Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, November 8, 2009

Tiada 'bekas tunang'

"Apa dah jadi?"  tanya suamiku sambil bangun kerusinya mendapatkan kami yang sedang tercongok di depan tv.  Dia jadi tertarik hati untuk mengetahui setelah mendengar suara hampa dan sedih dari kami.  Terkesan dengan ending cerita malam tadi, lakonan Bienda, bertajuk Payung Siti Fatimah.
"Kedua isterinya meninggal," jawabku.
"Isyh..isyh..kesian."  Dia bersuara simpati yang dibuat-buat.  Mindanya masih melekat kepada Mafia Wars di internet.  Lalu dia berlalu ke dapur, menuang air ke dalam gelas dan meneguknya.
"Isteri kedua tu bekas tunang dia," sambungku sekadar berbasi-basa.  Aku mahu mengangkat punggung ke bilik air.  Solat Isyak belum dikerjakan oleh penghuni rumah ini.  Masing-masing 'sibuk' dengan urusan duniawi.  Ya Allah, ampunilah kami yang daif dan lemah ini.
"Eh, kalau abang macam tu, ok?"  aku terdengar satu soalan cepumas.
"Abang ada bekas tunang?"  tanyaku semula, lurus, diikuti dengan gelak yang begitu 'jahat' di telingaku.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing