Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, January 26, 2010

Berita yang tidak kita mahu


Bayi lelaki mati tertelan puting
Oleh Azahar Hashim
am@hmetro.com.my
2010/01/26
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KULIM: Sungguh menyayat hati apabila seorang bayi lelaki berusia 16 bulan maut selepas dipercayai tertelan puting semasa tidur di rumah pengasuhnya di Taman Jati, dekat sini, kira-kira jam 3 petang semalam.

KULIM: Sungguh menyayat hati apabila seorang bayi lelaki berusia 16 bulan maut selepas dipercayai tertelan puting semasa tidur di rumah pengasuhnya di Taman Jati, dekat sini, kira-kira jam 3 petang semalam.


Difahamkan, ketika kejadian, mangsa Ahmad Shaqif Firdaus Yuzamberi dari Taman Sri Petaling, di sini, dikatakan sedang menghisap puting sebelum tertelan bersama pemegang puting berkenaan.


Menurut sumber, pengasuh berusia 30-an itu, terpaksa memegang puting dengan jarinya untuk mengelakkannya terus ditelan mangsa sebelum dia membawa bayi berkenaan ke hospital untuk rawatan kecemasan.


“Bagaimanapun, bayi terbabit meninggal dunia selepas berada beberapa minit mendapat rawatan di wad kecemasan Hospital Kulim (HK) dipercayai akibat kesesakan nafas,” katanya.


Difahamkan, sebelum kejadian, pengasuh bayi terbabit menjenguk Ahmad Shaqif dalam bilik kerana terdengar seakan bunyi benda tersekat sejurus beberapa minit bayi itu tidur.

“Pengasuh terbabit terkejut dan panik apabila melihat puting terbabit berada di dalam mulut bayi berkenaan.


“Untuk mengelakkan puting itu masuk lebih jauh dalam tekak mangsa, pengasuhnya terpaksa menggunakan jari untuk menahan puting berkenaan sehingga ke hospital,” katanya di sini, semalam.


Sebelum dibawa ke hospital, bayi terbabit dibawa ke pusat kesihatan Taman Selasih untuk rawatan lanjut.


“Bagaimanapun, selepas mendapat rawatan lanjut di situ, pihak pusat kesihatan meminta kes ini dirujuk ke HK dengan ambulans untuk dirawat di wad kecemasan,” katanya.


Namun, katanya, ketika dalam perjalanan ke Hospital Kulim, tubuh bayi terbabit berubah kebiru-biruan.


Difahamkan, pengasuh terbabit terus memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa bayi berkenaan yang masing-masing bekerja di sebuah bank di Prai dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang, mengenai kejadian malang yang menimpa anak tunggal pasangan berusia 33 tahun itu.


Difahamkan, kedua ibu bayi bayi malang itu tidak membuat sebarang laporan polis dan tidak membenarkan anak mereka dibedah siasat pihak hospital.

Jenazah Ahmad Shaqif akan dikebumikan di kampung keluarganya di Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak, hari ini.


Bagaimanapun, ibu bapa bayi itu enggan ditemuramah kerana terlalu sedih dan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa anak mereka.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Kejadian yang kerap ialah tercekik susu ketika tidur, iaitu apabila bayi dibiarkan menghisap susu dari botol yang dilapik dengan bantal kecil di atas dadanya sehingga bayi itu tertidur sendiri. Perbuatan begini amat2 merbahaya kerana susu yang terbiar di tekak tidak ditelan oleh bayi apabila sudah terlelap akan membeku menjadi ketulan dan menghalang pernafasan.  Bayi yang masih kecil tidak pandai hendak berdehem atau batuk untuk mengeluarkan ketulan susu ini.  Selagi bayi itu tidur dan tidak meragam, selagi itulah pengasuh tidak menjenguk kerana menyangka bayi sedang tidur lena.  Sehingga tiba masa bayi dibangunkan untuk dipersiapkan, barulah disedari bayi itu sudah tidak bernafas lagi.  Sewajarnya kita sentiasa memantau keadaan bayi semasa mereka tidur setiap setengah jam sekali untuk melihat sebarang keadaan yang tidak dijangkakan.  Sekurang2nya kita dapat bertindak lebih awal sebelum terlalu terlewat dan hanya mampu menyesali keadaan. 
Apakah yang lebih patut dilakukan sebenarnya?
Adalah tidak wajar menyumbat mulut bayi dengan botol susu supaya dia diam dan terlelap sendiri.  Sebaliknya bayi itu disusui dalam keadaan dia masih jaga, dan sesudah kenyang, usahakan agar dia sendawa untuk mengeluarkan angin dari perutnya.  Sesudah itu barulah tidurkan bayi itu.

Ada juga kes bayi kelemasan kerana hidungnya ditutupi ring puting yang agak besar sehingga menyekat pernafasannya.  Sudahlah ring puting itu besar, bayi itu ditidurkan secara meniarap di dalam buaian.  Kemudian selagi bayi itu senyap lena, dibiarkan tanpa dijenguk2 sehingga akhirnya sedar2 bayi sudah kebiruan dalam tidurnya. 

Yang ini pula, kes tertelan puting.  Ini semua penyebab kepada akibat.  Takziah dan berkongsi sedih dengan pasangan muda yang kehilangan anak tunggal ini.  Semoga anak ini menanti anda di pintu syurga nanti... dan semoga Allah menggantikan dengan anak yang lebih bertuah buat anda.

Kita tidak wajar hendak menyalahkan bulat2 kepada pengasuh.  Bukan mudah hendak menjadi pengasuh, iaitu mengasuh anak orang.  Perlukan ilmu pengetahuan cara mengasuh dan keikhlasan menyayangi anak kecil.  JKM sudahpun memantau sedaya mereka untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan para pengasuh namun agak sukar sekiranya asuhan di rumah pengasuh persendirian.  Oleh demikian, apabila sudah memilih tugas begini dan bersedia menerima tanggungjawab, hendaklah sepenuh hati dan bersedia pula menambah ilmu bantu bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.  Sedangkan anak kambing, anak lembu, anak kucing pun perlukan ilmu untuk memeliharanya supaya membesar dengan sihat dan kuat.  Inikan pula anak manusia. 

Ringkasnya tugas pengasuh amat penting dan besar kesannya kepada masyarakat namun taraf pengasuh masih diperlekehkan dan dipandang sebelah mata.

"Kerja apa?"
"Mengasuh anak orang je"
"Uhhh... "

Semoga amal baik mendapat imbalan baik di sisi Allah.  Hidup hanya sementara, biar sekejap tapi hebat.
Selamat maju jaya kepada semua pengasuh, dengan ucapan tingkatkan ilmu dan tahap penjagaan anak-anak biarpun sentiasa bergelumang dengan peluh dan berbau susu sepanjang masa.  Usah biarkan kejadian sebegini berulang lagi. 

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing