Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, January 27, 2010

Di JJ Bukit Tinggi

"Saya nak buka akaun untuk anak saya, 14 tahun umurnya." Kata saya kepada staf MBB sambil menatap matanya.  Mengharap semua settle dengan mudah.
"Sila isi borang ini.  Tetapi tiada kemudahan akses untuk Maybank2u kerana khuatir disalahgunakan, melainkan akaun bersama dengan ibu."  Jawab staf itu dengan baik sambil menghulurkan beberapa keping borang untuk diisi.
"Saya nak buat akaun bersama.  Tetapi status saya bagaimana, boleh tolong check.."
"Sila berikan ic puan," pinta staf itu.  Dia mengambil kad pengenalan saya dan membuat pemeriksaan di pc di hadapannya.  "Nampaknya puan tidak boleh membuat permohonan di atas nama puan."  Kata staf itu sambil mengembalikan kad pengenalan saya.
'Dah agak dah...bila la nak selesai...' sekadar rungut kecil di dalam hati.
Kalau ada Maybank2u kan senang, boleh bayar bil, bayar JPA, bayar yuran Naqib, bayar itu bayar ini guna internet je.  Ishh, makin berkurung dalam rumah la jawabnya.  Tapi memang mudah, kan.  Keluar rumah pun sekarang ni banyak risiko.  Bukanlah bermakna duduk rumah tak ada risiko langsung tetapi boleh dielakkan perkara-perkara yang kerap terjadi di luar sana seperti kes ragut, eksiden, dll.
Habis perkara, ambil sahaja borang dan selit celah ketiak.
"Puan nak buat sekarang ke atau kemudian?" tanya staf itu lagi.
"Saya akan buat kemudian sebab surat beranak pun saya tak bawa." walaupun sudah ada keputusannya, saya tak akan buat permohonan ini buat sementara waktu sehingga nama saya clear.  Bila nak clear tu oii... entahlah.  Tak lama lagi kot.  InsyaAllah.  Ameennnnnnnnnn.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;


gambar hiasan
Berjalan-jalan perlahan menunggu Nabilah yang pergi membeli barang keperluannya di pasaraya JJ, saya dan Naqib bergerak tanpa tujuan.  Singgah di stall-stall di tengah-tengah laluan, melihat gelang plastik.  Teringin nak belikan untuk Hanessa tetapi harganya RM10 untuk 3 utas gelang.  Gelang plastik je, warna-warni.  "Mama tak belikan adik ke?"
"Hmm, tak payah.  Kalau 20sen, mama beli 10."
Kemudian saya dan Naqib tergelak sama-sama.  Bukan kedekut, tapi rasa tak berbaloi nak beli benda plastik dengan harga sebegitu.
Tidak lama kemudian ternampak kelibat Nabilah berjalan laju ke arah kami berdiri.  Saya berdiri diam-diam, kerana Nabilah seperti tidak memandang ke arah kami.  Saya akan mengekori dia perlahan-lahan, saja nak buat kejutan.  Eh eh, perasan pulak dia.  Nabilah menghulurkan beg plastik mengandungi dua tin air 100 plus untuk saya dan Naqib.  Kami lantas melangkah menuju pintu keluar.  Di muka pintu sebuah kedai, kelihatan tiga orang perempuan muda yang cantik sedang melakukan sesuatu.  Masing-masing memakai gaun seragam berwarna krim separas lutut.  Molek benar bentuk badan mereka, langsing dan penuh kewanitaan.  Cuma seorang yang agak gempal, yang dua lagi memang menawan.  Andai saya seorang lelaki, memang bermain mata jugak agaknya.  Seorang daripada mereka sedang memanjat tangga di tengah-tengah pintu kedai.  Saya lihat bergantungan perhiasan di seluruh siling kedai itu, jadi mungkin mereka hendak membetulkan sesuatu atau hendak menambah lagi hiasan yang ada, entahlah.  Sempat saya mengerling lebih dari sekali ke arah gadis muda yang paling menawan, sedang memegang tangga agar tangga itu tidak bergoyang dan mungkin menyebabkan rakannya jatuh macam nangka busuk.  Nampaknya dia pun mengerling ke arah kami.  Manisnya wajah, mesti ramai yang cuba tackle ni.  Siapalah yang beruntung agaknya... Kami meneruskan langkah, tiba-tiba saya dan Nabilah saling berpandangan.  Ohh, saya jarang-jarang mengetawakan orang apatah lagi orang yang tidak dikenali tetapi kali ini saya tertawa dengan menutup mulut. Saya toleh ke belakang dan kelihatan Naqib sedang berlari-lari anak ke arah kami yang menonong di hadapan, juga sambil tersengih lebar menampakkan barisan giginya yang setaraf dengan gigi kapak itu.
"Auntie dengar?" tanya Nabilah beransur tawa kami jadi perlahan.
"Haah.." saya sambung tawa yang beransur padam.
"Cantiknya dia, kalaulah dia tidak bersuara tadi..." sambung Nabilah dengan wajah kehairanan.  Keningnya berkerut-kerut.
"Hahahaha..." tawa saya makin galak.
"Dia cakap apa, Naqib?" saya menoleh ke arah Naqib di sisi.
"Entah, macam "nak buat macamana tu?" gitulah lebih kurang" jawab Naqib sambil mengulum senyum.
"Tapi auntie, mungkin suaranya memang begitu.  Kan ada orang perempuan yang suaranya besar." Nabilah masih ragu-ragu dengan pendengarannya tadi.
"Tapi biasanya kita boleh bezakan suara perempuan dan suara lelaki, Bilah.."
Memang, andai gadis menawan itu tidak berkata-kata, pasti kami tidak akan menyedarinya.  Bahawa wajah yang indah menawan itu rupanya spesies dua alam.   Ohhh, dunia sekarang semakin sukar hendak membezakan antara yang asli dengan yang tak ori.  Memang menawan... memang cantik... kisah ini bukan dengan niat negatif dan jangan ada yang terasa pula. 

Ya Allah, selamatkan keturunan kami dan anak cucu kami daripada terjebak menjadi kaum sedemikian.   Ameen.

Semasa memandu keluar dari kawasan JJ, mata saya menangkap susuk tubuh seorang wanita berpakaian seksi denga skirt sekerat peha. berjalan laju dengan wajah serius sambil bercakap-cakap di telefon bimbit di telinganya.  Kami sama-sama berpandangan sekilas.
"Rasanya itu pun..." kata saya.  "Montok, dada berisi, tapi rambutnya macam tak ori."
Nabilah dan Naqib sama-sama menoleh ke arah 'wanita' itu. 
Makin ramai kaum dua alam, baik yang jadi perempuan mahupun yang jadi lelaki.  Pengkid-pengkid pun merata.  Pernah saya terpesona melihat gaya seorang pengkid yang sebijik macam lelaki muda, lengkap berpakaian dan stail rambut yang bergaya, memang hensem. Buat kerja-kerja kasar lagak macho. Tak puas hendak melihatnya, tapi kena kontrol pandangan mata karang silap-silap gaya dapat bala.  Hanya hendak melihat keletah mereka.  Juga pernah bertembung dengan 'lelaki' yang menjemput anaknya di sekolah, sudah berusia tetapi boleh dimengerti statusnya dari pandangan pertama. 

Sekadar catatan...

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing