Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, November 6, 2009

Tiada idea


Buat beberapa ketika ini aku rasa bagaikan beku fikiran.  Aku seperti teragak-agak kerana telah ada guideline baru yang patut aku patuhi.  Terdapat beberapa perkara yang aku lakukan seperti mendelete ramai kenalan di fb dengan beberapa alasan umum dan khusus; demi kebaikan.  Buat sekali lagi, satu kredit untuk fb kerana aku telah bertukar-tukar khabar dengan penulis JIN.  Dia mengkagumkan; tidak hadir kursus (aku pun!), surirumah (seperti aku!) dan ada 5 cahayamata (aku 4 saja!).  Buku pertama Tabik Cikgu memang menarik, sebelum aku tahu dia adalah penulisnya.  Dia matang dalam ilmu dan garapan ayat yang disusun.  Aku jadi khuatir pada diri sendiri.  Ah, mengapa aku mesti biarkan perasaan pesimis menguasai diri.  Aku akan mengorek lagi rahsia penulis ini.
Oh, baru sebentar aku terperasan ada offline messages daripada kakak aku.  "Ceh, mana blog Kak Ju?  Blog Nawal ada!" gitulah lebih kurang.  Hehehe...kakak aku yang seorang ini, penampilannya serius tetapi bahasanya untuk aku selalu luwes.  Betul ke  penggunaan luwes ini?  Apakah ia bermakna lucu, kelakar, santai atau sewaktu dengannya.  Lantaklah...aku malas nak merujuk ke laman web berkenaan dan aku tiada kamus DBP.  Aku suka teguran kakak ini.  Jadi serta-merta aku terus add blog dia.  Sebenarnya kelmarin aku ada ziarah blog dia dan hati aku berkata, 'blog aku tiada dalam senarainya, tak apalah...'  Memangnya tidak mengapa sebab blog aku bukan blog yang penuh info yang selalu ditagih oleh pelahap-pelahap ilmu dan informasi di luar sana.  Blog aku adalah blog peribadi yang ikut suka hati akulah nak tulis apa!
Aku letak widget untuk mengetahui siapa pengunjung blog aku.  Tak sangka memanglah dunia tanpa sempadan walaupun tak ramai.  Aku tak kisah pun!  Aku juga delete shoutmix sebab ia tidak berfungsi seperti yang aku jangka.
Satu persoalan untuk aku sendiri; mengapa aku tidak memenuhi blog ini dengan informasi?  Ah, aku hanya nak melepaskan perasaan di sini, melepaskan gian menulis dan suka hati aku la nak tulis apa...  Oh, aku hanya orang biasa yang suka menulis entah apa-apa, itu saja.

1 comment:

NaqHuHiNes said...

saya kurang suka la entri ini...isyh isyh...

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing