Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, January 20, 2010

JERANTUT: Seorang penternak babi dari Kampung Sungai Lekok, dekat sini, mengambil sikap terbuka dan bersetuju dengan arahan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri untuk melakukan kerja pembersihan bekas kandang babi seluas 1.6 hektar miliknya menggunakan pendekatan Islam.

Liw Sung, 74, berkata arahan itu bagi memudahkannya menjalankan projek penternakan lembu selepas kerja pembersihan dan baik pulih bekas kandang itu diselesaikan.


Sebagai permulaan, katanya, 50 lembu bernilai hampir RM70,000 akan ditempatkan di kandang itu. Beliau berkata, JPV sudah memaklumkan terlebih dulu untuk menyamak bekas kandang babi itu kerana mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam.


"Saya tidak menghalang tugas mereka kerana memahami konsep bersih dan halal dalam Islam," katanya ketika ditemui sewaktu kerja menyamak bekas kandang babi itu oleh 20 kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah dengan bantuan anggota bomba daerah di sini, semalam.


Sebelum ini, Liw menerima notis menutup kandang itu pada 2006, tetapi hanya berbuat demikian pada November tahun lalu kerana menghadapi beberapa masalah.

"Saya bersetuju membersihkannya menggunakan kaedah Islam kerana mungkin ada pengguna beragama Islam akan membeli ternakan itu nanti,” katanya. nimum.


Sebelum ditutup, Kampung Sungai Lekok adalah pengeluar dan pembekal daging babi kedua terbesar negara selepas Bukit Pelandok di Port Dickson, Negeri Sembilan.


Sementara itu JPV negeri mengambil inisiatif menyamak bekas kandang babi itu yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Pengarahnya, Datuk Dr Azha Idris berkata, pihaknya bekerjasama dengan pejabat agama bagi tujuan itu sebagai jaminan kepada pengguna Islam yang mahu membeli ternakan itu pada masa akan datang.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing