Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, November 5, 2009

Satu Nampak Dua

Lagi kisah Juha.  Semoga boleh membuatkan saya dan anda tersenyum sedikit...
Juha telah berkahwin dengan seorang perempuan yang memiliki masalah dengan penglihatannya, iaitu setiap apa yang dilihatnya menjadi dua imej.  Sekiranya objek yang dilihat itu ada dua, dia akan melihatnya sebagai empat imej.  Pada suatu hari, isteri Juha berkata kepadanya, "Wahai suamiku Juha, apa yang hendak kita buat dengan dua bekas air susu dan empat keping roti ini?"
Juha terus mengerti bahawa sebenarnya hanya ada satu bekas air susu dan dua keping roti untuk mereka waktu itu.  Tanpa banyak bicara diiringi rasa seronok, Juha terus duduk dan mula menjamah hidangan itu dengan penuh lahap.  Tiba-tiba isterinya menjerit sambil berkata, "Eh, siapakah seorang lagi yang duduk di sebelah kamu itu?"
Jawab Juha, "Mana ada, hanya aku seorang sahajalah!!"
Isterinya berkata lagi dengan cemas, "Tidak! Ada seorang lagi yang sedang duduk di sebelah kamu itu."

Untuk menenangkan suasana, Juha lalu berkata, "Wahai isteriku, memang betul segala yang kamu lihat adalah dua melainkan suami kamu yang satu ini, ianya tetap satu dan bukannya dua..."

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing