Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, January 1, 2010

Nak kurus?

Nak kurus?
Bolehhh... tapi jangan sampai gila!  Tak pasal-pasal jadi si cantik yang ramping tapi asyik berhalusinasi.

Kurus sampai gila

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Penemuan menakutkan apabila muncul sejenis kapsul berbahaya yang dijual khusus bagi menguruskan tubuh wanita, namun sebaliknya didapati menyebabkan beberapa mangsa dimasukkan ke hospital akibat menjadi sewel atau gila selain diserang sakit jantung.

Pil kurus terbabit yang dicampurkan dua kimia beracun Sibutramine dan Metformin, sekali gus disahkan berbahaya dan menimbulkan kebimbangan pihak penguat kuasa kesihatan negara ini dan Singapura susulan beberapa kes kematian yang dilaporkan pernah berlaku sejak tahun 2007 lalu.

Difahamkan, penjualan kapsul maut terbabit melalui kaedah jualan langsung berjaya dihidu oleh Bahagian Penguat kuasa Famasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memantau produk kesihatan di pasaran.

Hasil daripada intipan dilakukan sepasukan 24 pegawai penguat kuasa farmasi, diketuai Timbalan Pengarah Penguat kuasa Farmasi KKM, Wan Hamid Wan Ibrahim, dilakukan serentak di beberapa syarikat pengedar kapsul kurus berkenaan di ibu kota dan cawangannya di seluruh negara, kelmarin.



 

Operasi dilakukan selepas pihak Farmasi KKM mendapatkan keputusan ujian makmal yang membuktikan produk kesihatan terkemuka berkenaan mengandungi dua jenis kimia beracun itu yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Wan Hamid berkata, serbuan dilakukan serentak jam 11 pagi, di ibu pejabat syarikat terbabit yang terletak di Cheras, di sini, selepas risikan dilakukan sejak lebih seminggu lalu berhubung operasi pengedaran produk berkenaan.

Hasil daripada pemeriksaan dilakukan di ibu pejabat syarikat berkenaan, pihaknya menemui puluhan kotak kapsul melangsing tubuh terbabit yang menunggu masa untuk diagihkan ke seluruh negara.

“Berikutan itu, hampir 1,500 kotak produk kapsul berkenaan yang dianggarkan bernilai hampir RM500,000 dirampas selepas didapati sah mengandungi kimia berbahaya berkenaan. Siasatan mendapati, setiap kotak kapsul yang mengandungi 60 butir kapsul berkenaan dijual pada harga lebih RM300.

“Siasatan turut mendapati syarikat pengedar kapsul itu cuba berselindung di sebalik dakwaan kononnya kapsul berkenaan selamat dan diperbuat sepenuhnya dari herba terpilih. Malah pengedar turut tidak meletakkan kandungan sebenar kimia bahaya terbabit pada kotak produk,” katanya.

Wan Hamid berkata, pihaknya turut kesal kerana syarikat terbabit sebelum ini turut pernah dikenakan tindakan sama kerana memasarkan pil kurus haram beberapa tahun lalu sebelum diambil tindakan oleh pihak KKM.

“Namun mereka seolah-olah tidak serik apabila dikesan masih menjual kapsul bahaya terbabit dengan menukar jenama tetapi masih mengekalkan warna kotak emas dan nama syarikat. Kesalahan yang dilakukan amat serius dan tindakan akan diambil mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya.

Menurutnya, racun sibutramine yang boleh membahayakan nyawa itu diharamkan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan tanpa nasihat doktor berikutan ia boleh menyebabkan individu yang memakannya mengalami masalah kemurungan, psikosis jiwa dan halusinasi, risiko tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing