Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, May 29, 2009

Santai je dia...


Bila aku baca tulisan dia, rasa santai je. Bahasanya mudah, tepat, cepat dan kemas. Selamba tapi aku faham. Lucu jugak walaupun fizikalnya tak la nampak lucu. Ada diselitkan ketawanya sampai aku boleh nampak dia sedang tersengih-sengih depan laptopnya. Itulah kelebihan dia. Masa sekolah dulu, dia rajin masuk pertandingan mengarang dan pernah beberapa kali menang. Dia juga agak luar biasa, kedua-dua ibu jari tangannya bengkok sikit tak macam jari orang biasa. Masa kecik-kecik, aku rajin jugak membelek-belek jarinya tu sambil mengomen. Biasala aku ni...Agaknya itulah kelebihannya, pandai menulis. (Eh, tak de agak-agak lagi, kan dah betul nyata tu!) Dapat suami pun di bidang yang sama.
Aku ni, buat masa ni nak melepaskan geram dulu kat blog ni. Bagilah masa sikit untuk aku meluahkan 'dari dalam aku' dulu. Mana la tau, macam nak menggali harta karun, mula-mula cangkul tanah sikit-sikit lama-lama jumpa la serpihan pinggan sikit, pecahan cawan sikit. Dalam..dalam..dalam lagi jumpalah lombong harta karun. Ataupun macam orang nak belajar berenang. Mula-mula belajar tahan nafas dulu dalam tab mandi pun ok. Pas tu kat kolam kanak-kanak kecepak kecepuk kat situ. Pas tu kat kolam orang dewasa. Akhir sekali boleh la berenang dan menyelam sepuas-puasnya kat lautan luas nun.
Amboi mak, lamanya masa! Banyak na ke geram ko ni Intan...
Hmmm...aku sekadar di pinggiran (teringat pulak lagu Fran). Don' worry, warm up kena la buat gak. Tetiba terus masuk trek kang putus nafas pulak...hehehe

Seorang Penulis itu... (2)


Cerpen dah siap. Agak tergesa-gesa. Mengejar ilham yang berlari susup-sasap di celah rongga hidup. Dah print out. Cari semula cerpen yang belum diedit Kak Ju dalam inbox. Print out lagi. Cari pulak cerpen sama yang dah diedit Kak Ju dalam inbox jugak. Print out lagi. Terjumpa cerpen Shamir Kak Ju bagi sebagai rujukan dan contoh pun aku print out.
Aku baca semula cerpen pasal bekal ke sekolah. Kemudian aku baca pulak cerpen sama yang dah diedit tu. Besar perbezaannya. Cerpen aku senada je tapi Kak Ju menambah dengan perasaan. Aku punya macam budak-budak tapi Kak Ju macam bagi nyawa kat cerpen tu. Aku semak pulak cerpen terbaru, Maafkan Kakak. Pun senada tak bernyawa. Belum boleh bagi Nawal baca lagi kang dia komplen banyak sangat. Tajuk pun tak best. Nama watak je yang mengancam, aku pakai nama anak jiran aku sendiri.
Aku memang tak de ilmu pasal karang-mengarang ni, hanyalah belajar Bahasa Malaysia (sekarang Bahasa Melayu) time sekolah dulu. Cuma waktu tu aku suka membaca, sebab aku kurang pandai bercakap berborak dengan kawan. Baru la ni aku ikut bengkel online seorang sifu atas saranan Kak Ju tapi aku kurang aktif kat situ. Cumalah hantar rungutan dan keluhan je setakat ni, ceh. Ko ingat sifu tu banyak masa nak melayan keluhan ko tu...
Jadi sekarang ni aku kena edit lagi cerpen ni. Tukar ayat, pusing sana sikit, ubah sini sikit. Bagi masuk perasaan dalam ayat-ayatnya. Bak kata sifu, jangan suap je, bagi otak pembaca berputar sama, dapat membayangkan situasi dengan jelas di minda mereka. Uihhh...orang muda (muda dalam bidang ni le...) macam aku ni mula la rasa susah benda ni. Baca je lagi best daripada buat. Tapi buat sendiri lagi best daripada baca orang punya, kan kan kan. Yang pasti, penulis berjaya ialah yang mampu menyertakan perasaan ke dalam karyanya. Karya itu hidup bernyawa. Lagi satu tak tipu orang. Faktanya begitu hidup sampai mempengaruhi minda. Contohnya, tulisan Plato berkenaan Atlantis sungguh mempengaruhi manusia sehingga para penyelidik berusaha ke hari ini mencari di mana lubuk Atlantis yang dah terbalik up side down kononnya tu. Sesapa yang jumpa Atlantis dulu bakal menjadi orang paling berkuasa di dunia memandangkan kota legenda tu penuh dengan kemajuan yang jauh melebihi pencapaian manusia moden hari ini. Bayangkan!!! Tapi kalau itu hanya rekaan Plato, nak kira tipu ke?
Jadi, fakta tak penting melainkan berita terkini kat dalam TV. Ehhh, kekadang tu pun ada tokok tambahnya kan. Itulah bezanya antara ilmu kebenaran dan ilusi manusia. Jadinya, penulis juga memainkan peranan penting menegakkan kebenaran. Itulah penulis berhemah dan hasil karyanya bernilai tinggi tak tenggelam dek zaman. Bakal memungut hasil dua alam, alam fana dan alam kekal di sana kelak, insya Allah. Seperti ulama-ulama lampau, Imam Al Ghazali salah seorangnya, mengalami pengembaraan rohani yang tak terjangkau dek akal manusia ketika menghasilkan Ihya Ulumiddin. Ternyata karya itu sungguh tinggi nilainya membuka fikiran baru kepada manusia sehingga kini.
Akhir sekali, penulis seorang yang penuh rahsia. Rahsia yang telah, sedang dan akan dilambakkan di dada kertas atau skrin komputer. Rahsia yang akan dikongsi dengan para pembaca. Rahsia yang tak menjadi rahsia akhirnya. Lalu mencipta rahsia lagi. Kerana anugerah akal fikiran dari Pencipta, tak pernah berkesudahan. Umpama lautan yang luas terbentang, atau seisi alam yang entah di mana sempadan.
---> aku seorang aku.

Seorang Penulis itu...


Seorang yang bergelar penulis, atau mampu memikul title penulis, ialah orang yang selalunya peka dengan persekitarannya. Paling tidak disangkal, bakatnya sedikit sebanyak bermula sewaktu masih terlalu muda. Minatnya tinggi, kebolehannya hebat menguntai ayat dari isu simple hingga isu berat. Pastinya dia sangat gila buku, apa saja akan dibacanya. Dari situ dia akan mengumpul maklumat, memeramnya, memprosesnya dan mengeluarkannya semula. Jiwanya halus dan berseni kerana dia memang berada dalam golongan orang seni. Otaknya sentiasa berligar, berpusing-pusing dan menerawang hingga ke angkasa paling tinggi yang mampu digapainya dalam tidur dan jaga. Yang lebih bermakna ialah dia mampu mengolah itu semua ke dalam bentuk ayat yang bakal disampaikan dengan mesej yang diingini kepada para pembaca. Bukan terpendam di dalam jiwa atau menjadi basi di dalam fikiran semata.

Biasanya dia tiada ketrampilan. Orangnya umpama seniman jalanan. Rendah diri tapi sarat dengan perjuangan. Apa sahaja tema yang diangkat akan diperjuangkan sehingga ke titik terakhir. Memang mengkagumkan!! Apatah lagi jika penulis itu mampu mengungkapkan kata-kata mutiara yang dipetik dari sumber sahih yang tidak pernah berubah sejak zaman kebenaran bermula semula, atau memetik kata-kata Penghulu akhir zaman yang penuh dengan pendidikan jiwa insaniah cemerlang. Setakat kata-kata Hamka pun sudah cukup memuaskan pada aku yang sinting ini.

Apa lagi seorang penulis itu?

Yang pastinya, dia tetap manusia biasa. Hanya dia lebih gigih, terlampau gigih, berbanding dengan orang-orang yang gigih-gigih belaka. Dia tetap mempunyai kelemahan di mana-mana, juga kelebihan di mana-mana. Itu semua berpadu disatukan menghasilkan dia yang sebenar di sebalik cerita yang dipersembahkannya bila-bila sajaaaa.......


Aku ni penulis apa??? Setahun dari sekarang? Dua tahun dari sekarang? Sepuluh tahun dari sekarang.......kalau umur panjang. Aminnnnnnnn..

Thursday, May 28, 2009

HALA TUJU


Mungkin benar kata Kak Ju. Keluarga ni ada bakat menulis. Contohnya dia sendiri. Dan aku tak menyangka Kak Ja pun sering menghantar puisi-puisinya ke media. Oh ya baru aku teringat, masa remaja dulu pun karya aku pernah keluar kat majalah. Salah satunya sajak spontan yang aku nukilkan selepas berpisah dengan best friend aku, Munaliza namanya. Maka sajak tu pun bertajuk 'MUNALIZA'. Keluar kat majalah Gila-Gila sebab masa tu majalah tu yang sering aku baca. Seronok gila bila baca sajak sendiri kat situ. Tapi sayangnya aku tak cuba menyimpan, kalau tak boleh gak tengok2 macamana rupanya sajak tu.


Kian lama kian aku maklum hala tuju hidup ni dan harap2 tak salah lagi. Ye lah, dah sekian lama aku 'mengembara' dalam pelbagai situasi hidup dan pekerjaan, rasanya semakin sampai ke pelabuhan yang tepat. Sehingga semalam pun ada juga kekawan yang bersimpati pada aku dan nak offer kerja kat aku, bila aku nyatakan sekarang aku hanya surirumah je. Mak kat kampung pulak tak jemu lagi mengajak aku stay kat Seremban dan dia nak aku kerja ngan Kak Lia. Mak memang tak pernah putus asa carikan aku kerja (sampai kekadang aku segan).


Walhal mereka tak tau betapa sukanya aku duduk kat rumah. Bayangkan, macam terkurung je dalam rumah tapi sebenarnya aku rasa inilah kebebasan sebenarnya. Cuma, yang benar dan pastinya, tak merasa la pegang duit sendiri...sikit2 pun nak kena mintak. Tu lah!!


Hala tuju terkini ni, baru je menerjah ke minda aku kira-kira sebulan yang lepas.


Setahun lepas, aku merancang jadual kehidupan sebagai wanita berkerjaya. Aku dah pun merasainya. Aku tersiksa sebenarnya. Terpaksa patuh pada rutin yang aku kurang suka dan aku rasa lemas. Okey, bukan tak pernah pun. Pernah!! Masa lepas belajar dulu pun pernah kerja. Sampaikan gaji aku kena tahan sebab nak berhenti kerja.


Mungkin tak ada kesesuaian jiwa. Jiwa aku bukan jiwa bekerja dengan orang. Jiwa bekerja sorang-sorang. Aku memang lemas dengan rutin. Kecuali rutin mengadap komputer. Aku sanggup berjam-jam lamanya. Lagilah dah ada blog ni. Malu tak malu, aku tetap nak menulis.


Pelan-pelan, aku mula dapatkan idea nak mereka cerpen. Nak buat novel, tak mampu lagi rasanya. Aku mulalah meminjam novel dari library dengan rasa gerun. Semua novel tebal-tebal. Aku gerun nak meminjam khuatir tak terbaca. Aku juga cukup kagum dengan wanita-wanita seusia bahkan ada yang lebih berusia dari aku yang selalu bertembung di kaunter sedang memulangkan setimbun novel tebal dan meminjam setimbun lagi novel tebal. Wow!!! Ada yang surirumah ada yang berkerjaya. Aku...?


Pengesahan Kak Ju memang memberangsangkan aku. TQ Kak Ju!! Cerpen tu dah separuh jalan. Sedang merangka ke akhir. Dan ada cite lain , maybe love story. Tapi sebelum tu nak baca satu dua novel percintaan, biar dapat aura sikit. Cari buku sifu kat library tak ada pulak. Tak tau nak pinjam mana satu sampai terpaksa dapatkan bantuan librarian.


Ya Allah Ya Rahman, ampunkan dosa-dosa kami yang sering berdosa ini, panjangkan usia kami dalam keberkatanMu dan mudahkan segala urusan kami selalu. Aminnnnnnnnn.


Wednesday, May 27, 2009

Bakat Terpendam



Aku menziarahi blog kakak aku yang kerja kat Telekom tu pagi ni. Wah wah nampaknya dah bertambah cerita-cerita di situ. Patutla dia suka sangat nak menulis, ada bakat terpendam rupanya.




Ada banyak nilai moral dan pengajaran yang boleh diambik dari cerita harian yang dipaparkan. Susunan ayat dan lenggok bahasa pun sedap. Walaupun aku ni tulis diary je boleh, tapi bila baca orang punya tu pandai jugak la menilai.




Boleh la bagi bintang kat dia..berapa bintang, 6 bintang!!! siap dengan bulan lagi nih...




Nampaknya adik-beradik ni ada kecenderungan ke arah bidang penulisan. Kak Ju dah pun menempa nama lama dulu dalam bidang ni. Sekarang buku-buku karyanya dah pun berada di pasaran. Bakat siapa yang dah menurun agaknya? Entahlah, orang tua dalam keluarga kami mana la yang menulis sangat. Yang aku dapat tau satu masa dulu mak hampir-hampir nak jadi cikgu tapi tak ada rezeki ke situ. Apa yang pasti tulisan (handwriting) mereka memang cantik. Kalau jengok2 balik buku2 lama akan ternampaklah tulisan mak dan abah, Uda Sameon dan abah Manaf, memang berseni dan cantik. Tulisan kakak2 aku pun apa kurangnya, even tulisan adik aku pun cantik je. Walaupun tulis laju tapi tak mengurangkan kualitinya. Tak la caca marba macam tulisan aku. Tulisan aku...ahh, perlahan pun caca, laju jadi marba...

Aku ni pulak bila nak lebih serius dalam bidang penulisan agaknya?? Jawab Intan, jawab!!! Tadi aku pi bukak blog Pipiyapong, huh, pening kapla aku baca dia punya cerita. Dah la mata lum elok lagi, rabun pun macam bertambah je, tapi best la sesuai dengan penampilan rock dia tu. Memang aku respek kat budak-budak sekarang ni, penuh idea. Sarifuddin tu pun apa kurangnya, masih belajar tapi dah buat beberapa buku dengan tema lain dari yang lain. Tahniah pada korang sume.
Aku nak kena karang pasal KOMITMEN la lepas ni. Bukan apa, nak bagi sedar diri sendiri yang kurang sedar ni. Komitmen aku ni tak menentu. Biasanya aku komplen diri sendiri je sebab aku jarang nak terima komplen orang, tu la masalahnya.

Hanya kepada Allah dipanjatkan doa kesyukuran di atas segala limpah kurniaNya. Buatlah sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri dan umat Islam umumnya. Semoga menjadi hamba ALlah yang bertaqwa dan mendapatkan kebaikan dunia akhirat. Aminnnnnnn.

Tuesday, May 26, 2009

Mengantuknyaaaaa!!!!!!!!...

gambar 1: Di ruang tamu rumah, sedang menonton tv tapi..mengantuklah!









gambar 4: Di buaian nurseri, baru lepas menangis sebab mama lupa nak bawa selipar Hidayat ke nurseri. 'Kuciwa' sampai terlelap!

Monday, May 25, 2009

Sakit Mata Merah

untuk makluman, di antara sebab sakit mata merah berpanjangan pada seseorang ialah kerana alahan ubat iaitu berkemungkinan besar ubat titis yang digunakan tidak bersesuaian. apabila ini berlaku, sepatutnya anda merujuk semula ke klinik berdekatan dengan membawa ubat yang telah anda gunakan sebelum ini. pihak perawat akan menukar dengan ubat yang lain dan anda perlu memerhatikan sebarang pembaikan dengan ubat seterusnya. pastikan tisu yang anda gunakan untuk mengelap cecair di mata yang sakit itu terus dibuang ke dalam bakul sampah. jangan gunakan ia untuk mengelap mata yang belum dijangkiti untuk mengelakkan sakit mata merebak. cuci tangan dengan bersih dan gunakan tuala tangan yang bersih untuk mengeringkan tangan anda. jangan gunakan ubat titis sebarangan. ubat titis untuk kanak-kanak juga berbeza dengan ubat titis untuk orang dewasa. secara tradisional, terdapat sedikit pantang- larang yang akan diberikan sekiranya anda merujuk orang-orang tua yang berpengalaman tentang sakit mata. diantaranya ialah berpantang makan ayam dan makanan laut yang gatal-gatal, telur, dan kekacang. juga elakkan makanan bergoreng. sebaliknya jamulah selera anda dengan makanan yang dimasak rebus. kalau tanya doktor, memang tak ada pantang. tepuk dada tanya selera. kalau nak cepat baik, pandai-pandailah jaga tekak. sanggupkan anda bermata merah kedua-duanya atau mata cemer sebelah?..
Petua tradisional yang mujarab ialah titiskan susu ibu ke dalam mata, ulang beberapa kali.  Jadi, usahakanlah mendapatkan sedikit susu ibu untuk tujuan perubatan ini.  Pada masa yang sama, tingkatkan penjagaan kebersihan mata itu sendiri dan tangan, gunakan kapas untuk sekali lap pada sebelah mata menggunakan air suam dan buang.  Ambil kapas bersih yang lain untuk lap mata yang sebelah lagi.  Oh ya, jangan lupa baca Bismillah... dan selawat Nabi banyak-banyak.  

Friday, May 22, 2009

Rama-Rama

rama-rama

rama-rama

rama-rama cari bunga

bunga putih bunga merah

bila makan baca Bismillah


sudah makan terbang tinggi

sambil syukur dalam hati

Allah hurabbi

Allah hurabbi

kerana Allah beri rezeki

Thursday, May 21, 2009

Kifarah Dosa

gambar yang tak ada kena mengena dengan tajuk...
tapi baby ni cute kan...

telah dua kali dia berkunjung ke klinik. kali ini ke klinik swasta pula. doktor perempuan yang cantik manis dengan tahi lalat di tepi bibir itu mnghadiahkan sekuntum tersenyum lawa kepadanya. dia benar-benar mengalah dengan sitausi ini. daya penglihatannya jauh merosot. dia tidak dapat melihat dengan jelas menggunakan hanya sebelah mata saja. dia tidak juga dapat mengagak jarak dengan tepat. mujur dia tidak tersasar ketika memotong kepingan ayam menjadi ketulan kecil-kecil untuk melengkapkan bahan tomyamnya tengahari tadi.


dia agak malu kepada tetamu-tetamunya yang datang berkunjung. cepat-cepat dia mengenakan rayban hitam besar itu untuk melindungi matanya. memang tidak selesa memakainya kerana rayban murah itu senget sebelah. seolah-olah telinganya tidak seimbang kedudukannya sebelah senget ke bawah dan sebelah lagi ke atas. tapi dia terpaksa mengenepikan perasaan itu.


dia benar-benar berdoa agar keadaan matanya kembali pulih seperti biasa. juga agar mata anak bujangnya turut bertambah baik dan sembuh seperti sediakala. pasti ada hikmah di sebalik semua ini. kifarah dosa barangkali. semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya yang disengajakan mahupun yang diluar kesedarannya sekian lama. dia hanya manusia biasa yang selalu melakukan salah dan silap. kekilafan berlaku sebarang waktu. ini semua pengajaran dan didikan dari Tuhan. agar dia tidak melupakanNya, kembali semula kepadaNya. juga agar dia benar-benar mensyukuri nikmat sihat yang dikurniakanNya selama ini. pasti ada rahsianya keadaan ini terjadi tepat pada masa dia telah bersedia menyerahkan nurseri kesayangannya kepada staf baru itu. Tuhan memang Maha Baik. Dalam pada hendak menguji hambaNya, disiapkan dulu keadaan yang sesuai dengan kemampuan hambaNya itu.




---> Jangan berputus asa dan kecewa dengan keadaan yang menimpa. jika kita rasa kita dalam kesusahan yang besar, ketahuilah ada lagi orang lain yang menghadapi keadaan yang lebih sukar. juga percayalah, Tuhan tidak akan menguji kita lebih dari kemampuan kita menghadapi ujian itu. dan juga apabila tiba ketikanya, ujian itu pasti akan berakhir. Hanya Tuhan yang Maha Kekal selamanya. jangan lupa mengucapkan syukur ke hadratNya sentiasa. Alhamdulillah.................

Dia dan matanya


dia bergegas bangun. rambutnya kembang berserabai tidak dihiraukan. kepalanya masih dirasakan agak pening. nyata dia masih kurang sihat. tetapi suhu badannya normal, tidak seperti orang demam. dia segera mengambil sekeping bungkusan panty liner Anion lalu merobeknya dengan agak ganas dan kepingan itu digunting menjadi dua. segera dia mengeluarkan potongan kecil strip berwarna hijau, membasahkannya dengan air paip dan menepekkannya di mata kanan.

dia masih memikirkan mata budak lelaki itu semakin beransur baik dalam tempoh empat hari sahaja. sehinggalah budak itu mampu ke sekolah tepat pada hari dia perlu menjalani peperiksaan. tetapi matanya sendiri telah masuk empat hari masih merah menyala, cumanya tidak berjangkit ke mata kiri. ubat titis yang dipakai sama. semasa dia memberitahu emak mengenai keadaan matanya tempohari melalui telefon, dia disuruh jangan menggoreng dan elakkan makan makanan berminyak. namun dia tidak dapat lari dari rutin memasak. suaminya endah tak endah bila dia mengabarkan nasihat emaknya. bahkan lelaki itu menempah hidangan tertentu pula untuk dimakan tengahari yang tentunya bergoreng. mungkinkah kerana itu? (dia terpaksa menunduk melihat dengan dekat lambang soalan kerana penglihatan kurang jelas). pagi ini dia terfikirkan tentang strip ion negatif yang dipakaikan di mata budak lelaki itu. itu sahaja yang berbeza antara dia dan budak itu. dua malam berturut-turut (kecuali satu malam dia terlupa) dia meletakkan strip hijau itu di kedua-dua belah mata budak lelaki. dia pula dengan harapan yang tinggi jua memberi masa kepada dirinya untuk bersabar selama setengah jam lagi dengan strip hijau itu di mata kanannya. petang semalam Bibik Su yang singgah membawa kerepek jualan memberikan petua agar pagi-pagi esok dia menitiskan air kencingnya kedalam mata. sepanjang malam tadi dia membayangkan bagaimana hendak menitiskan air itu di matanya. mudah-mudahan strip hijau ini dapat membantu membaiki kondisi matanya tanpa perlu menggunakan air itu, dengan izin Allah. aminnnnnnnnnn.

Tuesday, May 19, 2009

Kes Pecah Rumah Lagi


Pencuri itu semakin berani. Apa taknya, mereka memecah masuk ke rumah mangsa terbaru sekitar jam 9 pagi. Ada saksi memberitahu telah ternampak sebuah kereta Wira berwarna hitam berhenti di hadapan rumah mangsa tetapi tidak mengesyaki apa-apa. Mangsa yang bertugas sebagai seorang guru telah meninggalkan rumah pada awal pagi sekitar jam 7 manakala suami mangsa pula pergi kerja sekitar 830 pagi. Jiran sebelah rumah mangsa juga tiada di rumah ketika kejadian berlaku. Ini menguatkan sangkaan bahawa pencuri tersebut beroperasi di dalam kumpulan dan telah membuat perancangan yang teliti dengan memerhatikan pergerakan keluar masuk penghuni di sekitar kejiranan ini. Walau bagaimanapun hanya sebuah tv LCD sahaja yang berjaya dilarikan oleh pencuri tersebut. Barang-barang berharga yang lain seperti barang kemas dan sebagainya tidak dapat ditemui oleh pencuri itu dengan andaian mereka tidak mempunyai cukup masa untuk menggeledah keseluruhan rumah tersebut.

Inilah risiko kejiranan ini yang terpaksa ditempuhi. Keadaan perumahan yang sebaris sahaja dan jenis rumah semi-D membuka ruang yang mudah kepada pencuri untuk melakukan kegiatan mereka. Hampir semua rumah telah dimasuki oleh pencuri. Habuan yang mereka perolehi juga berbagai-bagai dari wang ringgit sehingga kepada barang-barang yang lebih berharga seperti kamera berjenama, laptop dan lain-lain. Waktu mereka beroperasi juga tidak mengira masa. Seluruh kejiranan ini merasa begitu marah dan tak dapat bersabar lagi untuk membelasah pencuri-pencuri tersebut. Pihak berkuasa yang mengambil aduan hanya mampu menjalankan tugas setakat itu sahaja selain mengambil cap jari atau kesan-kesan lain yang ditinggalkan di pintu dan sekitar rumah mangsa-mangsa.

Terdapat jiran yang memasang kemudahan CCTV di beberapa penjuru rumah mereka dan setakat ini rumah sedemikian tidak lagi dimasuki pencuri. Terdapat saranan agar setiap rumah dilengkapkan dengan alat penggera yang akan berbunyi apabila terdapat cubaan memecah masuk ke rumah.

Setakat ini mangsa-mangsa tidak pernah diapa-apakan apabila rumah mereka dimasuki semasa tengah malam atau awal pagi ketika mereka sedang nyenyak tidur. Inilah yang paling menakutkan kerana pencuri-pencuri itu boleh berbuat apa sahaja kemungkinan sekiranya mereka mahu terhadap mangsa-mangsa tersebut yang tidak bersedia menghadapi keadaan tersebut.


********************************

Ya Allah, selamatkan kami dan kejiranan ini dari segala musibah penyakit dan kecurian lagi

Rapatkan silaturrahim di antara kami seperti berkasihnya sahabat yang paling akrab ataupun saudara yang paling erat. Tetapkan iman kami dan ampuni dosa-dosa kami semua. Amin.

Sebuah Kebebasan



Pagi ini wanita itu agak rengsa. Ada rasa kurang upaya sedikit, hanya sedikit...maknanya kurang cergas seperti biasanya. Selepas bersalaman dengan anak-anak, mencium pipi dan dahi mereka (dan dicium pula oleh anak-anak juga di pipi dan dahi..) lalu mengucapkan selamat melepaskan anak-anak itu bergerak pergi ke sekolah. Hari ini hari pertama mereka akan menghadapi peperiksaan semester pertama. ''Semoga berjaya! Jawab soalan baik-baik dan teliti."

''Tapi, jangan lama sangat baca soalan, nanti tak sempat nak jawab semua...'' pesan lagi kepada budak lelaki Tahun 1 pula. Fikiran yang lurus dan bersih kadang-kadang silap tafsir sesuatu maksud yang ingin disampaikan. Jadi perlu ditambah dengan sedikit peringatan.

Kemudian, wanita itu terfikir sesuatu. Lantas dia mencapai basikal yang bersusun dengan dua buah motor di sudut rumah, tetapi tergesa-gesa masuk menghilang ke dalam rumah lalu muncul lagi dengan penampilan agak berbeza. Dia memakai sepasang kacamata hitam pula. Lalu dia berkayuh ke hilir menuju rumah pertama di deretan perumahan semi-D itu. Sekadar ingin meninjau nurseri kesayangannya. Di pertengahan jalan, terlihat sebuah van dengan pintu bahagian driver terbuka. Dia tidak dapat melihat dengan jelas ke dalam van kerana kacamata hitam itu menghalang penglihatan yang jelas di pagi yang masih kelabu. Tiba-tiba lampu van dinyalakan sekadar isyarat lalu dia ternampak gerakan tangan oleh seseorang dari dalam van. Sekadar membalas sapaan, dia pun mengangkat tangan juga. Jiran yang baik dan berhemah, sering memberi isyarat menyapa apabila bersua.
Sungguh menyenangkan jiwa! Walau seolah-olah terkurung di sebalik kacamata hitam yang terpaksa dipakai di pagi yang tenang, tetapi aura kebebasan kian kuat terasa. Walau digiat-giat oleh jiran-jiran yang ternampak keanehannya pagi ini, dia tak terasa apa. Hanya senyum dan kadang-kadang ketawa sedikit. Umpama burung yang sedang terbang melayang di angkasa yang luas terbentang. Seperti seekor helang yang menongkah langit setinggi-tingginya lalu melayah turun selaju-lajunya hendak menerkam ke bumi. Juga mungkin seperti sedang bertafakkur di tengah-tengah padang hijau yang teramat luas. Atau seperti sedang menatap senyuman suci dan tulus dari seorang bayi yang sudah pandai bermain mata. Memang mempesonakan perasaan..!

Mesej utamanya ialah Kebebasan. Tapi apa faedahnya jika kebebasan itu tidak dapat digunakan secara yang terbaik? Tanpa ilmu disiplin diri, kemahuan yang tinggi, perancangan serta matlamat yang paling diingini, masa akan terbuang begitu sahaja. Dan itulah yang paling malang dan memberi nilai sifar kepada kebebasan. Kasihan...

Fokus dan fokus dan fokus dan teruskan langkah menuju impian. Jom menuju kejayaan!!!!!!!!!!

Selamat Ulangtahun Pernikahan ke-14


Diary Islam 2009 diselak-selak. Ada catatan peringatan di sini, di mukasurat bertarikh hari ini, 19 Mei 2009, ''ULANGTAHUN PERNIKAHAN KE-14''.


Dah 14 tahun rupanya hidup bersama. Alhamdulillah, syukur ke hadrat-Mu, ya Allah.

Inilah orangnya yang telah Kau tetapkan untukku sejak azali, rupa-rupanya. Inilah orangnya yang paling sesuai untukku. Ada keserasian dan persefahaman dalam hampir semua perkara. Termasuklah sikap dan permikiran. Kalau garang pun, ada juga sedikit persamaan. Sehingga sesama sendiri pun saling berantakan. Kemudian, muncul semula kelembutan dan cahaya kasih-sayang yang dikurniakan Tuhan.


Perbezaan tetap ada. Mana mungkin sama semuanya. Latar belakang dan perut yang mengandungkan pun berbeza. Adik-beradik dari satu ibu pun tidak pernah sama. Di situlah daya tarikan dan keistimewaannya. Umpama dua magnet dengan kutub yang berbeza, saling bertarikan untuk bercantum erat.


''Apa yang penting? Kerjasama''

''Apa yang penting? Kerjasama'' kata tiga sekawan dalam Wonder Pet di TV9.


Pembelajaran dan garapan pengalaman terus berlaku setiap detik. Itulah dia! Ternyata perbezaan itu mengandungi pengajaran yang besar nilainya untuk kesinambungan hidup di bawah satu bumbung dengan satu ikatan yang dimeterai dalam lafaz pernikahan. Semoga terus berada di dalam keredhaan Allah. Kerana tiada apa yang lebih bermakna selain keredhaanNya demi penghidupan yang abadi di alam yang kekal kelak. Insya Allah.


Wahai Tuhan, tetapkan kami di atas jalan yang lurus yakni jalan orang-orang sebelum kami yang Engkau redhai. Janganlah biarkan kami walau sesaatpun, kasihani kami dan ampunkan dosa-dosa kami. Aminnn........


Surah At-Taubah (104) maksudnya: ''Tidaklah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat dan zakat dari hamba-hambaNya, Allah Maha Penerima lagi Penyayang.''


Nabi S.A.W. bersabda, maksudnya: ''Sesungguhnya Allah Taala suka melihat hambaNya berusaha berpenat letih mencari rezeki yang halal.'' (hadis riwayat As-Dailami).


* Semoga setiap hari anda dan kita semua bertambah gigih dalam berusaha ke arah berbuat kebaikan dan mencari keredhaan Illahi. Juga semakin sihat dan selalu dalam keceriaan.


** Hari yang datang pasti akan pergi. Usah biarkan kedukaan menyelubungi jiwa berterusan. Izinkan hati anda tersenyum dan mulakan hidup baru dengan semangat juang yang lebih bermakna.


Monday, May 18, 2009


Semalam, mata kanan itu rasa berpasir. Hari ini, mata yang itu telah kemerahan.

Kelmarin, budak lelaki itu pun begitu. Mereka sama-sama mengambil nombor giliran di klinik pagi tadi. Ramai orang menjauhi mereka. Ada yang mulutnya kumat-kamit, baca mantera barangkali. Ada yang lebih berani, terang-terangan katanya, ''ko sakit m**a, aku sakit b****t''


Tapi dua orang itu redha, tetap tenang. Sesekali apa salahnya. Biarlah saja! Hari ini masa mereka nak kena. Orang-orang tu tunggu saja la giliran.. Kalau tak esok, bulan depan, tahun depan. Pokoknya, anytime kan...


Budak lelaki tu memang suka sangat. Dia berseronok depan komputer. Rasanya biarlah mata tu terus begitu. Lagi digenyeh-genyeh. Nampak terbit urat merah. Kasihan si mata yang tak berdosa. Dia tak perlu bangun pagi-pagi mandi. Tapi, esok kan periksa. Nak tak nak kena pergi sekolah juga. Harap-harap si mata semakin sejuk, nyaman dan segar menjelang ke pagi nanti. Segar dalam lena.


Cuma kurang enak bila turun rasa luar biasa yang tidak sedap ke anak tekak selesai menitiskan cecair putih dari botol kecil ke mata.


Terima kasih wahai Tuhan! Kerana memberi kami nikmat mata yang percuma. Perjuangan tidak pernah padam dalam kehidupan. Dalam diri juga ada perjuangan walau tak disedari oleh insan.

Friday, May 15, 2009

Boleh, Insya Allah!


''Saya dah check bacaan dia''

''Macamana, ustaz?''

''Dia boleh sebenarnya''

''Alhamdulillah''


''Sebenarnya dia mampu. Dia tak lemah''

''Ya, cuma fikirannya bercabang-cabang''

''Karnival. Surf internet..''

''Ya. Ya. Saya fikir macam tu.''


''Lepas ni saya tak bagi dia balik kerap"

''Ya. Ya. Lepas ni semua tak dibenarkan balik. 1hb Jun periksa''

''Saya harap ustaz izinkan adik dia ni datang Sabtu Ahad''

''Ya boleh. Boleh. Tak ada masalah. Insya Allah''

''Saya nak dia menyesuaikan diri. Kalau ada rezeki, dia masuk esok abang dia ni dah keluar''

''Ya. Ya. Boleh. Boleh''


''Kalau macam tu, terima kasih banyak ustaz''

''Ya. Ya. Sama-sama''


''Salam ustaz..salam ustaz..''


Kereta berekzos sport berwarna biru tua itu berlalu pergi dengan penuh gaya. Budak berserban putih berjubah putih tersandar di tempat duduk belakang, diapit oleh adik-adiknya. Wajahnya tenang saja. Wanita bertudung merah mudah krim dipenuhi labuci fesyen terkini tersenyum puas. Keyakinan meningkat di hati. Harapan membuak di dada. Perjalanan tetap diteruskan semenjak langkah pertama menapak. Mohon restuMu, Tuhan.


''

Hari Itu Dia Lahir


Jumaat, jam 8 pagi. Terdengar langsing suara seorang bayi. Terkejut barangkali tika tubuh mulusnya di sapa udara dunia fana. Atau barangkali juga kesakitan pusatnya dicucuk kuku jari syaitan yang keji.

''Perempuan''
''Perempuan lagi? Huh''
''Alhamdulillah...''
''Kalau lelaki, tak payahlah. Lelaki ada sorang je''
''Ni bolehla. Dah 4 perempuan''
''Nanti hantar telegram kat dia. Suruh datang ambik''
Wajah wanita berkulit kuning langsat iras Lisdawati tenang saja. Bintik-bintik peluh bercahaya di dahi dan celah-celah rambut hitamnya. Tiada kata. Membisu. Pasrah.
Demi kasih yang tulus di sanubari. Dia redha.
bersambung...

Thursday, May 14, 2009

Napa?

Hari ni tak la panas sangat!

Bahkan redup, angin sepoi-sepoi bahasa..



Tapi apasal letih semacam?...
Bukan tak makan, dah melantak dah...
???????????????????????????????????????????????????? pikir punya pikir, rupa-rupanya....aku lum mandi pagi (4.00 pm sekarang). Patut la badan rasa tak fresh! Apasal tak mandi ha?
Pesanan kepada semua anak-anak sedara kesayangan: mandi la pagi-pagi baru badan fresh, otak pun segar, ye Nawal. Mak Teh tau Nawal mesti mandi pagi kan sebab nak g sekolah.

Mendung semalam


semalam memang mendung tapi kejap je. ''Kalau mendengar guruh di langit, air tempayan di curah jangan'', teringat senikata lagu evergreen 70an, sapa penyanyinya tu, Sanisah Huri ke..atau Rafeah Buang. Mak tau la tu, aku tak sure pulak. Pagi tadi, masa aku hidupkan enjin van Rusa tu, aku melihat warna langit agak jingga dan penuh awan kelabu. Masih awal sekitar 645 pagi. Aku jangkakan hari akan hujan. Betul pun, bukan nak hujan tapi dah hujan pun malam tadi tanpa aku sedar. Jalan basah dan ada lopak air di sana-sini. ALhamdulillah, setelah beberapa lama cuaca panas membahang, keadilan Tuhan menurunkan hujan pula. AKu tak perlu menyiram pokok bunga macam selalu.

Aku beli sebungkus nasi lemak dan dua bungkus meehoon goreng di depan Tadika Ukhwah. Selalunya aku order saja dan selesai. Kali ini, aku ada hati pulak nak menyembang dua tiga ayat. ''Mendung nampaknya pagi ni''. ''Haah, malam tadi ujan'', sambut pembantu akak yang menjual nasi lemak sambil duduk di kerusi. Akak penjual nasi lemak sedang membungkus meehoon. ''Dah lama panas bahang. Ramai budak meruam, demam..anak saya sakit mata lum elok lagi..'' aku menambah bila lihat akak tu macam tak de idea nak menyampuk. ''Memang sekarang ni macam-macam, ruam la, demam la, macam-macam sakitnya budak-budak ni'', akhirnya dia menjawab juga. AKu menghadiahkan senyuman sambil menghulurkan wang ke tangannya lalu mengambil bungkusan. ''Ma kasih ya''.

AKu tak membangunak Dayat untuk ke sekolah. Aku lihat mata kirinya melekat, ada kesan lelehan airmata ke pelipis kiri. ''Tak boleh gi sekolah nih..biar rest je kat rumah'' getus hatiku. AKu berpesan kepada AIn supaya menyampaikan kepada guru kelas Dayat berkenaan keadaan Dayat.

Setelah hampir semua urusanku pagi ni selesai, tiba-tiba masuk sms dari Pah.

"Kak, sampai bila Dayat cuti?''.

''Alamak, lupa la pulak!'', aku mengumam sendiri lantas mendail no hp Pah. ''Salam, Pah. Sori la lupa nak bagitau tadi. Akak biasa la pagi2 terus g nurseri lupa sume.''

''Akak memang..pelupa..hehe''

''Yo la apo nak buek bizi jo''

Sejak aku stop bawk budak ke skolah, Dayat aku tumpangkan dengan Pah g sekolah. CUma pagi ni aku terlupa Dayat aku 'cutikan' sebab sakit mata tu.

(eh, camano nak buat ''Baca seterusnya' tak yah la panjang2 keluar kat sini. Sapa tau tolong bagi tau. Tq.)

Wednesday, May 13, 2009

Masih aku teringat

dulu, aku selalu berseorangan. akhirnya aku cenderung zip mulut. nak berkawan pun tak pandai. hanya dengan keluarga je aku ceria dan boleh berlucu (aku agak humor jugak rasanya...). dan akibat lagi satu ialah aku terdorong dan cenderung bersahabat dengan buku. masih aku ingat beberapa cerita yang pernah memberi impak kepada diri
aku. wujud perasaan seronok dan tenggelam dalam cerita. dah abis baca baru aku kembali ke alam realiti. sampai macam tu sekali. biasala, alam realiti tak sehebat alam fantasi dalam buku cerita. ye la cerita kanak-kanak atau remaja, masih ada campur aduk dengan kesempurnaan dan warna-warni yang sukar ditemui dalam hidup seharian. Si Pitak Jauh Di Rantau..Kisah 1001 Malam..lagi..lagi..tak ingat la pulak. Tapi sikit-sikit masih ada saki-baki sekurang-kurangnya watak utama macam cerita rakyat (tak ingat negara mana punya). Seorang budak lelaki termasuk ke dunia katak yang pandai bercakap... atau pengembaraan seorang raja menunggang kuda menempuh padang suasa, padang emas dan padang permata. Bertemu puteri bidadari yang sungguh jelita. Namun dengan rendah hati, aku akui tak banyak buku yang pernah dibaca. La ni ada dua novel tebal gila dah bertahun2 tersusun rapi di rak buku aku lum baca lagi. Satu aku beli satu lagi kawan punya tak pulang2 lagi. Kawan pun dah tak tau kat mana sekarang.


--> Ok Tan, apa pun alasan ko...satu je. Masa terus berlalu. Tak tunggu ko nak baca ke, nak tulih ke, nak berangan ke.. Jangan biarkan angan-angan ko terus kosong. Cipta sesuatu.


-->DEMI MASA...SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN..KECUALI YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.

Salah group la!



oh saya dah masuk salah group. Saya baru nak tulis cerpen je. Tapi nama saya di group penulis novel. patut la mata jadi kelabu baca novel yang panjang2 tu. Tapi auranya dah terasa!
p/s : Bila ko nak start, Tan? kalau dalam kepala je mana nak nampak? tulih...tulih...tulih... (orang tak bagi komen, aku bagi komen sendiri je..)

Join group penulis


Saya menuruti saranan kak Ju agar daftar dengan bengkel online. Malam tadi saya dah dapat thread dari Sifu Az. Saya cuba-cuba baca ringkasan novel dari Aranam dan Najah. Naik kelabu mata saya. Memang la lama-lama mata saya jadi tak selesa sebab asyik merenung skrin laptop. Rasa mengantuk hilang timbul. Malam dah larut. Bila jumpa paragraf yang menarik, hilanglah mengantuk. Memang mengkagumkan! Penulis2 ni mampu membayangkan watak, persekitaran dan jalan cerita dengan jelas sekali. Inilah yang belum mampu saya lakukan. Komen sifu juga sangat membantu membaiki jalan cerita. Menjadikan bahasa lebih hidup dan bermakna. Memang best!

Saya akui saya mesti banyak membaca. Dah berkurun lama saya tak baca novel sama ada novel berat mahupun yang ringan. Macam saya kata sebelum ni, sama ada saya akan lelap atau saya perlu membaca dari muka belakang. Sungguh teruk sekali! Maaf jika saya ego sangat. Kalau tonton tv atau mula baca buku (melainkan buku ilmiah, dulu2), saya macam dah boleh agak kesudahan jalan ceritanya. Kalau tak tepat, sipi2 adalah tepat. Oh! mungkin saya tak pandai nak menikmati jalan cerita. So kena belajar balik nih...


..>Tan, camano ko nak menulih kalo ko maleh nak baco buku oghang yang pandai menulih? mimpi jo la ekau...hek hek hek :(

Nak ke mana, kamu?


Saya termalu sendiri bila dengan beraninya saya menyatakan betapa satu ketika dulu saya dibandingkan dengan penulis tersohor HH. Usia remaja memang banyak yang dangkal dalam pemikiran. Termasuklah yang memberi komentar, lebih kpada membodek barangkali. Kalau yang ditulis tu rasa cinta bersulam rindu, yang membaca pun suka bukan main....macam-macam la. Siapa pernah melalui zaman serupa, tau la kan... Saya tak bermaksud nak berbangga bila menyatakan sedemikian, hanyalah sekadar nak berkongsi 'rahsia'. Itu mmang rahsia, tau! Tapi masih banyak lagi yang rahsia...


Ok, hari ni seperti selalu memang berlaku beberapa perkara yang diluar jangkaan. Putera harapan saya menangis bila hendak dihantar balik ke madrasah. Menangis di depan saya. Kenapa? Dia tak mahu kembali ke sana. Renungan abahnya dari jauh sambil bercekak pinggang hanya membuatkan dia lebih tak keruan. Lucu sekali apabila sepanjang perjalanan dia balik tu, dia dan abahnya bersms dengan saya sebagai orang tengah. Walhal mereka berada dalam satu kereta! Saya maklum sangat sebabnya. Abahnya tak nak melayan kerenah si anak, manakala si anak pula takut nak berlisan dengan abahnya. Ha, tu la jadinya..


Suami saya suka menggunakan cara memerintah dalam didikan kepada anak-anak. Saya kata, stail tutup buka suis. Sekali petik dah off, petik lagi dah on. Macam petik suis lampu. Masa Ain kecik-kecik, dia suka menangis. Mak sedara Sgamatnya kata, ''merabak, ye la, cucu Mat Arbak..sebab tu kuat merabak..'' katanya bukan kata saya. So bila Ain mula menangis memang kuat suaranya. Lalu suami saya akan bagi command ''diam! berhenti menangis!'' (cam tu la lebih kurang), suruh anak berhenti menangis serta-merta. Huh, saya tak suka langsung.


Belum ada keputusan. Kalau ikutkan kehendak dia, minggu ni minggu terakhir dia di madrasah. Saya kata nak siasat dulu. Adakah sebab dah ada internet kat rumah, atau dia rasa susah nak menghafaz atau ada rahsia lain?...


Apa yang pasti, menempuh jalan yang bagi saya tak semua mahu dan sanggup menempuhnya, adalah jalan yang luarbiasa cabarannnya secara fizikal dan mental, lahir dan batin, jasmani dan rohani. Mungkin saya dan suami sebagai parents pun ada kesilapan di mana-mana yang secara tak disedari menyumbang kepada merudumnya semangat juang si anak...


Tuhan, tunjuki kami jalan yang lurus, yakni jalan yang Engkau redhai untuk dunia dan akhirat kami. Amin.

Tuesday, May 12, 2009

Dayat sakit mata


Mata kiri Dayat masih merah seperti pagi tadi jugak. saya buka songkok di kepalanya dan buka tali pengikat tali leher di tengkuk kolar bajunya. ''Hmm..Dayat tak yah gi sekolah petang ni'' saya membuat keputusan. Saya tak mau sakit matanya berjangkit walaupun saya tak pasti ia sakit biasa atau boleh berjangkit. Mata Dayat bulat melihat saya sambil tersenyum lebar menunjukkan gigi arnabnya. Tak pasal-pasal mama bagi cuti!


Belum pun setengah jam di rumah ni, Dayat dah 'berperang' dengan Nessa sebab berebutkan duit syiling dalam dompet...Nessa pun boleh tahan juga kalau bergaduh dengan abangnya. Anak...anak...

Sunday, May 10, 2009

Dayat kena rotan

 

Aku terhenti-henti memvakum lantai gara-gara Dayat asyik merengek dan mendesak aku buka games online di pc. ALong tak ada, g tolong penduduk taman gotong-royong (lebih kepada menyibuk je or menyelit di celah-celah orang). Kalau tak, Along yang akan buat sume tu untuk Dayat. Aduh, bila aku buat tak layan, dia menjerit-jerit dan mnangis. Bila aku stop vakum, duduk kat depan pc, bukan boleh sekejap. Aku risau kalau tak siap vakum bila suami balik dari gotong-royong kang. Vakum ni jenis yang kuat bunyinya memang menganggu ketenteraman tapi apakan daya, habuk banyak. kalau disapu saja akan berterbangan dan mungkin boleh menganggu kesihatan keluarga pula. Akhirnya kesabaranku tergugat jua bila Dayat mula menggunakan vocab yang tak sepatutnya. Aku baru je beli dua batang rotan halus berharga 55sen kat kedai dua ringgit kelmarin. Hari ni aku gunakan untuk merotan Dayat. Dalam hati kasihan dan tak sampai hati. Dapatla Dayat 4 ke 5 das dari aku tadi di kakinya. Sambil tu mulutku pun becok suruh dia mandi dan buat kerja sekolah. Sampai la ni dah 3 jam dia settlekan sume kerjanya dan masih tak cuba lagi buka pc tu. Tapi dia dah ok. Sesekali bila aku 'naik hangin' barulah anak-anak agak menikus. Kalau tak, mak selalu kata aku terlalu berlembut dngan mereka. Bukan apa, tak nak tunjuk 'keganasan' bila ada orang tua kat sini. Lagi satu, aku lebih rela tanganku sendiri yang merotan anak-anak daripada suamiku yang turun tangan. Aku tak sampai hati bila anak-anak dibalun oleh suami yang besar saiznya tu. Setakat ni Nessa je yang belum pernah kena lagi..

Restu Mertua

Airmataku bergenang lagi buat kali kedua. Kali ni lebih banyak airmata meleleh di pipi daripada yang pertama tadi. Kami semua terdiam terpaku. Oh, sedihnya! Sungguh tragis dan menyayat hati. Tiba-tiba Hidayat bersuara, ''Dayat nangis dua kali. Mama berapa kali?''. Cepat-cepat aku mengesat airmata sambil tersenyum kelat, ''Dua kali jugak..Dayat pun nangis ke? Ain nangis?'', kataku sambil mengerling ke arah Ain. Mata Ain merah, mukanya sebik. Ain mengangguk kepala saja. ''Memang lorat budak ni'' bisik hatiku. Kalau Ain sedih lebih teruk dari sesiapa pun, begitu juga kalau dia marah atau ketawa, gamat..
Lakonan Shiela Rusly dan Elly Mazlien memang mengesankan. Di pertengahan cerita pun dah membuatkan kami bertiga sebak. Jalan ceritanya mudah dan mungkin wujud di mana-mana. AKu terkenang mak-mak aku yang kalaulah sedemikian, kasihannya..Tinggal bersendirian, terjengok-jengok di tepi jalan menanti cucu pulang. Sedihnya!
Makeup Shiela pun real cuma yang bestnya bila kamera difokus pada jari-jemari Shiela yang runcing masa nak hisap rokok tu kurang real sebab jari opah cantik sangat! Antara begitu ramai artis di Malaysia ni, aku memang respek kat diaorang berdua ni. Memang pandai berlakon dan penghayatan tinggi. Aku tertanya-tanya Elly nangis tu betul2 ke sebab aku pun menangis tengok dia menangis. Matanya berkaca-kaca menambahkan feeling. Opah pun sama, sampai kami sume nangis ramai-ramai. Sob sob sob... Awak ada tonton tak Restu Mertua malam tadi?

Hidayat


Hidayat ialah putera kedua saya. Merupakan anak ketiga dari 4 orang adik-beradik. Anak-anak saya selang bunga. Masa ni hari raya dan pose ni di ambil di kaki lima rumah Tok Leha (mertua saya) di Kg. Paya Lebar, Batu Anam, Segamat. Wajahnya masih keanak-anakkan sebab waktu tu usianya sekitar 4 atau 5 tahun sahaja. Sekarang wajahnya lebih matang, lebih gelap dan lebih nakal rupanya terutama bila tersenyum menampakkan baris gigi yang rongak-rongak. Dia dah pun berumur 7 tahun dan bersekolah darjah 1. Inilah pose dia yang paling menarik. Ada lagi gambar lain tapi tak boleh download pulak. Gambar terkini semua masih tersimpan dalam hp saya.

Hari Ibu

Saya baru menyedari saya tercepat memberi ucapan Hari Ibu kepada mak-mak saya apabila alarm hp saya berbunyi pagi ini. Saya tercepat dua hari rupanya. Petang Jumaat saya dah menelepon semua mak saya menanya kabar dan langsung mengucapkan ''Selamat Hari Ibu, mak!'' dengan cerianya. Mak R tanya saya, ''bilo hari ibu?''. Saya jawab dengan penuh yakin, ''esok, mak''. Mak Z pulak kata, ''hari ni hari jadi mak, abah dan Kak Ana. Mak kongsi tarikh 8 hb 5 tiga orang''. Masa tu saya kata, ''8hb semalam mak. Selamat hari lahir ye mak. Sok Hari Ibu. Selamat Hari Ibu, makk..''. Cuma mak J yang tak tanya langsung pasal tarikh. Mak J hanya kata, ''Ye Tan, samo-samolah. Intan pun ibu jugak! Haa..bilo nak balik kg?...Copek-copekla pindah Seromban, mak tak dapek nak ko sanun slalu dah..''. Lebih syok lagi gara-gara aku dah mewar-warkan Hari Ibu pada petangnya, malam itu sebaik selesai solat Maghrib, aku menerima dua keping kad ucapan dan dua bungkus hadiah comel dari dua pasang anak-anak. Along share hadiah dengan Hidayat, manakala Ain share dengan Nessa. Berkali-kali muka aku dicium mereka sambil mengucapkan ''Selamat Hari Ibu, mama!!''.

Saturday, May 9, 2009

Tekanan


Saya seorang yang cool dan tenang2 saja. TETAPI keadaan ini tidak berterusan apabila rutin bulanan menziarahi saya. Apabila kadar hormon mengalami perubahan di dalam tubuh saya, kadang2 saya mengalami denyutan di kepala. Kerapkali juga saya menjadi lebih agresif berbanding hari-hari biasa. Maka anak-anak yang berkelakuan nakal akan menjadi mangsa saya apabila tahap kesabaran tidak dapat ditingkatkan lagi. Kata bicara saya juga mengalami perubahan vocabulary.
Demikianlah saya. Keadaan ini semakin saya fahami cuma ahli keluarga saja yang tak mengerti sangat. Ye lah apalah nak dituntut daripada anak-anak yang kerapkali sibuk dengan dunia mereka. Mungkin selepas ini saya lebih telus dan juga paling penting tetap mempertahankan ketenangan seperti biasa. Semoga dibantu Tuhan menjalani rutin kehidupan ini.

diary hari ini


hari ni cuti Sabtu (dan hari Wesak) tapi aku belum berbuat apa-apa untuk menyusun rumahtangga yang telah berantakan 5 hari lepas. Kali ini aku mencipta sejarah baru bila 'berjaya' melunggunkan baju kering di atas katil setinggi busut kecil. Now kepala dah berdenyut-denyut pulak. Aku buka blog nawal, cantik blognya. Blog aku yang kosong dari sebarang gambar. Masih mencuri masa jadi aku lebih suka menaip daripada mengambil masa untuk surf pelbagai gambar di internet. Taklah bermaksud nak sparkling tapi at least ada gambar yang sesuai dengan cerita yang dipersembahkan. Dan aku jumpa blog Syirah kat list nawal. Hmm boleh la pelawa dia ke sini. Dia ni anak sedara aku tapi kami sangat la jarang berjumpa dari dia kecik sampai la dewasa. Tu sebab aku harapkan blog ni dapat merapatkan hubungan kami sekeluarga. Jangan sampai makin lama makin jauh.

Tukar nama bapa angkat

Pagi ini aku mengambil sedikit masa melayari internet. Tiba-tiba hp berbunyi. Kedengaran suara wanita yang tegas nadanya. Panggilan dari JPN rupa-rupanya. Beliau ialah Puan Maznah, Pendaftar yang meluluskan permohonan di JPN. Beliau merujuk kepada permohonan aku untuk menukar nama bapa angkat kepada bapa kandung, dari Manaf kepada Hassan. Katanya, permohonan ini complicated sebab masa yang terlalu lama (39 tahun) dan komplikasi yang bakal aku hadapi dari segi dokumentasi kelak sekiranya permohonan ini diluluskan. Puan Maznah memberi kenyataan sedemikian kerana bukan aku seorang saja yang membuat permohonan ini. Semenjak pihak Mufti mengeluarkan kenyataan wajib menukar nama bapa angkat, ramai yang datang untuk membuat pembetulan. Pelbagai bentuk masalah yang muncul sehingga sekiranya diluluskan akan menyusahkan pemohon sendiri. Jadi Puan Maznah menasihatkan agar permohonan ini ditutup failnya memandangkan aku, keluarga angkat dan keluarga kandung telah maklum kedudukan aku dalam keluarga. Perkara ini memang sebenarnya telah aku maklum sedari awal lagi. Namun demi memuaskan hati semua pihak, aku teruskan juga walaupun baru sekarang aku mampu untuk melakukannya. Moral - takdir yang telah terjadi tidak dapat diubah tetapi hari depan masih boleh dirancang. Semoga Allah mengampuni kami semua.

Friday, May 8, 2009

Anion Tuala Wanita


Testimoni terkini - Selasa 5 April 2009, Syirah 5 tahun dikejarkan ke hospital Banting oleh kedua orang tuanya kerana mendapat sawan akibat suhu badan yang keterlaluan. Waktu itu jam hampir 12 malam. 2 hari gadis kecil ini terlantar di katil hospital dengan suhu badan yang tidak turun2 lagi. Ramai kanak-kanak yang demam di situ telah beransur sembuh tetapi tidak Syirah. Ibunya, Ustazah Ina, sehingga mengalami turun peranakan akibat berkali-kali mendukung Syirah ke bilik air untuk dimandikan. Keadaan anak ni agak pelik kerana suhunya tetap bertahan. Tiada ubat diberikan hanya doktor memantau dan nurse menyuruh Usz Ina membasahkan tubuh Syirah dengan tuala basah. Situasi ini sangat memberi tekanan kepada kedua orang tuanya. Mereka terpaksa bercuti dan memberi tumpuan penuh kepada Syirah. Dalam keadaan tertekan, Usz Ina teringat demo Anion yang diikutinya di rumah saya tempohari oleh Wak Madali. Terngiang-ngiang di telinganya pertanyaan Ita berkali-kali kepada Wak Madali tentang kemampuan gel Anion untuk mengeluarkan panas dalam badan. Tanpa berlengah Usz Ina mengeluarkan sekeping Anion siang hari dan dengan bertawakkal kepada Tuhan, beliau menyapu gel Anion ke seluruh tubuh Syirah. Alhamdulillah, suhu badan Syirah mula turun perlahan-lahan sehingga ke tahap normal. Ternyata gel Anion dapat membantu mengeluarkan panas dalam yang terperangkap di dalam tubuh dengan segera. Syirah telah pun dibenarkan pulang ke rumah pagi Jumaat tadi. Peringatan - tubuh Syirah terus memerangkap panas di dalam tubuh menjadikan dia lemah longlai setiap kali dimandikan kerana suhu luar yang berlawanan. Kepada ibu-ibu di luar sana, sediakan Anion di rumah untuk keperluan pelbagai guna. Terbukti sangat berkesan dengan izin Allah. Hubungi saya untuk keterangan lanjut dan mendapatkan produk ANion : Intan , 019-3717007.

Puteri Kecil



Puteri ini masih kecil. Hanya 4 tahun usianya. Akalnya masih dangkal disulam dengan kenakalan semulajadi anak kecil. Rambutnya paras bahu agak keperangan tidak benar-benar hitam. Hidungnya seperti hidung orang Melayu. Sepasang matanya yang paling indah dengan warna hitam pekat dan ayu sekali memancarkan cahaya keriangan dan semangat mengenal dunia yang tidak pernah pudar. Giginya bahagian atas telah rosak meninggalkan tunggul gigi yang menampilkan wajah anak kecil yang nakal.
Pagi tadi puteri kecil menemaniku menyidai baju cucian. Dia mengambil tangkai daun betik yang telah kering lalu menguis-nguis ulat mentibang hitam yang bergulung rapat di rumput yang masih basah. Mulutnya mengomel, ''Bangun! Bangun! Mandi! Pegi sekolah!'' Tangkai daun betik kering terus dikuis-kuis pada ulat mentibang hitam. Puteri tersengih ke arahku mempamerkan tunggul giginya, ''Mama, dia ni kena marah tak nak bangun mandi'', kata Puteri. Aku membalas senyumannya sambil menyahut, ''Dia tak sihat agaknya sebab tu tak nak bangun lagi''. Manalah ulat mentibang tu nak pergi sekolah..tapi sengaja aku layan sebegitu. Sang puteri ini juga masih enggan ke sekolah setiap kali aku anjurkan menghantar dia bersekolah. Macam-macam alasannya. Antaranya, dia beralasan masih kecil lagi, mama kena beli baju sekolah nanti habis duit dan tak ada beg (walhal beg berbagai bentuk dan warna ada di biliknya!). Selesai menyidai, puteri berebut-rebut masuk ke dalam rumah. Ulat mentibang hitam pun telah hilang entah ke mana.

Bayi

Petang tadi aku singgah ke rumah Dini untuk memulangkan kain lap dan ubat batuknya yang tertinggal di nurseri. Dini sedang digendong oleh bibik barunya. Wajah bibik itu berkerut tidak ceria, agaknya kepenatan setelah seharian menjalankan tugasannya. Dini sungguh comel dengan gaun kain kapas dan memakai stokin merah di kakinya. Setelah menghulurkan barang ke tangan bibik, aku cuba mendukung Dini. Bayi comel ini dengan cepat merebahkan badannya ke pelukanku. Dia terus memelukku dengan erat sekali. Aku menyeru namanya dengan senyuman seperti yang selalu aku lakukan. Dini seperti tidak mahu lepas dariku. Aku perlu beredar segera kerana ada tugas lain yang belum selesai. Lantas Dini kuhulurkan semula kepada bibik yang dari tadi memerhatikan saja gelagat kami. Dini terus merengek dan menangis. Tangannya menggapai ke arah aku. Tak sampai hati rasanya..tapi aku tidak mahu membuatkan bibik merasa kurang senang pula. Sememangnya Dini dan bibik memerlukan masa untuk suaikenal sekurang-kurangnya seminggu dua pertama ini. Kasihan Dini..ibubapanya bekerja mencari rezeki. Dia dan abang-abangnya dijaga oleh pembantu rumah yang silih berganti. Dini sempat kuasuh selama dua bulan sepanjang tempoh ketiadaan pembantu rumah kerana agensi terbabit tidak dapat mengadakan keperluan tersebut seperti yang dijanjikan. Kudoakan Dini lebih ceria dan selesa di rumahnya sendiri. Semoga Dini dan bibik lebih cepat mencapai keserasian. Demikianlah sekelumit kisah bayi comel yang pernah kukenal dan kuasuh, Dini..

Petua : Rambut kekal hitam

Mudah saja petuanya, merupakan petua tradisional orang tua-tua kita.
Bahan - beberapa biji buah keras dan minyak masak atau minyak zaitun.
Caranya - goreng buah keras tanpa minyak sehingga menjadi hitam dan mengeluarkan minyak. Kemudian tumbuk buah keras sehingga lumat dan campurkan dengan minyak masak yang belum digunakan atau minyak zaitun. Sapukan minyak ini ke rambut dua kali seminggu. Sebaik-baiknya sapu semasa hendak tidur malam dan cuci bersih pada waktu pagi esoknya.

Anda akan lihat kesannya dalam tempoh minima selama 2 minggu, insya Allah. Rambut akan menjadi lebih lebat dan berwarna hitam. Rambut juga lambat beruban (kesan jangka panjang). Petua ini boleh digunakan kepada kanak-kanak yang sukar tumbuh rambut atau berambut nipis. Juga boleh dioleskan menggunakan cotton bud ke alis anda. Oleskan dengan hati-hati dan amalkan selalu, alis (bulu kening) akan tumbuh mengikut bentuk yang anda oleskan itu (ikutlah bentuk asal). Ini sangat membantu bagi sesiapa yang mempunyai bulu kening yang nipis dan jarang-jarang. Selamat mencuba.

Selamat Hari Ibu, Mak!


Selamat Hari Ibu..Mak R, Mak J dan Mak Z!!!
Saya ada tiga orang ibu. Ibu kandung saya, mak Ramlah. Beliau melahirkan saya ke dunia ini. Tanpa beliau, tiadalah saya. Tak mungkin saya dapat membalas jasa beliau ini. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Mak Juriah pula memelihara saya sebaik saja saya dilahirkan ke dunia ini sehinggalah saya dewasa. Bahkan sehingga kini saya dah menjadi isteri dan ibu, beliau masih terus menyayangi saya dan mengambil berat diri saya. Anak-anak saya menjadi cucu-cucu kesayangan beliau. Walaupun mulut beliau agak 'laser' tapi hati beliau baik. Jasa beliau juga tidak dapat saya balas, semoga Allah jua yang akan membalasnya. Mak Zaleha pula ialah ibu mertuaku. Satu-satunya ibu mertua yang sayangkan saya dan saya pun sayangkan beliau (memangla tak ada mertua lain..). Mula-mula kawin dulu ada la jugak ipar yang jeles dengan saya sehingga cakap direct saya menantu kesayangan..har..har..har. Mak mertua saya ni memang baik dan kami sering berterus-terang. Ia meningkatkan lagi perhubungan yang erat di antara kami. Kalau saya tensen sangat (dulu la baru-baru kawin) dengan suami, saya akan mengadu pada beliau kerenah anaknya tu. Dan biasanya dia akan backing saya la (tukang adu..). Saya amat bertuah kerana memiliki 3 orang ibu. Saya sayangkan mereka semua dan mereka pun sayangkan saya. Semoga mak-mak semua beroleh rahmat Allah dan berbahagia selalu. I love u all!!! Selamat Hari Ibu! -> U all dah wish mak lum?

Ketawa


Aku dah tak boleh ketawa kuat sekarang. Sekadar senyum dan ketawa sikit-sikit saja. Mencecah setengah abad, sedikit demi sedikit nikmat hidup ditarik Tuhan. Bermakna perjalanan semakin singkat. Insaflah, Intan!!! Aku menyedari hal ini semasa dalam perjalanan ke Senai menziarahi abang aku di sana 3 tahun lepas. Kami konvoi dua kereta iaitu aku, suami dan uwan Libah satu kereta manakala mak, abah dan mak Ramlah lagi satu kereta. Anak-anakku 3 orang dengan mak, hanya baby je dengan aku. Kami bergerak dengan kelajuan sederhana saja sambil berbual-bual. Uwan memang rajin berbual sehingga pelbagai kisah dikongsi bersama di sepanjang perjalanan. Satu ketika uwan bukak cerita lucu menyebabkan aku tertawa kuat sehingga mengeluarkan airmata. Tiba-tiba aku merasa kekejangan di bahagian perut dan belakang. ''Aduh, sakitnya!!'' airmata yang keluar dah bertukar menjadi airmata kesakitan. AKhirnya suamiku memberhentikan kereta di stesen minyak yang terdekat kami jumpa dan mengurut belakang aku sehingga aku rasakan sedikit kelegaan. Keadaan ini berulang lagi semasa aku belajar di UM kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak tahun 2007. Aksi-aksi lucu spontan pelajar mahupun pensyarah yang sengaja bercerita lucu untuk menghilangkan mengantuk membuatkan aku menangis dalam ketawa. Tak dapat menahan tawa akhirnya aku mengeliat sendiri menahan kekejangan. Terpaksalah member sebelah tolong urut-urutkan belakang aku. Moral : banyakkan senyuman sebagai sedekah dan kurangkan tawa yang melalaikan..ikutlah sunnah nabi kita dalam segala segi. Insya Allah.

Agar-agar sawi

aku baru berumur 17 tahun, kata orang puteh, 'sweet seventeen'. Usia begini, pemikiran belum matang sangat, apatah lagi aku memang dimanjakan mak abah. Bab masak-memasak tersangatlah kurangnya, demikian juga hal kemas-mengemas rumah. Masak magge dan kemas bilik je boleh la. Sehinggalah pada suatu hari, mak menyuruh aku masak sup sawi campur sohon. "Oo, sonang jo" getus hatiku. Aku pun mula memotong bawang dan menumbuknya dengan ikan bilis. Kemudian aku teringat sohon dan mula mencari di merata-rata dapur tapi tak jumpa. Mula la aku terjerit-jerit memanggil mak menanyakan sohon. Mak bukan nak datang tunjuk tapi hanya suaranya saja yang sampai menyuruh aku mencari di celah-celah barang dapur. Setelah puas mencari, akhirnya jumpa jugak. Mudah je tempatnya, kat tepi peti ais. Aku rendam sekejap sohon dan mula memanaskan minyak untuk menumis bahan yang ditumbuk tadi. "Uhmm..sodapnyo bau eh..'' Baunya sungguh harum, kemudian aku letak secawan air dan biarkan mendidih. Masukkan batang sawi dulu, diikuti daun sawi dan akhir sekali masukkan sohon dan garam secukup rasa. Setelah siap, aku pindahkan sup sawi dari dalam periuk ke dalam mangkuk lantas aku masukkan ke bawah tudung saji di atas meja dapur. Cepat2 aku beredar ke dalam bilik khuatir kena suruh macam2 lagi. Tiba-tiba, dalam 20 minit kemudian, kedengaran suara mak dan abah riuh di dapur. Nama aku dipanggil 'mengadap'. "Ah, amenda lagi la..''. ''Meh sini Intan..lauk apo ekau masak ni..apo bondo eh ni..''tanya mak marah-marah. Kah kah kah, nak tau amenda? Mata aku melihat lauk sup sawi terletak cantik di atas pinggan mengikut bentuk mangkuk yang aku gunakan tadi..laa..rupa-rupanya sup dah jadi agar-agar!!! Sohon yang aku sangkakan tu sebenarnya agar-agar yang mak beli untuk dibuat kuih lengkong. Aku tak jadi nak merajuk tapi ketawa sekuat-kuatnya hingga keluar airmata. Abah pun tergelak besar jadinya. Hanya mak je yang marah-marah tapi rasa-rasanya menahan tawa jugak dalam hati. Moral - carilah bakal suami yang pandai memasak dan belajar dengan dia ye...macam saya.

Tengkiu for welkam!!

Hehehe sebelum tu aku nak gelak dulu..hehehe...masa hari raya di Brunei jugak, kami mengadakan 'open house' untuk kengkawan. Pelbagai bangsa yang datang, Filipino, Omputeh, Cina, India, termasuklah warga tempatan dan orang Melayu Malaysia sendiri. Aku ni bukanlah guna BI hari-hari so lidah tu agak tergeliatla sikit. Tapi time pergi check up pregnancy ngan doktor or midwife kat Jerudong Park Medical Centre tu kena la cakap omputeh jugak. So ni pun jadi bahan jugak oleh suamiku sampai sekarang. Cuma la ni makin improve la insyaAllah. Nak jadi cerita, setelah tetamu selesai menikmati hidangan, mana yang datang awal balik awal la. Ada sorang doktor omputeh ni (dia merawat aku masa bersalin Naqib) pun nak balik, so dia mohonla nak balik. AKu pun sengih-sengih sambil berfikir nak ucap tima kasih sebab sudi datang. Tapi malangnya seribu kali malang aku dah tersasul!!! Tanpa aku sedari, aku cakap "tengkiu for welkam!!" sambil shake hand beria-ia dengan senyum lebar. Keh keh keh nasib baik aku pun tak perasan kalau tak mau terus menyorok bawah meja. Bila doktor tu dah pergi, barula suami aku bisik tanya apa aku dah cakap tadi?? AKu kata aku cakap "Tengkiu for coming" la..tapi pas tu aku caya la aku dah tersalah cakap, sebab aku perasan muka doktor tu semacam je, agaknya menahan tawa kot. Macam biasa jadi bahan sampai sekarang.. Pengajaran - jangan putus asa improve diri ya adik-adik n anak-anak...

Sup ThurSun

Aku baru menjejakkan kaki ke bumi bertuah Brunei Darussalam. Sungguh indah negara comel yang kaya-raya ini. Setelah beberapa hari di sana, suatu malam suamiku berhajat membawa aku makan di Damuan, salah satu tempat makan yang sering dikunjungi oleh pengunjung berkeluarga. Terletak di tepi sungai Damuan. Hidangan yang ditawarkan sering dianggap menepati selera orang Malaysia yang biasa dengan ramuan pedas bercili dan rempah-ratusnya, berbeza dengan selera orang tempatan yang menyukai masakan manis-manis. Aku agak teruja untuk mencuba menu Brunei. Sebaik turun dari kereta, aku melenggang dengan suami menuju ke meja pertama lantas melabuhkan punggung. Mataku tertumpu ke menu yang digantung di dinding kedai. Tertera menu utamanya, sup. Mataku terus meniti baris-baris perkataan di menu itu. Lantas tanpa berfikir panjang, aku meng'order' pada suamiku dengan suara yang agak kuat, "Bang, Sup ThurSun satu, bang!" Suamiku kelihatan tercengang, dia merenung menu itu agak lama sehingga aku jadi kehairanan. Kemudian dia tersenyum-senyum kepadaku.
"Kenapa, bang?" tanya aku lurus bendul.
Dia lantas berbisik padaku, "Mana ada Sup ThurSun! Yang ko baca tu Sunday, Monday, Tuesday punya la..lain hari lain supnya..." Masya Allah, rupa-rupanya aku tersilap baca menu. 'Thur' bermakna Thursday, dan 'Sun' bermakna Sunday. Kesilapan bermula kerana perkataan itu ditulis secara ringkas dan diletak berdekatan. Sempat aku perhatikan pengunjung2 lain di meja berdekatan tersenyum2 saja. Pelayan kedai pun tersipu2 menahan tawa barangkali. Kisah lucu ini terus dijadikan bahan untuk mengusik aku setiap kali muncul menu sup dalam pertemuan dengan kawan-kawan. Bahkan sampai sekarang setelah 13 tahun berlalu, kadang2 suamiku mengulangi menyebut2 istilah Sup Thursun semata-mata untuk mengusik dan mentertawakan aku bersama anak-anak. - Rencah kehidupan tambah keceriaan, kan....

Selamat Datang

Selamat datang kepada pelayar-pelayar di luar sana, khususnya kepada my sister, Kak Ani dan my loving son, Naqib. Pagi ni saya baru mengedarkan jemputan kepada dua orang lagi anak sedara yang jarang-jarang jumpa, Amin dan Fuad, yang boleh dikatakan master dalam teknologi ICT. Bila sesekali bertemu, biasanya saya mengambil kesempatan mendapatkan info teknologi dari mereka berdua ni. Juga tak ketinggalan kepada kakak saya lagi sorang yang sememangnya setiap hari bergelumang dengan komputernya (sebab dia penulis yang semakin mencipta nama dalam penulisan buku kanak-kanak), Kak Ju. Tapi, dia ni memang sibuk manjang.

So, kepada anda semua, jenguk-jengukla blog ni. Insya Allah saya akan cuba meningkatkan mutu penulisan di sini dengan info-info yang lebih bermanfaat kepada kita. Dan yang lebih penting mudah2n blog ini dapat menjadi media terbaik untuk merapatkan lagi silaturrahim khususnya kepada ahli keluarga dan umumnya kepada semua. Sila berkongsi pendapat atau komen yang dapat membantu meningkatkan mutu. Salam.

Petua : Mengatasi Sembelit


Cara yang paling mudah - amalkan minum segelas besar susu setiap pagi. Bagi kaum wanita ia sangat perlu sebagai sumber kalsium untuk memperlahankan proses pereputan tulang akibat menopous kelak. Kurangkan pengambilan kafein seperti teh, kopi dan nescafee. Juga amalkan pemakanan seimbang dengan mengambil lebih banyak buah dan sayur hijau.
Selain daripada kebaikan di atas, sekiranya anda berhajat untuk mengurangkan berat badan juga amalkanlah minum susu. Teknologi terkini dalam penyediaan makanan telah menghasilkan susu yang kurang atau tiada kandungan lemak. Pilihlah susu begini dan minum sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pada masa yang sama kurangkan mengambil karbohidrat seperti nasi. Berilah diri anda 2, 4 atau 6 bulan untuk melihat hasil yang diharapkan. Jangan tergesa-gesa nanti kecewa.. Selamat minum susu!

Sakitnya Sembelit

Salam Jumaat yang penuh berkah.
Pagi ini saya ingin menurunkan satu petua untuk mengatasi sembelit. Masalah sembelit bukan perkara luar biasa terutamanya pada sesiapa yang kurang mengambil air minum. Ia dapat dilihat pada kulit sesorang yang biasanya lebih kering menandakan sukatan air tidak mencukupi di dalam tubuh. Terdapat juga orang yang mendapat kesan sembelit setelah mengambil minuman berkafein seperti teh. Kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi serat yang tinggi juga turut menyumbang faktor ini.
Saya juga pernah mengalami sembelit. Ia menjadi sangat serius selepas saya selamat melahirkan Bidadari, puteri saya yang kedua. Waktu itu saya mengalami bengkak hati (tanpa dapat dikesan puncanya, kata doktor pakar yang merawat saya) dan tanpa sesiapa menyedari mata saya telah pun kuning (penyakit kuning la!) sehinggalah kawan-kawan yang menziarahi membuka langsir bilik untuk menikmati panorama di luar. Seketika mereka terpegun melihat pemandangan (Hospital Jerudung Park Medical Centre, Brunei - terletak di tepi pantai yang indah) dan sekali lagi mereka terkejut pula melihat betapa kuningnya mata putih dan kulit saya! Barulah doktor-doktor lebih prihatin kepada saya. Saya juga tidak dibenarkan keluar dari hospital selagi saya TIDAK BUANG AIR BESAR!!! to be continued

Thursday, May 7, 2009

Selamat Selalu untuk Shahamin


Untuk Amin, mak teh dapat tau Amin akan k Tganu untuk bekerja kat sana. Bagusla Min, buktikan Min boleh berjaya macam orang lain yang telah berjaya dalam bidang yang Min sukai. Jangan sia-siakan kepercayaan uwan dan keluarga trhadap Min. Ibu di alam sana pun pasti sentiasa mngikuti perkembangan Min dengan doanya, pastinya. Sering-sering la hadiahkan ibu dengan Al Fatihah dan doa kesejahteraan tanda kasih Min padanya.
Ha, ni la blog mak teh. Mak teh baru belajar2 sendiri je. Nak letak gambar pun tak pandai lagi. Tak pa la sikit-sikit try. Kalau Min ada masa, bagi la tip2 yang boleh bantu mak teh improvekan blog ni jadi lebih cantik lagi.
Selamat belajar. Kalau ada klapangan keep n touch kat blog ni ok.

Aku Seorang Penulis?


Hobi membaca dan menulis telah begitu lama aku tinggalkan. Semenjak aku tidak lagi memegang status pelajar sekolah sebenarnya..melanjutkan pelajaran ke U lain pula ceritanya. Lebih sering menaip di komputer saja. Kegemaran membaca buku cerita turut bertukar ke buku-buku motivasi untuk meningkatkan kemampuan diri dari segi minda dan kekuatan dalaman. Anehnya, apabila aku cuba-cuba membaca novel hatta novel nipis remaja (apatah lagi novel cinta dewasa), rasa bosan cepat saja menguasai diri. Bahkan sangat sering aku membuka buku dari mukasurat belakang membawa ke depan. Kalau dipaksa juga diri, antara dua kemungkinan sama ada mataku menjadi rabun dekat atau aku akan terlelap.
Aku terpaksa mengkaji diri sendiri. Untuk menjadi penulis tersohor, ada perubahan yang perlu aku lakukan. Pertama sekali dari segi minda. Aku perlu meningkatkan fokus terhadap target baru. Macam malam ini, aku menulis berbagai tajuk di blog ini. Perlahan-lahan, dapat aku rasakan satu kepuasan dalaman kerana aku dapat menurunkan apa yang terpendam di hati ke blog sepi ini. Jadi, aku bertanya kepada diri sendiri, APAKAH AKU SEORANG PENULIS sebenarnya...Jeng..jeng..jeng..jangan lupa ya aku pernah dinobatkan oleh seseorang satu ketika dulu hampir dapat menyaingi Habsah Hassan dalam bidang penulisan. Penulisan apa? Biarlah rahsia aku dan dia....
(Hmm macamana la aku nak letak gambar kat sini nie...)

Perkhidmatan Pelanggan

Jam dah pukul 11 lebih malam. AKu menerima sms daripada ibu Hakim mengatakan ubat Hakim tertinggal kat nurseri. Aku faham maksudnya lalu aku sekadar berbahasa, "Maaf. Nak ubat sekarang ke?" Memang kesilapan aku tak check bakul Hakim setiap petang. Sudahnya telah dua kali aku mengambil barang Hakim waktu sebegini di nurseri. Su masih di peringkat menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan barunya ni. Tak wajar aku meletakkan kesalahan di bahunya seorang. Dia agak kelam-kabut terutama dengan tangisan Dini dan Irfan (kurang sihat kebelakangan ini) di tambah lagi dengan anaknya sendiri (Izzati, 5 bulan) pun demam. Aku faham sangat-sangat sebab aku pernah mengalami situasi di nurseri seorang diri selama hampir 3 minggu di awal April lepas. Kembali ke topik asal, demikianlah aku mengambil tindakan untuk menjaga perhubungan yang baik dengan pelanggan. Dek kerana kami berjiran dan nurseri pun berada di kawasan yang sama. Dan aku lebih memahami Hakim yang suka berjaga sehingga lewat malam bahkan menjelang dinihari. Sudahnya setiap pagi ibu Hakim akan mengendong Hakim yang nyenyak tidur untuk menyambung mimpinya di tilam nurseri pula...Hakim..Hakim..

Keliwon

Empat-empat orang (termasuk aku jadi lima) semuanya sanggup bersempit-sempit dalam bilik aku malam ni sebab....pertamanya hanya bilik aku ada penghawa dingin. Keduanya, baru sebentar tadi menonton rancangan Seram Keliwon. Kami sama-sama tergelak melihat jubah putih hantu yang labuh lengan bajunya sampai tak nampak tangan. Ain cuba berlucu (sambil nak mengatasi perasaan seramnya) mengatakan hantu berjalan, tak bergerak di awang-awangan macam hantu-hantu yang selalu muncul dalam siri Keliwon yang lepas-lepas. Menjelang akhir rancangan, aku hanya mampu mengeluh apabila tidak ada langsung unsur-unsur Islam dalam cerita seram kali ini. Mungkin penerbit hendak memaparkan jalan cerita yang wujud dalam keluarga Melayu yang mengamalkan kaedah syirik untuk mengatasi serangan hantu. Aku hanya fikir tak perlu dan tak menarik..Lebih baik mendidik masyarakat berfikir dan bertindak bijak dalam mengatasi masalah baik yang rohani mahupun jasmani. (Hmm..mana aku nak menyelit tidur malam ni!)

Rangka


Rangka apa?
Rangka cerita sebenarnya. Aku sedang mencari idea untuk disusun menjadi cerpen. Buat permulaan ni, aku lebih suka menulis (cuba menulis sebenarnya..) cerpen untuk kanak-kanak (10-12 tahun). Setelah fikir punya fikir, watak-watak dalam lingkungan umur begitu wujud di sekeliling aku sekarang. Anak sendiri dan kawan-kawan mereka, juga anak-anak jiran. Ada banyak kisah yang berlaku cuma perlu diolah dan diadun sehingga menjadi cerita yang menarik. Apa yang paling penting perlu ada nilai-nilai murni yang diselitkan untuk menjadi pengajaran kepada pembaca-pembaca muda di luar sana.
Aku terkenang kehidupan lampau yang telah menjadi sejarah, zaman kanak-kanak yang penuh keceriaan. Aku memang 'kaki buku' semenjak dari sekolah rendah. Sehingga gara-gara banyak sangat membaca buku cerita, keputusan peperiksaan aku semakin merosot. AKu masih ingat bagaimana rakan-rakan kelas bersorak gembira apabila mereka dapat mengatasi pencapaian aku di dalam peperiksaan. Bukanla nak membangga pulak tapi secara rendah hati, aku mengakui aku antara pelajar top kat dalam kelas. Tapi semenjak aku jadi gila buku, aku kurang mengulangkaji pelajaran dan itulah hasilnya.
Menjelang usia awal remaja, antara cerpen bersiri yang aku cukup nanti-nantikan setiap keluaran ialah kisah Nudra Syafini dan Mira Edora. Sampai sekarang aku masih ingat lagi nama-nama watak tersebut yang padaku sangat sedap bunyinya. Pandai betul penulisnya mereka nama yang cantik. Watak yang diwujudkan pun sungguh sempurna dan sesuai dengan jiwa remaja. Mungkin aku boleh cari dalam internet kot2 boleh contact dengan penulisnya atau bahkan dapat baca balik cerpen tersebut. Memang menarik, tapi tak taulah pada usia begini aku masih boleh menikmati cerita tu sama macam belasan tahun dulu...ok permisi dulu.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing