Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, November 5, 2009

Surah Al-Waqiah


Suka saya memetik dari sebuah buku terbitan Jasmin Enterprise, bertajuk Rahsia & Fadhilat Ayat 1000 Dinar dan Surah Al-Waqiah, serta doa-doa murah rezeki, oleh Nuh Syarifuddin Wardi cetakan pertama pada 2002.  Semoga bersama mendapat kebaikannya.

Surah Al-Waqiah berada pada urutan ke-56 dan mengandungi 96 ayat.  Surah ini sebagaimana surah-surah lain juga mempunyai kelebihan dan keutamaan tertentu, seperti di dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud; "Sesiapa menjadikan Surah Al-Waqiah sebagai wirid setiap malam maka dia tidak akan jatuh miskin." 

Di antara khasiat ialah bagi meringankan seksaan kubur, mengurangi (atau menyembuhkan) penyakit orang yang sakit, mudah ibu mengandung bersalin dan membuka pintu rezeki yang halal.
Bagi niat untuk meringankan seksaan kubur, baca surah ini dan hadiahkan pahalanya kepada si mati.
Bagi menyembuhkan atau mengurangkan penyakit, baca surah ini di samping orang yang sakit itu.
Agar dimudahkan rezeki, amalkan membaca surah ini sebanyak 40 kali setiap hari berturut-turut dan disudahi dengan doa khusus, mudah-mudahan Allah buka pintu rezeki yang halal dan berkah buat orang yang mengamalkannya, dan bebas dari kesulitan hidup yang ditanggung.  InsyaAllah.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing