Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, November 5, 2009

Pada satu ketika...

Pada satu pagi menjelang tengahari;
Aku : Nessa, tolong hantar kucing ini keluar.  Dia kacau mama nak masak!
Budak itu : Baby sibuk la ummi...
Aku : Sibuk?!
Budak itu : Baby tengah tengok tv ni, cerita kartun.
Budak itu terus berbaring santai di depan tv.

Pada satu petang menjelang malam;
Budak itu : Baby nak panggil mama ibu.
Aku : Okey, boleh saja.
Budak itu : Tak mahulah, Baby nak panggil ummi.
Aku : Tidak menjadi masalah.
Budak itu : Ummi..ummi..panggil Baby Puteri Natasya.
Aku : Hmmm...

Hari ini masuk satu pesanan ringkas daripada Prasekolah Sijangkang; PENTING!  Sila beri jawapan segera untuk satu kekosongan bagi prasekolah.  Bermakna ada seorang budak telah berpindah ke tempat lain.

Aku : Baby kena bangun awal, tahun hadapan akan bersekolah.
Budak itu : Baby...eh, Puteri Natasya nak sekolah dengan Mira.
Aku : Mira sekolah lain.
Budak itu : Baby...eh, Puteri Natasya tak mahu sekolah ini.
Aku : Sekolah ini sekolah Abang Hidayat.  Nanti boleh berjumpa abang dan kakak.
Budak itu : Bila nak sekolah, 10 minit lagi ke?
Aku : Tidak, lambat lagi, dalam 2 bulan dari sekarang.
Budak itu : Nak beli baju, nak beg Barbie.
Aku : Nanti kita beli di kedai.
Budak itu : Yeaaa...Puteri Natasya boleh jumpa Mira di sekolah.
Aku : Mira lagi...(dalam hati).

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing