Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, November 6, 2009

Tetamu Jemputan jamuan raya


Alhamdulillah, ramai juga tetamu yang datang termasuklah dua keluarga anak-anak di nurseri dan bekas staf yang kini menjadi kawan baik saya, Puan Siti Khadijah.  Ada juga kawan-kawan yang membawa rungutan, katanya, "Hanya kami sahaja yang berkunjung ke rumah awak."  Mendengar kata-kata begini, saya hanya tersenyum kerana saya dan hubby juga pernah mengucapkannya kepada kawan yang lain pula.  Demikianlah, jamuan yang diadakan mempertemukan semula dengan kawan-kawan yang jauh dan dekat  serta jiran-jiran lama walaupun untuk setahun sekali.  Jamuan ini hanya sekadarnya dengan persiapan yang serba ringkas dan tidak diwar-warkan kepada semua kenalan.  Kami agak kelam-kabut kerana turut menjadi tuan rumah untuk jamuan Taman Sijangkang Permai 2 pada malam nanti.

Ini antara tetamu yang hadir iaitu Zul dan anak-anak, kawan-kawan lama dari TTDI Jaya, kawan ofis lama New Malaysia, kawan-kawan alias bekas staf Fajar Watan Sdn Bhd, juga parents kanak-kanak Pusat Jagaan Awin Cemerlang dan Tuan Ikhsan sekeluarga yang datang khas dari Pahang (terima kasih di atas kesudian tuan datang dari jauh).

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing