Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, November 6, 2009

Orang Segamat dan Batu Pahat pun datang!


Tetamu beransur tiba menjelang tengahari.  Kedatangan yang tidak disangka-sangka dari keluarga di Batu Pahat dan Segamat; Kak Aza sekeluarga, Ibu Mertua Hajah Zaleha Sidin, Bapa Mertua Hj Mat Arbak, Mak Long Zaharah, ipar duai dan anak-anak saudara.  Kami terharu di atas kesudian Kak Aza yang pertama kali datang ke teratak kami ini, juga Mak Long Zaharah.  Terbayang-bayang lembu abah yang nakal melompat pagar, ketika abah keluar ziarah besannya tempohari.  Diharapkan lembu abah tidak buat perangai lagi semasa abah berada di Selangor ini.  Lembu yang nakal hanya seekor, tetapi apabila yang seekor ini melompat pagar, lembu-lembu 'innocent' yang lain juga mengikut untuk melompat sama...  Apabila saya meletakkan pinggan kek coklat di tengah-tengah mereka, kedengaran suara Kak Aza yang selalu mencairkan tahi telinga itu, "Ini ko buat ke Intan?  Tak sangka ye.  Ko ni kalau balik kampung, cekodok pun tak pernah buat!"  Kak Aza memang telus dan selamba, kehadirannya selalu menceriakan suasana.  Saya hanya sengih, "Kat kampung tak berpeluang nak tunjuk bakat, sebab semua selalu tersedia di atas meja." Al maklum, siapa boleh lawan kesedapan masakan air tangan Kak Aza, dan siapa boleh tanding kerajinan Izun yang selalu menjadi orang pertama menjengah dapur setiap awal pagi...

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing