Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, January 27, 2010

"Intan dah tau ke belum?" bapa mertua menaliponku pagi ini.
"Taak.. kenapa abah?" jawabku dengan rasa berdebar-debar.
"Cik Kadis baru meninggal pagi ni tadi. Abah nak pergi sana dengan Ngah dan mak.  Kalau Intan tak dapat pergi, pun tak apa."
Innalillah... dua kematian berturut-turut dalam keluarga besar ini.  Minggu lepas sepupu hubby meninggal setelah menderita kanser.  Pagi ini bapa saudara hubby pula yang menyahut panggilan Illahi. 
Ketika saya sampai di perkarangan rumah arwah, telah ramai saudara-mara dan jiran sekampung yang hadir, begitu ramai dan sesak.  Di ruang tamu, kelihatan tubuh arwah terbujur kaku di atas katil di kelilingi saudara-mara dan sahabat handai.  Cik Ani duduk di sisi dengan raut wajah tenang tetapi sayu. 
Begitu ramai yang hadir, hanya seorang dua sahaja yang membaca Yassin untuk dihadiahkan kepada arwah.  Mungkin mereka semuanya dalam keuzuran termasuk kaum lelakinya juga, atau mungkin mereka semua sudahpun membacanya sebelum itu lagi (baik sangka, jangan buruk sangka).
Khabar tentang saat akhir arwah saya korek-korek dari teman sebelah yang tak saya kenali.  Katanya, Cik Kadis sudah mengambil wuduk untuk solat Subuh.  Sementara menunggu waktu masuk, arwah berbaring sebentar kerana kesakitan gout yang dialaminya.  Tidak pernah mengalami sakit gout sehingga dua hari berturut-turut, kali ini dia seperti mengalah dengan kesakitan itu.  Sementara sudah masuk waktu, Cik Ani pun menunaikan solat dengan sangkaan Cik Kadis telah terlelap walaupun sudah diingatkan supaya duduk sahaja agar tidak terlepas wuduknya.  Usai solat, Cik Ani mengejutkan suaminya, namun waktu itu baru disedari yang tinggal hanyalah jasad yang masih suam.  Cik Kadis sudahpun menyahut panggilan Illahi ketika menunggu waktu Subuh dalam keadaan berwuduk.  Permit menguburkan mnyatakan sebab kematian ialah darah tinggi dan gout.  Tiada post mortem dilakukan.  Kemungkinan besar berkaitan dengan jantung juga.  Namun yang penting ialah kepergiannya dengan tenang dan selesainya urusan beliau dengan mudah.  Beliau meninggalkan seorang anak lelaki yang sudah dewasa.
Semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas roh arwah, dan menempatkan beliau bersama golongan orang-orang mukmin yang beriman.  Beliau merupakan seorang yang pandai mengubat dan selalu dikunjungi ramai untuk mendapatkan rawatan.  Semoga roh arwah tenang di alam sana.  Ameen.
Al Fatihah buat Cik Kadis; Sukadis bin Darosman @ Daros, 60 tahun.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing