran Naqib tertera di atas pintu.  Kami terus ke bilik doktor.
"Assalamualaikum."
Doktor menjawab salam, namun belum sempat doktor berbicara, saya terus berkata, sama seperti aksi dengan dresser tadi.  Terasa pula gopohnya saya, tetapi saya hanya tidak mahu membuang masa.  Doktor membelek-belek lagi tangan Naqib.  "Sebenarnya jarang orang kudis buta sehingga bernanah.  Ini sudah teruk di mana kuman sudah masuk ke bawah kulit."  Jelas doktor dengan tenang.  Dia tidak memakai tanda nama, jadi saya tidak dapat mengetahui namanya.  Nak bertanya, tidak wajar pula rasanya.
"Mengapa lama sangat?" saya rasa tidak berpuashati.  "Antibodinya lemah ke doktor?" tanya saya dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak.
"Hmm, tidak mengapa.  Saya nak buat test kencing manis."
"Bagus tu doktor.  Arwah bapa saya pun ada kencing manis."  Abang dan kakak saya juga penghidap penyakit ini namun masih di dalam kawalan.  Mereka sentiasa membuat pemantauan kesihatan yang sebaik mungkin.  Saya... sendiri tidak pasti.  Harap-harap tidak.
"Kadang-kadang orang tidak faham.  Sebenarnya zaman sekarang ni penyakit tidak mengira usia.  Ada semuda 12 tahun telah menghidap kencing manis," ujar doktor berhati-hati bimbang saya berkecil hati.  Tetapi saya tidak terasa hati langsung.  Saya maklum hal ini.  Encik Hamidi yang selalu membaiki komputer saya telah mengabarkan tentang ini. Dia terlibat dengan persatuan hemodialisis negeri Selangor.  Katanya, ramai yang telah menghidap penyakit kegagalan buah pinggang seawal usia bayi.  Ada juga yang bukan keturunan.  Lagi pula saya juga telah terdedah dengan info sebegini semasa mengambil diploma pendidikan awal kanak-kanak tempohari. 
Doktor mengangguk-angguk lalu bangun.  "Doktor lihatlah badannya," lancang pula rasanya mulut saya.  Betapa tidak, badan doktor itu pun gempal berisi seperti badan Naqib.
"Tidak mengapa..." kata doktor senyum-senyum sambil mengerling ke arah Naqib.  Alamak, jangan terasa pulak doktor ya.
Selesai test darah dilakukan, doktor membawa kami ke biliknya semula.  Alhamdulillah kerana Naqib tidak mengidap penyakit kencing manis. 
"Ada sesiapa  yang dah kena macam ni di rumah?"
"Dah, adiknya darjah 6 dah mengadu pada saya ada beberapa bekas kudis."
"Ya, kudis ini memang berjangkit."
"Doktor, adakah kudis ini memang bermula dengan gelembung air terlebih dahulu?"
"Ya, memang ada gelembung dan apabila pecah ia mengandungi air dan meninggalkan kesan kawah."
"Doktor, bagi ubat lebih untuk kami sekeluarga gunakan juga."
Doktor mengangguk-angguk.
"Saya minta mc juga untuk seminggu."
Kami mengambil ubat di farmasi.  Staf yang bertugas menghulurkan sebotol ubat MBB.
"Saya nak dua botol," pinta saya bersahaja.  Minggu lepas pun demikian juga.  Doktor sudah mengabarkan akan memberi dua botol tetapi staf yang sama memberi sebotol sahaja.  Bila diminta baru dicapai sebotol lagi.  Agaknya nak kena mintak-mintak kot.. Juga sepeket penuh ubat antibiotik untuk ditelan oleh Naqib sebelum makan. 
"Ha ha ha banyaknya macam peluru," kata Naqib sambil ketawa apabila saya tayangkan peket ubat itu di hadapannya.

2 comments:

mgah said...

Dah tel father in law. Katanya kena datang kalau nak minta ubat dari dia sebab nak tengok penyakitnya. Rasanya perlu gak jumpa dia sebab penyakit kulit ni selain nampak fizikal ditakuti disebabkan oleh syaitan mcm kisah nabi Ayub (tambahan)..

NaqHuHiNes said...

kalau gitu, nanti call mak tanya pendapat dia. Mungkin boleh g Seremban sabtu ni. Terima kasih ya my loving sister..

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing