Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, January 26, 2010

Iktibar: Kerana keyboard badan binasa jiwa merana

Sembunyi tidak lama
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
rudy@hmetro.com.my
2010/01/26
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JOHOR BAHRU: Blogger yang mengguris perasaan istana dan seluruh rakyat negeri ini di atas kelancangannya mencerca dan menghina Almarhum Sultan Iskandar, Sabtu lalu bakal mendapat pembalasan setimpal selepas dia diberkas polis ketika dipercayai cuba bersembunyi di Kota Bharu, Kelantan, petang semalam.

JOHOR BAHRU: Blogger yang mengguris perasaan istana dan seluruh rakyat negeri ini di atas kelancangannya mencerca dan menghina Almarhum Sultan Iskandar, Sabtu lalu bakal mendapat pembalasan setimpal selepas dia diberkas polis ketika dipercayai cuba bersembunyi di Kota Bharu, Kelantan, petang semalam.


Lelaki berusia 28 tahun yang menggunakan nama pena Aduka Taruna itu ditahan di sekitar Kota Bahru jam 4 petang semalam. Difahamkan penulis blog yang beralamat di Seremban, terpaksa menyembunyikan diri selepas menerima beberapa ugutan bunuh pihak tertentu yang tidak berpuas hati dan marah dengan kenyataan melampau yang diposkan ke blognya www.adukataruna.blogspot.com.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, yang mengesahkan penahanan lelaki itu berkata, suspek akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi siasatan mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas laporan awal diterima di IPD terbabit. “Polis berkemampuan menjejaki pihak bertanggungjawab yang menyalahgunakan saluran multimedia dan berharap penahanan ini akan menjadi pengajaran serta mencegah individu lain daripada turut berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Sehubungan itu, katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang penghinaan, fitnah mahupun tuduhan tidak berasas di blog. Mohd Mokhtar berkata, sehingga semalam, pihaknya sudah menerima 31 laporan polis yang dibuat orang awam dan ahli politik seluruh negeri berhubung penulis blog berkenaan, termasuk 23 laporan di IPD Kluang, IPD Batu Pahat (4), Johor Bahru Selatan (3), IPD Seri Alam (satu). Jika didapati bersalah, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan. Penulis blog dikatakan mempamerkan nombor akaun bank di blognya menyebabkan golongan yang tidak berpuas hati padanya lebih mudah mengesan nama serta alamat berdasarkan akaun bank berkenaan. Kelmarin, akhbar menyiarkan penulis blog Aduka Taruna menerusi laman blognya, adukataruna.blogspot.com lancang mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap Almarhum selain mencaci kerajaan negeri yang dianggap bodoh. Penulis blog terbabit menerima lebih 1,000 komen susulan kenyataan beraninya dengan sebahagian besar daripada pengunjung blog menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan melampaunya termasuk menyatakan ugutan bunuh. Kelmarin, kira-kira 300 Pemuda Umno Johor dan Belia 4B berkumpul di Pusat Maklumat Pelancongan Johor (Jotic) di sini, bagi melakukan bantahan aman terhadap penulis blog terbabit selain berarak sejauh kira-kira 500 meter ke Balai Polis Sentral untuk membuat laporan polis.


Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Fadil Muskon yang mengetuai bantahan itu menganggap kata-kata penghinaan Aduka Taruna itu tidak boleh dimaafkan walaupun penulis itu sudah memohon maaf di laman webnya. Mohd Fadil, berkata Institusi Raja wajib dilindungi selama-lamanya seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan tulisan yang dilakukan benar-benar mengguris perasaan pihak istana dan rakyat yang masih bersedih dengan kemangkatan Almarhum. Sementara itu, Exco Pergerakan Pemuda Malaysia, Ali Mazat, berkata rakyat perlu tahu peranan masing-masing dan kebebasan bersuara mempunyai batasan.

Katanya, permohonan maaf penulis tidak boleh diterima berdasarkan kesalahannya itu kerana ia bakal mengundang masalah lebih besar.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Di blog, tuan rumah boleh menulis apa sahaja. Dan sesiapa sahaja boleh membacanya. Dek kerana bebasnya mahu menulis apa sahaja, maka kadang2 terkeluar dari batasan akal fikiran yang seimbang. Ini menjadi pengajaran bahawa setiap manusia tidak lari dari kesilapan namun kadang2 kesilapan itu melampaui batasan sehingga akibatnya begitu buruk sekali. Bersama mengambil iktibarnya...

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing