Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, January 18, 2010

Naqib membaca blog saya. 
"Visitor blog dah 1000," kata saya, bangga la tu sikit..
"Hah!" Naqib memandang saya dengan wajah terkejut.  "Betul ke?"
"Iyalah! Napa, tak percaya ke?"
"Jadi dah 1000 orang baca pasal Along?"
Saya senyum-senyum, "Tidak semestinya."
"Alaaa..."
"Napa?" saya rasa hairan.  "Kan Naqhuhines memang pasal awak adik-beradik.  Mula-mula kisah awakla, lepas tu Ain, sudah tu Hidayat dan last sekali Hanessa."
Ada riak kurang senang terpamer di wajahnya.  Dahinya berpeluh, dia merenung saya.
"Tak apalah.  Kalau ada dari Johannesburg tu mesti Mukhlis yang tengok tu."  pujuk saya.  Mukhlis ialah senior dia semasa di madrasah lamanya di Shah Alam, Seksyen 13. 

.................................................

"Mama, kenapa baca novel jiwang pulak sekarang?"  Naqib menegur saya yang sedang membaca novel Semusim Rindu oleh Aleya Aneesa.  Saya sedang menunggu dia meletak krim kudis ke wajahnya.  Kemudian saya akan melumurkan ubat MBB ke seluruh tubuhnya.
"Saja je.  Nak menulis novel, mestilah baca novel."  Sekian lama saya selalu memulangkan novel tanpa dibaca, kerana tidak dapat menikmati keindahan ceritanya.  Hanya sekali pernah saya baca dengan susah payah menahan ngantuk dan ini kali kedua.
Saya sedang mempraktikkan buat sekian kali kaedah membaca cepat.  Agak berkesan kerana mata kurang penat dan sekejap sudah banyak helaian yang mampu saya baca.  Setakat novel ni  kira orait la.  Kalau tak faham tak masuk periksa pun... cuma tercari-cari semula di muka surat awal sekiranya terputus idea tentang cerita yang dibaca.
"Mama, Along suka cerita yang mama tulis tu."
Saya terkejut dan rasa teruja.  "Cerita mana?"
"Alaa, yang ada bintang tu."
"Cerpen Cinta Bintang Jernih tu ke?"
"Haah, Along rasa cerita tu menarik.  Along rasa berdebar dan surprise."
Tidak pernah komen cerpen saya, tiba-tiba Naqib buka cerita pasal Cinta Bintang Jernih pula.  Kami terus berbincang tentang watak Anyss dan Syed Mahadi.  Naqib memberi pelbagai idea menarik untuk memanjang cerita itu yang terlalu kontot.  Sambil memberitahu saya tentang Ain Maisarah yang menulis cerpen Aku Mahu Popular, sehingga akhirnya menjadi sebuah novel kegemaran remaja.  Naqib sungguh cepat membaca.  Dia mampu menghabiskan dua novel sederhana tebal dalam 2 jam. 
Seronok, kami terus berbicara untuk mewujudkan satu watak lagi yang gila-gila sebagai sahabat baik Syed Mahadi.  Terus merangka cerita hingga ke akhirnya.  Satu gambaran sudah terbayang di fikiran untuk dilakarkan.  Terima kasih Naqib.  Nanti kita bincang-bincang lagi story lain pula.
Sabtu ini saya sudah merancang dengan mak untuk membawa Naqib ke Seremban bagi mendapatkan rawatan dari bapa mertua kakak saya.  Diharapkan beberapa hari lagi kudis buta yang menjalar di kulit Naqib akan benar-benar sembuh.  Jadi usaha selanjutnya hanya untuk memastikan ia tidak berulang lagi ,secara tradisional pula.  Tidak sanggup rasanya hendak membayangkan sekiranya penyakit ini berulang lagi apabila Naqib pulang ke madrasah nanti.  Kata kakak, mungkin juga ada gangguan sambil dia merujuk kisah Nabi Ayob a.s.  Saya fikir tidak salah mencuba, bukan rawatan yang membawa kepada syirik tetapi menggunakan ayat-ayat Quran dan doa.  Bukankah setiap penyakit ada ubatnya melainkan maut sahaja?
Kulit Naqib memang sensitif.  Semasa dia kecil, nyamuk suka hinggap di kelopak matanya.  Kelopak mata akan bengkak sehingga menutupi matanya.  Entah mengapa, di situ pula tempat kegemaran nyamuk hinggap.  Mungkin kerana itu penyakit kulit ini terpaksa mengambil masa untuk sembuh.  Sementelah pula, menu harian asrama yang kurang seimbang dengan sayur-mayur yang penting untuk kulit.  Di rumah pun agak sukar mengambil sayur melainkan salad pelbagai ulam yang dihiasi dressing sos salad.
Ya Allah, sembuhkanlah penyakit kami dan masukkan kami dalam golongan yang bersyukur kepadaMu.  Ameen.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing