Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Saturday, January 2, 2010

Merawat Kehidupan dengan Al-Quran





Ada beberapa entri yang menarik perhatian saya di Halaqah.  Saya copy dan paste di sini kerana tidak mahu kehilangannya, sebagaimana keratan-keratan akhbar yang saya kumpulkan satu ketika dahulu sehingga tidak mampu hendak menyimpannya.  Komuniti Halaqah memang banyak info menarik walaupun rata-rata pengunjung di situ muda-muda belaka.  Silalah berkunjung ke sana dan mendaftar menjadi ahli.  Saya sudah, anda bila lagi... Jom! 


Terima kasih kepada moderator Halaqah.


Jom kongsi...
1. Agar Mudah Terbangun Waktu Malam

Surah al-Baqarah ayat 125 atau
Surah Ali Imran ayat 190-194

Cara mengamalkannya :
Ahli hikmah mengatakan barangsiapa membaca ayat ini sebelum tidur, insyaAllah akan mudah bangun pada bila-bila masa yang dikehendakinya tanpa bantuan orang lain.

2. Agar Memperolehi Anak Lelaki

Surah Ali Imran ayat 38

Cara Mengamalkannya :
Bacalah ayat di atas berulang-ulang kali. InsyaAllah akan dikurniakan seorang anak lelaki.
Selain itu ada juga riwayat dari para ulama, jika pasangan itu mengkehendaki anak lelaki, hendaklah mereka rajin membaca surah Yusuf, terutama ketika isteri mengandung.

3. Agar Mudah Membayar Hutang

Surah Ali Imran ayat 26

Cara Mengamalkannya :
Bacalah ayat di atas sebanyak 7 kali selepas solat Subuh dan 7 kali selepas solat Maghrib, dan dijadikan amalan setiap hari. InsyaAllah akan disediakan bagi orang yang mengamalkannya rezeki untuk membayar hutang.

4. Agar Barang Yang Hilang Ditemui Semula

Surah al Dhuha ayat 1 - 11

Cara mengamalkannya :
Bacalah surah di atas sebanyak 7 kali. InsyaAllah benda yang hilang itu akan ditemui. Atau baca surah di atas sebanyak sekali, tetapi apabila sampai pada ayat ke 7, hendaklah diulangi sebanyak 3 kali

5. Untuk Memulihkan Sakit Kepala

Surah al Waqi'ah ayat 19

Cara Mengamalkannya :
Bacalah ayat di atas sebanyak 3 kali, kemudian tiupkan ke kepala orang yang sedang sakit. InsyaAllah sakit kepala orang itu akan hilang.

Selain itu, penyakit kepala juga dapat dicegah dgn menyematkan ayat BASMALLAH pada kopiah, topi atau tudung. Diriwayatkan bahawa Raja Rom mengadu kepada Saidina Umar r.a tentang penyakit kepala yg selalu dideritainya. Lantas Khalifah Umar r.a memerintahkan kepada seorang tukang jahit agar menjahitkan sehelai kopiah utk raja tersebut, dan Khalifah Umar r.a meminta tukang jahit tersebut agar menjahitkan kalimah BASMALLAH di dlm lipatan kopiah itu.


6. Agar Sikap Suami Berubah Menjadi Baik

Surah Al Baqarah ayat 165

Cara Mengamalkannya :
Jika seorang isteri melihat perangai suaminya sudah berubah kepada perangai atau akhlak yang buruk, maka hendaklah dia membaca ayat di atas dalam keadaan berwudhu, dan meniupkannya kepada makanan yang manis, kemudian makanan itu diberikan kepada suaminya. InsyaAllah sikap suami yang buruk akan bertukar menjadi baik.

7. Untuk Membuka Rahsia Isteri

Surah Al Baqarah ayat 40-42 atau
Surah Al Baqarah ayat 72-73

Cara Mengamalkannya :
Jika seorang suami yang meragui perbuatan isterinya, sedangkan isterinya itu tidak mahu mengakuinya, maka ambillah kain atau pakaian yang dipakai oleh isteri itu atau pakaian anak perempuannya yang belum baligh pada malam ahad, lima jam selepas matahari terbenam. Kemudian tuliskan ayat di atas pada pakaian tersebut, kemudian letakkan di atas dada isteri tersebut ketika dia tidur. Insya Allah dia akan menceritakan segala perbuatan serong yang pernah dilakukannya
 ins


T


























No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing