Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Saturday, January 9, 2010

Info lagi.. sardin cap apa?

Uwan (panggilan untuk nenek di Negeri Sembilan) tidak pernah sudi menjamah lauk sardin yang saya masak, macamanalah sedap dan enaknya sekalipun..  Tambahan dengan usia uwan yang kian lanjut (kata uwan, dia seusia dengan mantan Tun Mahathir; bangga pulak tu) dia semakin banyak memantangkan dirinya ditambah lagi dengan pantang yang ditetapkan oleh doktor.  Uwan memang rajin jumpa doktor di pusat kesihatan kecil Seri Menanti.  Sentiasa ada stok ubat di bakul kecilnya yang turut mengandungi bekas-bekas kecil berisi teh cap Harimau warna hijau, susu Anelene, gula pasir dan tuala tangan untuk mengelap mulutnya (kata uwan, muncung den..).  Bakul kecil ini sentiasa dibawa ke mana-mana, mudah dia hendak menyediakan minumannya dengan sukatan yang diperlukan.  Teh sedikit sahaja, kalau pekat nanti perut uwan meragam.  Kalau cucu-cucu buatkan, hanya cucu-cucu tertentu sahaja yang pandai mengikut sukatan uwan.  Jadinya, untuk lebih mudah uwan buat tehnya sendiri, cuma sediakan setengah cawan air panas sahaja.
Kembali mengenai lauk sardinku yang lazat tu, akhirnya uwan membocorkan rahsia apabila saya terus mengasak keengganan uwan makan sardin.  Uwan hanya tidak mahu selera kami terbantut, tetapi saya tidak kesahpun.  Saya jenis tidak kesah, time menyuap kalau ada keluar cerita yang luarbiasa, saya masih macam biasa.  Tidak seperti separuh orang, yang terus bangun dan boleh muntah terbelahak hanya mendengar sepatah perkataan (tetapi kalau penerangannya memang jelas dan lengkap sehingga boleh terbayang jelas di minda, mana boleh tahan..).  Kata uwan, satu ketika dia menonton dokumentari di tv (tak pasti rancangan mana) dan paparannya tentang bahan mentah sardin.  Bukan katak ye!  Cuba teka...
 
Ia sejenis haiwan yang pernah berlumba dengan Sang Arnab dan berjaya pula mengalahkan Sang Arnab yang terlena sebentar... haaa, betul!  Siput... Siput Babi.  Siput itu dimasak di dalam periuk dan airnya itu dicampurkan dengan rencah sardin.  Okey, caya tak?  Tak caya, tak apalah...



Setelah keluar entri tentang hal ini, Ain, anak dara saya turut mengisahkan hal yang sama bersumberkan ustazahnya di sekolah agama rakyat.   Versinya lebih kurang sama seperti cerita uwan tadi walaupun tempoh mereka bercerita kepada saya jauh jaraknya. 


Tadi, saya terpandang dua tin sardin di dalam laci dapur.  Bolehlah menjadi juadah Si Tompok yang sedang beranak kecil tu nanti..  Dia asyik kelaparan sahaja sebab menyusukan anak-anaknya tiga ekor.  Kasihan, masih budak tapi sudah ada tiga anak.  Badannya pun semakin slim panjang sahaja.  Dah rezeki Si Tompok, tetapi pandai dia jaga anak-anaknya dan tidak garang seperti ibunya, Zara menjaga dia waktu dia kecil dulu.

Apa kata kita cuba sardin HPA tu pulak... jom.

2 comments:

aashaku said...

salam win..(eh boleh panggil nama ni...?) saya sejak lama tau ade bahan terlarang campur dlm sardin tuu memg tak bli dah sardin...(kembang tekak bila ingat2 dah berkoyan2 masuk dlm perut...)alhamdulillah HPA dah buat alternatif...yup kita bantu ekonomi Islam...yg penting halal lg suci...

NaqHuHiNes said...

salam asshaku. Boleh saja nak panggil macam tu.. kira ni refresh balik info2 tersebut. Tetapi ada juga orang yang kurang ambil endah dengan alasan tiada bukti kukuh yang boleh dilihat oleh matanya, didengar oleh telinganya dan pancindera lainnya. Pokoknya jika sudah ada rasa syak, better kita hentikan sahaja, kan. Saya sudah mulakan, buat sekian kali, sekali lagi. InsyaAllah seterusnya. Nanti nak cari sardin HPA. :)

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing